Pages

Tuesday, July 26

Hadiah Comel dari Rakan


Salam buat semua,
Pagi tadi, sekolah Nur menerima kunjungan rombongan Delegasi SMP Negeri 10, Parepare, Sulawesi Selatan, Indonesia. Lawatan ini bertujuan menggalakkan perkongsian idea dalam usaha memantapkan pengurusan sekolah oleh kedua-dua belah pihak. Warga sekolah merasa sangat bertuah dan sangat mengalu-alukan kedatangan Delegasi dari negara seberang ini dan mereka telah pun disambut dengan cukup meriah sekali. Peluang yang ada digunakan sebaik-baiknya untuk bertukar-tukar pendapat dan melawat kawasan sekolah untuk tujuan penambahbaikan dalam aspek pengurusan sekolah.



Hari semalam juga rakan baik Nur turut memberi hadiah cenderahati kenangan di atas penglibatan Nur dalam Pertandingan Dikir Barat sempena bulan kemerdekaan tempoh hari. Terharu benar menerima hadiah yang sangat comel.

"Terima kasih Kak Ruhaizun.."

Ok, pada rakan2 yang datang sudi memberikan ucapan takziah dan kiriman doa, Nur ucapkan ribuan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Sampai jumpa lagi. Wassalam.


 
p/s : Comel tak hadiah ni??..
Ingatkan dapat lolipop.. tapi rupa2nya highlighter & sapu tangan...

5 comments:

  1. Indahnya persahabatan y terjalin

    tahniah ya kak nur

    ReplyDelete
  2. wahhh....

    tahniah Nur... Seronokkan bila sesuatu hubungan yang terjalin tu go smoothly..

    Alhamdulillah, bukan senang nak dpt yang namanya Indah Persahabatan tu..

    Take care Nur...

    ReplyDelete
  3. comel hadiah tue. sejibik mcm lolipop. kretif org yg kasi tue.

    >>tq coz sudi jadi follower kina. rajin dtg selalu yewp!

    ReplyDelete
  4. mmg sonot dpt hadiah..walaupun kecil dan tak bernilai, tanda keikhlasan itu yang amat penting dan semestinya hadiah itu memang satu kenangan yang terindah:)

    ReplyDelete
  5. tetamunya yang sangat jauh..

    dpt hadiah lagi..

    ukhuwah yang terjalin moga bermanfaat..ameen

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D