Pages

Tuesday, June 5

Bunga Cina @ Bunga Melur


Gambar ini diambil waktu tengah hari. Cantik sungguh.. Segar je mata memandangnya..

Info tentang Bunga Cina @ Melur Cina
Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang






Pandangan dekat.



Pandangan atas. 






Gambar ini diambil waktu pagi. Bunga cina yang telah layu.





Dari pandangan bawah.


Kuntum bunga yang menanti untuk berkembang.



Hmmm.. agak2 bila pokok ni nak berbunga??



Putih berseri.



Seri bunga yang semakin pudar..



Inilah pokoknya.



Ini petua khas yang bonda Nur kongsikan untuk meredakan demam


1) Petik 7 helai daun melur cina (ambil daun yang agak muda / separuh matang) sambil membaca selawat


2) Sekepal asam jawa.


3) Seketul kecil garam jantan (seketul garam kasar)


4) Seulas bawang jantan (untuk mengenal pastinya bawang ia hanya ada 1 ulas sahaja)
~ Bawang ini tidak perlu dikupas kulitnya hanya perlu diketuk dengan anak lesung.


Cara-cara membuatnya :


i ) Masukkan bahan-bahan tadi di dalam mangkuk dan letakkan air (anggaran 2 cawan).


ii ) Semasa meramas bahan-bahan tadi bacalah selawat ke atas Nabi dan surah Al-Fatihah. Kemudian hembuskanlah ke dalam air campuran tadi.


iii ) Jeramkan (basahkan) air campuran tadi pada kepala anak2 kecil atau orang dewasa yang menghidap demam panas. Seelok-eloknya lapikkan bantal dengan kain alas, dikhuatiri mengotori bantal.


iv ) Lakukan amalan ini pada waktu malam sahaja dan ulang beberapa kali sehingga demam panas beransur kurang.


p/s : Daun durian belanda atau daun bunga raya juga boleh digunakan sebagai ganti daun melur cina.

Menurut bonda,beliau mengamalkan petua ini semasa membesarkan kami tujuh beradik dan dengan izin Allah, nampak kemujarabannya. Jika demam panas itu nampak berpanjangan, teruslah bawa anak2 anda itu ke klinik untuk rawatan lanjut. 


Pada zaman dahulu, memang agak sukar untuk ke klinik, ditambah kekangan2 lain seperti ketiadaan kenderaan. Abah Nur hanya mempunyai sebuah motorsikal sahaja dan perlu mendapatkan khidmat teksi sekiranya perlu menghantar anak2nya ke klinik. Syukur Alhamdulillah, kini kesemua anak2 beliau telah berjaya berkat didikannya dan tunjuk ajarnya.


Khasiat Bunga Cina.  Sila rujuk di SINI




1 comment:

  1. Bunga melur ini wangi. Mungkin pada masa hadapah boleh mencuha teknik bokeh dengan kelopak bunga terang tetapi latar belakang kabur.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D