Pages
▼
Tuesday, August 9
MENANGISLAH SEMAHUNYA
MENANGISLAH SEMAHUNYA
بسم الله الرحمن الرحيم
Ketika kanak-kanak,
menangis ku kerana haus dan lapar..
menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku,
menangis ku kerana inginkan barang permainan,
menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.
Ketika usiaku menjangkau awal remaja,
menangis ku kerana rakan-rakanku,
menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku,
menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta,
menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan,
menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka,
menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya.
Ketika usiaku menginjak dewasa,
aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,menuntut seluruh kosentrasiku, memerah keringatku,
menangis aku kerana anak-anak ku,
menangis ku kerana isteri atau suamiku,
menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna,
menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepada keluargaku.
Ketika usiaku berada di penghujung..
aku menangis kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,
menangis aku kerana kesihatanku yang sudah mula merosot,
menangis aku kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku berkhidmad utk keluarganya,
menangis aku kerana jarum silih berganti menusuk kulitku,
menangis aku kerana aku bakal meninggalkan dunia,sedangkan aku masih belum
MENANGIS KERANA AKU LALAI PADA PERINTAHNYA! !
mungkin kita tergolong dalam salah satu rentetan usia tersebut.. kita sentiasa menangis untuk perkara2 remeh meliputi hal2 duniawi..tapi kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal YANG MAHA ESA,kita sibuk mengumpul ilmu serta harta dunia,sehingga kita lupa utk menangis atas kurangnya harta serta saham utk alam abadi kelak,kita menangis kerana hilangnya cinta pada kekasih,isteri atau suami serta anak2,tetapi kita alpa untuk menangis atas KEHILANGAN NIKMAT IMAN SERTA KASIH ALLAH KEPADA KITA.Kita menangis kerana kecacatan fizikal yang diberi Ilahi,namun kita gagal untuk menangis tanda syukur atas nikmat lain yang diberi tanpa meminta secebis balasan sekalipun..
Sumber ini dpetik daripada Blog Panitia Agama Islam SMK Jalan Kota Tinggi >> http://paismkjkt.blogspot.com/2010/03/renungkan-buat-seketika.html
salam ramadhan ke 9 kak nur..
ReplyDeleteterima kasih ya berkongsi renungan di pagi hari
semalam seharian ayu menangis, beratnya hati.. mujur ayu cuti... sambil layan masak, sambil menitis air mata..
sesekali menangis mmg melegakan
salam ziarah knur..ramadhan ke 9 sudah kita...
ReplyDeleteye kdg2 sy jga menangis utk puas kan hati dr menahan menyakitkan hati...
setuju!
ReplyDeleteBuat Ayu @ Citarasa Rinduan,
ReplyDeleteSalam Ramadhan juga buat Ayu.. Sama-sama. Alahai kenapa Ayu. Ayu ada masalah ke? Jangan dipendam seorang diri, elok berkongsi dengan insan terdekat dengan kita.
Setuju dengan Ayu. Kadanag2 memang kena menangis. Lebih kurang macam satu terapi untuk tenangkan hati dan perasaan.
Buat Mrs. Fiza,
Betul kata Fiza, hidup ni tak sunyi dari ujian.. Kena banyak2 bersabar.
Buat Pen Biru,
:)