Keadaan di pusat Bandar JB petang tadi.. 
 Bandaraya JB dilanda jerebu..
Warga sek dah pun gunakan "mask" termasuk diriku..
Jerebu tingkatkan serangan asma
APABILA udara diselubungi jerebu dan dipenuhi dengan  bahan-bahan pencemar, sudah pasti kita semua tidak sabar-sabar untuk berada di  dalam rumah. Pencemaran udara adalah suatu masalah bagi semua orang, bukan hanya  untuk mereka yang mempunyai penyakit respiratori.
Jerebu adalah satu fenomena yang sentiasa melanda negara kita dan banyak  negara jiran yang lain. Ia adalah disebabkan oleh zarah-zarah atau habuk-habuk  halus yang terapung di atmosfera dalam kepekatan tinggi dan tidak dapat dilihat  dengan mata kasar.
Kesan jerebu terhadap kesihatan umum kanak-kanak biasanya ringan dan boleh  dirawati dengan mudah. Paling teruk, ia boleh menyebabkan gejala-gejala seperti  kerengsaan mata, hidung atau ruam.
Namun, jika anak anda mempunyai sejarah masalah respiratori, sinusitis dan  alergi kulit, kesihatannya mungkin lebih terancam semasa musim jerebu. Jika anak  anda mempunyai asma, maka dia mungkin mengalami gejala yang lebih teruk.
Serangan asma berlaku apabila seseorang kanak-kanak itu mengalami episod  sesak nafas yang berulang-ulang dan bunyi nafas yang berdehit disebabkan oleh  kebengkakan pada tiub bronkus yang seterusnya menyempitkan saluran pernafasan  dan mengurangkan aliran udara yang masuk dan keluar dari paru-paru. 
Sebab utama mengapa jerebu boleh menjejaskan kanak-kanak yang mempunyai asma  dengan teruk:
* Mereka sering bermain di luar rumah
* Mereka mempunyai kadar pernafasan yang lebih cepat
* Paru-paru mereka masih berkembang
* Paru-paru mereka adalah lebih sensitif Gejala-gejala yang perlu  berjaga-jaga: 
* Bunyi nafas yang berdehit
* Batuk semasa tidur
* Kesukaran untuk bernafas
* Dada berasa ketat
Anak anda mungkin mengalami keresahan semasa tidur, rongga hidung membesar,  bernafas melalui bibir yang memuncung, kelesuan, sesak nafas, muntah dan  bernafas dengan cepat. Terdapat juga banyak amaran yang jelas bagi asma, ini  termasuk bunyi nafas yang berdehit, berdehem dengan kerap dan batuk tanpa  mengalami selsema. Ia adalah penting untuk mengawasi tanda-tanda ini.
Dalam kes-kes yang teruk, saluran pernafasan menjadi begitu sempit sehingga  anak anda tidak dapat bernafas dengan secukupnya dan ini boleh mengakibatkan  keadaan yang boleh membawa maut.
Gejala-gejala ini disebabkan oleh penyempitan saluran udara sehingga  mengurangkan aliran udara yang masuk dan keluar dari paru-paru.
Kajian menunjukkan terdapat hubung kait yang konsisten antara kualiti udara  dan gelaja asma yang teruk. Semasa musim jerebu, ia telah terbukti bahawa  peningkatan dalam bahan-bahan pencemar udara akan mengurangkan fungsi paru-paru  disebabkan oleh keradangan pada lapisan paru-paru. Saluran pernafasan akan  bertindak balas secara keterlaluan untuk mencetuskan dan merangsangkan banyak  perubahan yang dikaitkan dengan keradangan. Ini menjelaskan mengapa kekerapan  kejadian asma dan jangkitan bahagian atas sistem pernafasan meningkat semasa  musim jerebu.
Ubat pelega adalah satu alat sedut yang melegakan saluran pernafasan dan  diguna kan apabila berlakunya serangan asma. Ubat pencegah adalah satu alat  sedut yang diguna setiap hari (walaupun tiada serangan asma) untuk mengurangkan  keradangan dalam saluran pernafasan dan membantu untuk mengelakkan serangan yang  selanjutnya.
Oleh itu, ia adalah sangat penting para guru dan jurulatih sedar tentang  risiko yang boleh dihadapi oleh kanak-kanak yang mempunyai asma semasa musim  jerebu.
Jika tahap pencemaran udara adalah tinggi, sukan di luar bangunan boleh  digantikan dengan aktiviti fizikal dalam bangunan, bergantung kepada bagaimana  anak anda mengatasinya. 
Petua melindungi anak anda terhadap jerebu:
 
* Berada di dalam rumah sebanyak mungkin. Elakkan sebarang sukan dan aktiviti  di luar rumah untuk mengurangkan pendedahan kepada pencemaran.
* Memerhatikan ramalan cuaca. Banyak ramalan cuaca memberi maklumat tentang  indeks kualiti udara dan keadaan lain yang boleh menjejaskan asma. 
* Tutup pintu dan tingkap. Jika anda menggunakan penyaman udara, bersihkan  penurasnya dengan kerap untuk meningkatkan dan mengekalkan kualiti udara dalam  rumah.
* Jika anda perlu keluar dari rumah, ingatlah bahawa menutup hidung dan mulut  dengan sapu tangan adalah tidak berkesan kerana habuk-habuk terlalu halus dan  boleh menembusi kain biasa. Sentiasa menggunakan topeng apabila keadaan jerebu  adalah teruk. 
* Jika anak anda mengalami keresahan mata, titiskan beberapa titik larutan  bergaram (boleh didapati di kebanyakan farmasi) ke dalam matanya untuk membantu  melegakan keresahan.
* Amalkan kebersihan yang baik dengan mandi secara tetap dan mencuci tangan  dengan kerap semasa anda masuk ke dalam rumah.
* Kekalkan hidrasi dengan meminum air dengan kerap. Pastikan anak anda  mendapat cecair mencukupi dan rehat secukupnya.
* Satu cara lain untuk meningkatkan sistem imun bayi anda adalah dengan  menyusuinya. 
* Jangan merokok dan jauhi perokok. Pastikan anda menjauhkan anak dan diri  anda daripada perokok.
* Jangan memakai kanta lekap apabila keadaan jerebu menjadi teruk. 
* Pastikan ubat pelega berada bersama anda sepanjang masa. Pengambilan  ubat-ubat ini seperti yang ditetapkan boleh mencegah serangan asma dan membantu  anda mengendalikan pencetus-pencetus dengan lebih baik.
* Akhir sekali, bincang dengan doktor anda tentang pelan pengurusan asma anak  anda. Dengan adanya satu pelan pengurusan peribadi dan dengan mengikutinya, ia  akan membantu anda mengawal gejala dengan baik.
Kredit Utusan.com.my
 





teruk juga ni.
ReplyDeleteBagi yang ada masalah pernafasan terutama mempunyai asma perlu berjaga-jaga.
ReplyDeleteSmlm jb mmg teruk jerebu..akk yg prgnnt ne pun rasa risau jga nur..cpt2 la hilang kn..
ReplyDeletetruk nmpknya kak....myb sbb jhor pling dekat dgn laut gaknya kan...kat n9 ni....cuacanya ok je....
ReplyDeleteMasa mula jerebu melanda tempat kita macam ok kan Nur, tetiba itulah 18hb dah mula jerebu... sekolah anak-anak kakak cikgu dah bekalkan semua dgn face-mask.
ReplyDeletetake care sis..
ReplyDeleteI kat sini da mula nak sakit tekak..
uhuk uhuk uhukkkk~
assalamualaikum nur..yer la skg ni JB dah teruk keadaan nyer...;)
ReplyDeleteteruk btl nampaknyer jerebu tu !
ReplyDeleteteruknya jerebu tu...
ReplyDeletekt klau 2-3 hr lps pon teruk mcm ni jugak...tp ptg td dh nmpk matahri dh...alhamdulillah
ReplyDelete