Sila klik link bawah...

Sunday, October 31

Comelkan gambar baby ni...


Salam buat semua..

Lama rasanya tak menulis entri di blog sendiri.. Banyak sangat peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Oktober tahun 2010. Aktiviti sekolah dah pun selesai dengan berlangsung Hari Ko-Kurikulum pada 23 Oktober yang lepas. Dan pada malam hari yang sama, Nur telah ditimpa kemalangan di Jalan Skudai. Syukur Alhamdulillah Nur dan pemandu-pemandu yang terbabit dalam kemalangan ini tidak mengalami sebarang kecederaan. Pihak polis telah memutuskan bahawa kereta yang keempat ketika perlanggaran tempoh hari yang didapati bersalah dan telah dikenakan tindakan saman. Minggu hadapan kereta Nur akan dihantar ke bengkel untuk sesi membaik pulih.. Banyak juga yang rosak, melibatkan bumper depan dan belakang kereta yang retak dan pecah. Mungkin ada hikmah disebalik musibah yang terjadi dan pengajaran buat diri sendiri untuk lebih berhati-hati di jalan raya.


Bermula pada minggu lepas juga, anak didik Nur di Tingkatan 4 telahpun menduduki Peperiksaan Akhir Tahun 2010. Mereka telah perlu menjawab soalan setara daerah JB untuk beberapa subjek tertentu. Sekarang ni Nur dalam usaha menanda kertas-kertas jawapan yang berbaki satu kelas lagi untuk subjek Matematik.

Sesi persekolahan hampir melabuhkan tirainya.. Bagi semua guru yang memegang kelas SPM, tentu sedang bertungkus-lumus untuk memberi latih tubi bagi persediaan akhir menghadapi peperiksaan SPM yang hanya tinggal lebih kurang 20 hari sahaja lagi. Moga anak didik Nur dapat memanfaatkan masa yang ada untuk mengulangkaji pelajaran mereka semaksimum yang mungkin.

Nur dan suami pula telah merancang untuk pergi bercuti sempena cuti perayaan Deepavali yang akan menjelang tiba nanti. Destinasinya belum diketahui lagi. Tak sabar rasanya nak merehatkan badan dan menenangkan fikiran setelah penat bekerja..

Akhir kata, buat semua pengunjung blog ni, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog Nur. Maaf andai Nur tidak membalas kunjungan anda semua dan andai ada kelapangan Nur akan ziarah ke blog anda semua. Buat semua follower setakat hari ni yang dah bertambah seramai 76 orang, terima kasih kerana sudi menjadi follower blog yang seberapa ini. Mohon maaf jika Nur jarang mengemas kini blog.

Sekian, wassalam.

p/s : Suka sangat tengok gambar bayi ni.. Doakan Nur dapat menimang cahaya mata sendiri.. Terima kasih atas doa kalian.. Hanya Allah yang dapat membalasnya..




Nyenyaknya dia tidur.. cutenya...




Cantiknya mata dia..

Comelnya baby ni dengan baju polka dot tu... hehehe




1 comment:

  1. salam nur
    alamak.. tomey3 sungguh
    kembar 3 nih... gerammmmm

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...