Sila klik link bawah...

Monday, July 30

Handphone Yang Membawa Tuah


Handphone SAMSUNG kakak yang membawa tuah

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Macam mana permulaan hari Isnin anda semua. Nur harap hari ini akan lebih produktif lagi.

Penat memandu malam tadi masih belum hilang. Nur memang tidak tahan memandu pada waktu malam. Memang memerlukan tumpuan yang lebih. Tidak tahan melihat ada segelintir pemandu menggunakan lampu putih. Memang sakit mata ni menahan silaunya. Pelik juga kenapalah mereka minat sangat memasang walaupun menyukarkan orang lain. Kan tak elok sikap seperti itu..

Oklah tutup cerita tu, rakan2 masih ingat lagi tak pada entri kemenangan kakak Nur pada bulan Mei yang lepas. Inilah rupa handphone yang dibeli oleh beliau yang melayakkan kakak Nur untuk mendapat cabutan bertuah sebuah kereta MyVi 1.5 AUTO. Nur pernah menulis entri kemenangan tu semasa beliau menerima replika kunci kereta daripada pihak Samsung, di SINI
Kami sekeluarga bersyukur sangat di atas anugerahNya.

Semalam ketika di kampung, Nur sempat menghabiskan masa berdua dengan kakak window shopping untuk persiapan hari raya. Terubat rindu dengan bonda dan abah tersayang di kampung. Rakan2 dah buat persiapan untuk hari raya? Nur bercadang nak buat sendiri biskut raya. Bahan2 dah beli tinggal tunggu masa yang sesuai je. Harap2 menjadilah plan tersebut.. :)

Cerita pasal sekolah pula, hari ni dah mula jadual waktu anjal di sekolah. Pelajar2 Tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan Percubaan PMR tak lama lagi. Esok pula bermula Ujian Bulanan Kedua. Pada minggu ni juga Nur perlu menghantar markah PEKA Sains Tingkatan 5 dan pemantauan fail panitia. Doakan Nur dapat menyiapkan semua tugasan tu ye. Terima kasih banyak.

Nur tak sempat nak blogwalking lagi.. Maaf ye semua. Harap anda semua memahami. Terima kasih atas kunjungan dan komen anda semua.

Sekian, jumpa lagi di lain entri. Wassalam.


11 comments:

  1. gud luck ckgu,, msti saya pun nanti akan neves macam ni gak time jadi ckgu nanti,, hehe,,, neves skarng dah,, hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Sudah tercatat rezeki itu miliknya. :)

    ReplyDelete
  3. salam nur..memang rezeki betul kan..
    tak pe nur..kami semua memahami kesibukan nur

    ReplyDelete
  4. Nur dah rasa naik Myvi itulah ye..
    Selamat bertugas ye.

    ReplyDelete
  5. ingat2 pasal kakak nur menang kereta my v tu dulu..
    oh,mmg sungguh brtuah telefon ni..
    bestkan dpt balik kg berkumpul adik beradik berbuka puasa sama dgn parents..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..rezeki Allah....

    Seronok dan bertuah sangat dpt hadiah kereta tu...tak perlu risau nak bayar bulanan...bestnyeeee

    HP ni kena jaga betul-betul ni....hehehe

    ReplyDelete
  7. Nur drive dari kluang yer? Nur balik kampung sorang ke?

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah.. murah rezeki Nur.. kene simpan HP ni

    ReplyDelete
  9. Isteri saya sudah membeli oven jenama Butterfly semata-mata untuk buat kuih Raya tahun nih.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...