Pages

Saturday, October 29

Beriadah di Gunung Lambak (Part 4)



Matahari telah memancarkan sinarannya.



Kelihatan seorang warga tua berbangsa Cina dan bertongkat turut mendaki seorang diri. Kagum sungguh kami dengan semangat dan kegigihan beliau. Walaupun berumur, tapi masih kuat untuk meneruskan pendakian.



Hampir sampai ke puncak Gunung Lambak seandai terus ke arah utara. Tapi atas sebab-sebab tertentu, Nur tidak meneruskannya. Menurut kakak Nur di sana terdapat papan tanda Selamat Datang dan menara.

Pada mereka yang ingin melihat pemandangan ketika di kemuncak Gunung Lambak Kluang, anda boleh ke SINI atau singgah di blog Cik Betty. Tak apalah, cukuplah setakat ni. Mungkin Nur akan datang semula ke sini bila ada cuti sekolah yang panjang lagi.





Hutan yang masih terpelihara.





Dalam perjalanan pulang berkenalan dengan seorang pengunjung yang turut mendaki bersama tiga orang anak-anaknya. Rupa-rupanya beliau merupakan senior Nur ketika di sekolah menengah. Kecil benar dunia ni, rancak juga kami berbual seperti telah lama berkenalan.


Terpancar kepuasan diwajahku selepas berjaya mendaki walaupun hanya separuh jalan.


Seniorku bergambar bersama anak2 yang cukup comel.



Mengabadikan kenangan di atas puncak bukit.



Indahnya pemandangan. Subhanallah..


Kakak Nur dan anak saudara.



Chalet turut disedikan untuk kemudahan penginapan. 

Untuk maklumat, boleh rujuk di SINI

Selepas ini, nantikan entri terakhir.. Bersambung....





6 comments:

  1. Aktiviti yang menyeronokkan dan menyihatkan. Suka tegok...

    ReplyDelete
  2. Buat ckLah@xiinam,
    Memang menyihatkan.. Berpeluh2 kami satu badan.. :) Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ni..

    ReplyDelete
  3. Nur..acik dah tak larat nak daki gunung dah dulu masa muda2.8 kali jugak acik mendaki..7 kali gunung datuk dirembau tu dan sekali gunung tampin.

    ReplyDelete
  4. Buat Kak Acik Erna,
    Perghh banyak tu.. Hebat2.. kagum sungguh Nur. Nur tak pernah lagi daki gunung2 di Negeri Sembilan. Mesti seronokkan kak.. Aktiviti yg menyihatkan.

    ReplyDelete
  5. Hai nur :)..


    Tq ya sudi singgah blog sy..yerlah agaknya mak Nur dan mak sy berjiran..mak Nur tinggl di jalan apa?

    ReplyDelete
  6. Buat Rina AVAIL @ Cik Betty,
    Hi Rina.. Sama2.. Memang berjiran.. Hmm saya tak nak sebutkan di sini.. Maaf ye.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D