Pages

Tuesday, April 6

Salam buat semua...



Salam buat semua.. Pertama sekali ucapan maaf yang tak terhingga buat semua kerana dah terlalu lama tidak mengemas kini blog ini. Nur dah melunaskan tugas dalam beberapa aktiviti sekolah. Syukur Alhamdulillah semua aktiviti telah berjalan dengan lancar & jayanya.. seperti Sambutan Maulidur Rasul peringkat sek & Majlis Sambutan Hari Perhutanan Sedunia ke-39 peringkat Negeri Johor yg diadakan di sek Nur baru-baru ini. Meriah sungguh acara tu.. Ada peluang Nur akan selitkan beberapa gambar di dalam blog ini nanti.

Bulan Mac dah pun berlalu... Hujung bulan ni iaitu 26-28 April 2010 sekali lagi kesibukan akan melanda kami, para guru kerana Penilaian Kurikulum 2 akan diadakan. Rasanya Penilaian Kurikulum 1 baru sahaja berlalu.... Masa berlalu begitu pantas..

Pelajar2 Nur sejak akhir2 ni kurang serius dalam pelajaran.. Masalah ketidakhadiran dan tabiat suka ponteng kelas dah pun melanda pelajar2 .... Kenapa ye mereka jadi begini?? Apa agaknya formula yg boleh mengubat permasalahan ni... Pening memikirkan pelajar2 Nur yang akan menduduki peperiksaan SPM hujung tahun nanti. Bimbang... risau... geram.. bercampur baur dalam fikiran seorang pendidik seperti Nur yang memegang kelas peperiksaan.

Hmmm... rasanya setakat ini dulu coretan Nur buat kali ni.. Kekeringan idea untuk menulis topik dalam blog ni.. Maaf sekali lagi buat semua pengunjung setia blog ni.. Sebelum Nur terlupa, ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat semua follower yg dah pun mencecah 50 orang setakat hari ni.. ( Tak sangka ye.. ramai rupanya kenalan Nur di alam siber ni..Terima kasih atas sokongan anda semua...). Andai Nur ada kesempatan/ kelapangan masa nanti, Nur akan bertandang ke blog anda semua.. Doakan Nur berjaya dalam usaha mendidik anak bangsa tanpa ada perasaan jemu..

Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D