Pages

Saturday, September 3

Persiapan Juadah Raya.. meriahnya..

Nabil dan Zafry pun sibuk juga bermain..
Lihatlah koleksi Ultraman Nabil.. Banyak betul..
(Separuh daripada mainannya disumbangkan oleh sepupunya, Naqiu yang dah masuk darjah 1)



Persiapan raya bermula sejak awal pagi. Kelihatan adik Nur sedang sibuk mengacau rendang daging sambil diperhatikan oleh bonda tersayang. Huda dan kakaknya, Humaira pun sibuk nak menolong sambil perhatikan oleh sepupunya, Nazmin.

Sebelah malam, sesi menumis kuah lodeh oleh kakak Nur dengan dibantu oleh adik-beradik lain. Kebanyakan juadah dah disiapkan sebelah petang, jadi ramailah yang dapat membantu.
 Kelihatan Zikry dan Nabil berangan-angan nak mengangkat tong gas.. (sebenarnya tu gimik je.. aksi depan kamera.. hehe)

2 orang abang Nur bersama isteri masing-masing sedang sibuk menyiapkan menu raya. Abang Nur yang sulung memang pakar memasak bone steak, manakala abang kedua Nur pula sedang memasak ayam masak kicap santan yang memang menjadi kegemarannya setiap kali balik kampung.

Bersemangat abangku menyiapkan juadah kegemarannya dengan dibantu oleh kakak ipar.

Inilah hasilnya.. Sambal tumis tu, hasil air tangan Nur. Gambar waktu memasak tiada, gara-gara camerawoman terlupa nak 'snap' gambar sendiri. Hampir 1/2 kg ikan bilis digunakan untuk memasak sambal tumis ni. Memang sengaja buat banyak sebab ramai yang suka.


Rendang daging hasil air tangan adik lelaki Nur yang bongsu bersama isterinya. 7 kg daging digunakan untuk membuat rendang ni. Memang sedap!



Inilah kesemua juadah raya. Roti jala dan kari ayam tu hasil air tangan kakak ipar, Kak Ina (isteri pada abang Nur yang ketiga). Rendang udang tu dikirimkan oleh besan ibu Nur dari Linggi, Negeri Sembilan.


Ini dia menu berbuka pada malam 30 Ramadan. Bila berkumpul beramai-ramai memang senang makan berhidang seperti ini.

Ok kita bersambung di lain entri.

4 comments:

  1. mak aih meriahnya juadah..smpai kena masak dlm kawah..yelah family akk family besar kan..seronok sy tgk..meriah je rasa..

    ReplyDelete
  2. Keluarga besar memang seronok buat gotong royong macam saya hanga 3 beradik sahaja :-)

    ReplyDelete
  3. salam kenal...
    selamat hari raya..
    sonok tgok famili ramai...:)
    meriah gitu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D