Pages

Sunday, July 24

Selamat Menunaikan Umrah

Salam buat semua,

Hari semalam, Nur telah menziarahi abang Nur yang akan berangkat untuk menunaikan umrah. Keluarga Nur dari Kluang turut hadir sama. Meriah suasana makan makan semalam, dan kebetulan semalam juga ialah hari lahir abang Nur.

Pagi ni beliau akan bertolak ke Tanah Suci dan Nur dan adik-beradik yang lain akan menghantar beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

"Kami sekeluarga mendoakan agar beliau selamat pergi dan pulang dari menunaikan umrah dan diberi kekuatan dan kesihatan untuk menunaikan umrah dengan penuh khusyuk."

Nur harap rakan2 blogger yang lain dapat turut sama mendoakan beliau. Terima kasih buat semua.

Jumpa lagi di lain entri.
(Entri ni auto-published)


Juadah pot-luck bersama rakan2 sejawat. Kami ada kursus LDP semalam.

Pelbagai juadah ada seperti puding roti karamel, serawa durian beserta pulut dan kari daging serta ikan dimakan bersama nasi putih.

Ikan pekasam dan pajeri nenas pun ada. Pertama kali Nur menjamah ikan pekasam. Sedap juga..


Anak2 saudara Nur yang gembira bermain bersama-sama.

Menu makan malam di rumah Abang.

Masing-masing tak sabar2 nak makan kek.

Mia bersama ayahnya. Mia suka main sendiri.

Uddin dan sepupunya, Huda.

Kakak pada Huda, Humaira. Rambutnya bila la nak panjang.

Nabil dan sepupunya, Naqiu. Sepupu yang paling "kamcing" dengan dia. Maklumlah sekepala.

Adik pada Nabil, Nazmin sentiasa maintain ayu.


7 comments:

  1. smoga slmat berngkat dan slmat kembali.. :)

    ReplyDelete
  2. syukran dapat peluang mengerjakaan umrah..

    ambik berkat nur..moga nanti dapat folow berpeluang sampai ke sana juga..

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dapat menyambut Ramadan di sana. Semoga dapat mengerjakan Umrah dengan sempurna.

    ReplyDelete
  4. selamat berangkat dan selamat kembali..semoga beroleh umrah mabrur

    selamat menyambut ramadhan al-mubarak

    ReplyDelete
  5. untuk abang kak nur..
    selamat menunaikan umrah...
    amin......

    Nur, abang nur pergi sorang2 jer ya?

    ReplyDelete
  6. Buat Ibnushukran,
    Terima kasih..

    Buat Kak Sal,
    Terima kasih kak. Mudah-mudahan kami sekeluarga mendapat keberkatan dariNya dan berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Amin.

    Buat Teratak Hami,
    Terima kasih kak. Mudah-mudahan.

    Buat Kak Sonata anak kancil,
    Terima kasih kak. Selamat menyambut bulan Ramadhan juga buat akak sekeluarga.

    Buat Ayu @ Citarasa Rinduan,
    Amin. Ya Ayu, dia pergi seorang diri bersama 9 orang rakan sepejabatnya.

    Buat eiyznieiy,
    Syukur Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D