Pages

Friday, June 1

Asam Pedas Batang Keladi (Step by step)

Salam buat semua,
Tentu kaum ibu sedang sibuk di dapur menyiapkan juadah makan tengah hari. Anda masak apa hari ni? Ada tak yang teringin nak makan asam pedas batang keladi. Kebetulan, hari ni Nur ingin berkongsi langkah2 untuk membuat menu kegemaran Nur iaitu Asam Pedas Batang Keladi.

Asam Pedas Batang Keladi
Sumber resepi : Bonda Kesayanganku.


1)  Pertama sekali, anda perlu basuh sayur batang keladi yang telah dipotong2 memanjang (anggaran 2 inci) dan rebuskan di dalam air mendidih sehingga empuk dan layu.

2) Kemudian kisarkan bahan2 untuk menumis.

Bahan2 yang perlu dikisar : 
Segenggam ikan bilis, 4 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih. 
(Bergantung pada kuantiti batang keladi yang direbus tadi.)

3) Blender cili kisar : Anggaran 2 senduk (ikut pada kuantiti batang keladi yang hendak dimasak)


4) Inilah rupa batang keladi yang telah direbus sehingga empuk.


5) Tapis dan toskan airnya.


6) Panaskan minyak di dalam periuk, kemudian tumiskan bahan2 ysng dikisar tadi sehingga naik bau.



7) Kemudian masukkan cili kisar dan kacau hingga rata. Pastikan cili kisar tadi benar-benar masak (Tambahkan sedikit minyak, jika perlu)

\

8) Selepas itu, masukkan 2 sudu besar gula (secukup rasa).



9) Masukkan juga sedikit air asam jawa.


10) Selepas ni masukkan air dan biarkan sehingga mendidih. 
(Kuantiti air bergantung pada kuantiti batang keladi tadi. Pastikan kuah asam pedas yang dimasak tidak terlalu cair.)


11) Jangan lupa masukkan juga garam (secukup rasa) dan bahan perisa (jika suka).


12) Akhir sekali masukkan batang keladi yang telah direbus tadi dan kacau hingga rata. Biarkan mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan asam pedas batang keladi telah sedia untuk dihidang.


13) Inilah rupa, asam pedas batang keladi yang siap untuk dihidangkan.



Inilah menu kegemaran Nur dimakan bersama ikan goreng. 
Menu wajib setiap kali pulang ke kampung. 

Resepi ni Nur kongsikan hasil tunjuk ajar bonda tersayang.

SELAMAT MENCUBA...





I

20 comments:

  1. aduh...! sedapnya...makan ngan nasi panas nie...sy suka keladi...tp mcm x tau nak masak...hehe...bukan mcm dah...mmg x tau ! hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Syifa : Takpe takpe... Nur pun first time cuba ni.. Selalu makan masakan ibu je.. :D Why not Kak Syifa cuba resepi ni.. tapi masa membasuh batang keladi tu, akan mengalami sedikit rasa gatal..

      Delete
  2. Salam Nur.lamanya akak tak mkn asam pedas btg keladi ni.mmg sesuai mkn dg ikan goreng...ikan masinpun sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mamasya : Betul tu.. sedap dimakan dengan nasi panas2 dan ikan goreng / ikan kering.. Mesti berselera !!!

      Delete
  3. alahai...sedap ni...my fav...tapi cara kita masak berbeza...kalo kat Brunei, biasanya tak perlu tumis. Cuma masak terus seperti rebus dgn ikan bilis, hirisan bwg merah dan putih, lada merah atau cili padi. Masukkan juga hirisan daun kunyit.

    I will cook cara Nur....mmmm....terliur sangat-sangatlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak UmmiRosma : Memang cara masak kita berbeza.. Ada sesetengah orang suka letak kunyit dan daun kesum. Bergantung pada selera masing2..

      Nur pun tak pandai masak sebenarnya. Cara ni bonda Nur yang ajarkan.. Kiranya ni merupakan kali pertama Nur masak sendiri dengan dipantau oleh ibu... Thanks sis.. Seronok mendengar keinginan akak untuk cuba resepi ni.. Nanti sis tinggalkan komen ye.. :)

      Delete
  4. asslm Nur...nmpk myelerakan..tp syg Qh xgeti mkn btg keladi tu...tp kalau ikan goreng tu mmgfav sgt2...nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qasey Honey : Wslm.. La tak pandai makan ke.. QH patut cuba rasa, sedap.. Try ye!! :)

      Delete
  5. ya rabbi sedapnyer! jarang2 masak sbb xde kawan nak makan... tp klu mkn tak hengat donia... irup kuah slurppppp ngences mak temah oiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Hana : Lawaknya ayat akak tu.. Hehe.. Dah macam iklan MAMEE Slurppp la pulak.. :D

      Delete
  6. Yea..nanti akak buat, akak akan buat post entry yea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak UmmiRosma : Ok kak.. Thanks kerana sudi mencuba resepi ni..** Hugs**

      Delete
  7. Assalam NUR,
    MASYAALLAH, nur, air liur akak penuh ni tengok asam pedas keladi tu!!!!
    My favouriteeee..kalau lagi pedas lagi akak suka...aduhhhh ngeces ni ler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ayu : Wslm kak.. Maaf le sebab buat akak terliur sampai ngences .. ;) Favourite kita sama la kak.. Nur buat tak berapa pedas, nanti boleh hirup kuahnya.. ;)

      Delete
  8. Wah resepi ibu.Bukan mudah untuk dikongsikan kepada umum. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara AkuBiomed : Perkongsian yg tak seberapa.. Sama2.. Kalau nak cuba, bolehlah ikut resepi ni .. :)

      Delete
  9. As'Kum waduhhh kecur manjang aje ni... hadoi mana nak cari.. kalau masak di rumah ni cuma sorang aje yang makan... nak kena cari kat kedai jugak ni.. tak tahan dah ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Kak Shahriah... Maaf lama tak balas mesej akak ni.. Saya kalau makan ni, bertambah2 nasi.. :)

      Delete
  10. Salam Bahagia.

    Mohon kongsi resepi link di blog kami.
    Dah cuba resepi ini.
    Sedap bertambah-tambah nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Silakan Puan... Saya izinkan.. Ini resepi daripada bonda saya. :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D