Pages

Monday, January 11

Thank You Kak Chik..

Salam..

Apa khabar semua pengunjung blog Nur? Harap semuanya sihat2 belaka.. Hari ni masuk minggu kedua persekolahan. Nur agak sibuk pada awal2 tahun ni.. bermacam persediaan perlu dibuat termasuk dengan latihan rumah sukan. Sememangnya semua guru tak dapat lari dengan tugas2 sampingan seperti ini...

Petang tadi, Nur & teman2 dah pun mula berjemur di tengah padang untuk melatih ahli rumah sukan kami.. Panas sungguh cuaca hari ni.. Sesi latihan hari ni pelajar lelaki perlu berlari 100m.... manakala pelajar perempuan menjalani latihan lompat jauh & lompat tinggi...


Cuaca yang panas terik.. membuatkan kulit masing2 merah seperti udang terbakar... Kasihan mereka.. Cikgu2 juga turut sama berjemur.. nak tak nak kena juga turun ke padang melatih pelajar.... (kalau tidak, pelajar2 ni dah nak pulang rumah awal... ).. Suka melihat gelagat teman2 yang turun padang dengan payung & topi .. tak lupa juga kaca mata hitam utk melindung mata yg silau..

Malam ni Nur dapat tahu yang Nur telah menang peraduan teka-teki anjuran Kak Chik... Seronok sangat.. tak sabar nak tunggu hadiah apa yang Nur dapat. heheh... Tak sangka percubaan pertama dalam contest online.. ada juga habuannya. Alhamdulillah..

Buat Kak Chik.. terima kasih ye... Selalu2lah buat peraduan macam tu lagi ye... Boleh Nur mencuba nasib lagi...hehe

Credit picture form this link






4 comments:

  1. waduh... kok ada entri khusus untuk kakchik, hehehe.
    sabar ya... kalau dah rezeki, tak ke mana. hadiah tak seberapa pun nur, sekadar tanda penghargaan kerana sudi meneka.

    ReplyDelete
  2. Salam buat Kak E-na Zarina , Kak As & kak Chik..

    Kak Ena-Zarina... Thanks kak... memang x sangka boleh menang... hehe


    Kak As.. Wslm kak.. Tq so much atas ucapan tu..

    Kak Chik,
    Heheh.. Kak Chik.. Mestila entry khas buat penganjur.. 1st time masuk "online contest". Hadiah tak berapa penting kak.. Yang penting kita dpt rapatkan silaturrrahim.. Jaga diri ye kak... :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D