Pages

Monday, June 25

Hampir sebulan telah berlalu.. Tapi kenangan di sana masih segar dalam ingatan


Salam buat semua,
Hari ni hampir sebulan lebih diriku telah pulang daripada menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci. Kesibukan tugas membuatkan diriku merindukan ketenangan sewaktu beribadah di Tanah Suci. Bila hati terasa rindu, gambar2 inilah yang akan menjadi pengubat rindu. 



Keadaan cuaca yang panas ternyata tidak menjadi penghalang untuk umat Islam dari segenap pelusuk negara untuk beribadah serta mendekatkan diri padaNya.



Pembangunan pesat berlaku di sekitar perkarangan Masjidil Haram Mekah.



Tiada bangunan yang secantik Kaabah. Kita tidak akan jemu untuk melihatnya. Sesungguhnya ini merupakan saat paling indah bila mana dapat berdiri di hadapan Kaabah. Tiada kata yang boleh digambarkan bagaimana perasaan ketika diberikan peluang menjadi tetamuNya. Kupanjatkan kesyukuran padaMu Ya Allah kerana diberikan peluang untuk meneruskan hidup di dunia yang fana ini dan mengecapi semua nikmat kurniaanMu.





Moga Allah berikanku peluang untuk kembali lagi ke sini.


 Syukur dengan nikmat Allah yang mana Allah tidak pernah lupa untuk berikan kepada setiap makhlukNya setiap hari. Allahu Akbar!
Nikmat Allah sangat banyak sehingga tidak terkira dan terhitung banyaknya. Kadang-kadang kita terlupa menilai dan menghargainya, bak kata pepatah kuman di seberang lautan kelihatan, gajah di depan mata tidak kelihatan.
Wahai sahabat-sahabatku, jika kita sentiasa bersyukur, nikmat kita akan ditambah oleh Allah sepertimana janji Allah di dalam ayat ini :

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (Surah Ibrahim: Ayat 7)



Ribuan jemaah yang datang dari pelbagai bangsa, kaum dan negara.








Doa Taubat Nabi Adam

"Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang kusembunyikan dan kuterangkan. Maka terimalah kemaafan daripadaku, terimalah keampunan daripadaku ini, terimalah taubat daripadaku. Engkau Maha Mengetahui tentang hajatku, maka kabulkanlah segala permintaanku ini, Engkau Maha Mengetahui tentang apa yang terkandung dalam jiwa dan ragaku, maka ampunilah dosa-dosaku. Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon daripadaMu iman yang menusuk ke dalam hatiku, keyakinan yang benar, sehingga aku tahu tidak berlaku sesuatu ke atasku, kecuali apa yang ditakdirkanMu buatku serta keredhaan dengan qada’. "

 *Catatan : Allah mewahyukan kepada Nabi Adam. “Wahai Adam, engkau telah berdoa kepada-Ku dengan doa yang Aku kabulkan, jika salah seorang zuriatmu berdoa dengan doa tersebut, nescaya Aku hilangkan kedukaan dan kekeruhannya, Aku akan melindunginya, Aku akan menguntungkannya satu perniagaan selepas satu perniagaan dan Aku memberikan dunia* walaupun ia tidak menghendakinya” 

***“Dunia” yang dimaksudkan ialah keredhaan Allah S.W.T.***

Dipetik daripada ceramahPetua Menghadapi Godaan Syaitan yang disampaikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah 


Ceramah Ustaz Kazim untuk renungan semua.




Kredit buat alongkeramat 1
(Akaun Youtube : http://www.youtube.com/user/alongkeramat1?feature=watch )



13 comments:

  1. asslam Kak Nur-nba...seronok bca n3 ni...QH juga myimpan impian utk ke sna 1 hari nti...mudah2an akan ade rezki utk ke sna juga...masa umrah skrg dh mcm musim hajikan...xputus2 org ke sna yer...mjadi tetamu Allah SWT..

    ReplyDelete
  2. semoga akan berkesempatan menjadi tetamu Allah nanti.

    ReplyDelete
  3. bila sudah sampai disana hati tidak akan pulang ke Malaysia..

    ReplyDelete
  4. assalam nur..semoga diberik kesempatan lagi untuk kesana..insyaallah

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum nur...
    Akak pun myimpan impian utk ke sana lagi...

    ReplyDelete
  6. Salam Yong,

    Panas tu, tapi ada hambaNya yang tawaf juga, MasyaAllah.
    Dinosaurs masih menceracak kat situ, bilalah nak siap bahagian baru tu.
    Tima kasih berkongsi gambar terkini!

    ReplyDelete
  7. seronoknya kak nur. mesti tenang je berada di sana, kan?

    ReplyDelete
  8. Bertuahnya Nur insan terpilih menjejak kaki ke tanah suci.. moga suatu hari nanti saya juga dapat ke sana insyaAllah....:)

    ReplyDelete
  9. Assalam..
    teringin jugak nak ke sana...

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum Nur...boleh bw masuk kamera kedalam masjid ke? Masa dulu2 akak takde kamera digital mcm skrg. Gambar pun dah naik lapuk dan masa tu tak teringin sgt nak bergambar. Syukur, walau dah lama berlalu, masih ingat akak dpt smbhyang di Hijir Ismail.
    Insyaallah, ada rezeki, kita pergi ye..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah ... ...
    moga allah permudahkan urusan dan rezeki cik jah untuk kesana .... Insyaallah

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..menjadi hamba terpilih menjadi tetamuNya UNtuk tahun 2012...Tahniah, selamat pergi dan selamat kembali..

    ReplyDelete
  13. TQ so much dik adiah doa berharga utk bday Along.

    Terasa sayu & hiba melihat gambar2 kat atas tu, teringin nak ke sana lagi....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D