Pages

Tuesday, June 12

My 4th Blog Anniversary


Salam buat semua,
Semalam genap 4 tahun Nur berkecimpung dalam dunia blogging. Hampir terlupa dengan tarikh ni.. Hmmm sekejap benar masa berlalu dan memang tak dijangka yang  lama juga Nur membangunkan blog yang tak seberapa ni untuk tatapan rakan2 semua. Moga perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat untuk semua. 

Sepanjang tempoh itu, memang ramai rakan yang Nur kenali dan tanpa jemu sering singgah serta meninggalkan komen di dalam blog Nur ini bukan sahaja blogger dari Malaysia malah blogger yang menetap di luar negara seperti Amerika, Jepun, Brunei dan Singapura. Walaupun kami tidak pernah bersemuka di dunia nyata namun perkenalan di alam maya begitu bermakna sekali. Nur merasa sangat terharu di atas komen2 membina, sokongan, kata-kata perangsang, nasihat dan tunjuk ajar dari rakan2 blogger yang sangat budiman yang ternyata menyerikan hari2 Nur. Mereka bukan sahaja sudi bersahabat malah turut berkongsi ilmu dengan hati yang ikhlas. Nur doakan semoga Allah memberikan ganjaran buat anda semua di atas kebaikan yang pernah anda buat selama hari ini. Amin

Pada rakan2 blogger yang kerap ke blog Nur dan semua followers, sudilah kiranya menerima kad yang tak seberapa di bawah ini tanda terima kasih di atas sokongan dan persahabatan kita.




Inilah kadnya.... (sudi-sudikan mengambilnya.. )






Friendship Comments

Magickal Graphics


Moga ukhuwah yang terjalin akan berpanjangan.

Sekian, wassalam.

Terima kasih semua..



33 comments:

  1. assalam nur..tahniah nur..dah berusia 4 tahun..semoga terus menulis lagi disini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Acik Erna : Wslm kak.. Terima kasih kak.. Insya-Allah, ada kelapangan Nur akan terus menulis.. Tq for your support!!

      Delete
  2. tahniah!! hppy 4th blog anniversary! semoga lepas ni akan terus n xjemu2 berkarya yer...nti QH angkut yer pemberian tu...smua tu ker..hihi

    psl push up container tu sila ke sni yer..http://www.facebook.com/sunnahqasrina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Qaseh Honey : Tq kak atas ucapan.. Insya-Allah, ada kelapangan masa Nur akan update cerita2 terkini di blog ini.. Kalau Kak QH nak angkut pun boleh juga.. silakan... hehe..

      Tq for the info.. :D

      Delete
  3. Dear..
    Rupanya blog CR 'tua' setahun dari blog CM yaa..:)
    memang banyak info2 berguna dan menarik utk tatapan kita semua..
    Moga Dik Nur sentiasa ada dalam dunia bloggers..
    dan sekaligus terjalinnya persahabatan antara kita semua..;)
    Tksh utk segala pengkongsian ilmu..:)

    Tq dear..utk kad yang bling blingggg;)
    HaPPy 4th BlOg AnniVersaryyyy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kartini : Terima kasih kak kerana sokongan yang tak berbelah bagi.. Memang blog ni dah lama.. Tapu masa dulu cuma ingin berkongsi info dan suka2 je.. Sekarang dah jadi "addicted".. Insya-Allah selagi ada kudrat dan kelapangan, Nur akan update dari semasa ke semasa..

      Moga ilmu dan perkongsian yang tak seberapa dapat memberi sedikit manfaat untuk semua. Kad tu hasil tunjuk ajar akak juga.. Luckily akak suka..

      TQ so much sis.. Sayang akak.... :)

      **hugs***

      Delete
  4. Well done Nur cayang sebab bertahan sehingga ke hari ini. Along harap Nur akan teruskan usaha berblog dan terutama nya persahabatan kita yg amat Along hargai. Seronok & terhibur apabila kawan2 menjenguk dan bertanya kabar serta support sesama lain dalam mendalami ilmu pengetahuan. TQ kasi kad kelip2.... I like!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Alongroz : Tq so much sis.. Selalu beri full support dan datang jenguk Nur. Moga blog Nur ni dapat bertahan lebih lama lagi.. Seronok dapat bersahabat dengan akak.. Nur pun hargai sangat2.. Teringin nak jumpa dengan akak.. Bilalah tu agaknya ye!

      Sama2 kak.. Terima kasih sebab suka dengan kad kelip2 tu..

      Luv u sis...
      **hugs***

      Delete
    2. Salam Nur cayang. Baru berkesempatan nak gantung kad Nur. Mmmmmmmmuah2, tq again.

      Delete
  5. Psssss.... Macamana Nur boleh check top commenter tu - guna Google ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Alongroz : Akak refer site ni.. Ini linknya.. >>>

      http://www.bloggersentral.com/2010/02/top-commentators-cloud-widget.html

      follow instruction dan tukar URL dalam tu dengan URL blog akak..

      Harap ia membantu akak.. :D

      Delete
  6. tahniah nur! lama juga tu..akak tak sampai 2 tahun..terima kasih kad cantik tu..thanks for being my friend too..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nor @ WC : Terima kasih Kak Nor.. Memang dah lama.. Terima kasih juga sebab sudi ambil kad tu.

      Delete
  7. Selamat menyambut ulang tahun yang ke 4. Blog ini sudah boleh dikategoti otai dah. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Azrin : Terima kasih atas ucapan.. Wah mana ada otai.. Blog saya biasa2 je.. (Blogger suam2 kuku.. hehe)

      Delete
  8. tahniah kak nur dah 4 tahun berblog. selamat meneruskan aktiviti blogging :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadiah Sidek : Terima kasih Nadiah.. Tq sebab selalu singgah blog CR ni.. :)

      Delete
  9. tahniah..masih bertahan..
    moga ukhuwah berpanjangan. Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sal : Terima kasih Kak Sal.. Mudah-mudahan satu hari Nur dapat jumpa akak.. :D

      Delete
  10. alhamdulillah.. tahniah ye... nampaknya saya pun tersenarai sebagai pengomne tegar d blog ini.. semoga persahabatan alam maya kita akan kekal sepanjang hayat... salam ukhuwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Dil @ Gen2Merah : Alhamdulillah.. Terima kasih Cikgu Dil sebab rajin tinggalkan komen di blog CR. :)

      Delete
  11. wahhh dh 4 tahun..sama kot dgn blog sy..rsanya mcm 4 thn jgk..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs Fiza : Hehe.. ye ke.. taksangka pula kan.. Dah 4 tahun la kita berkawan.. Darwisy pun dah nak dapat adik.. :)

      Delete
  12. happy aniversarry blog cetusanrasa..
    tahniah.. insyallah.. ayu ambil kad2 cantik tu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu : Terima kasih Ayu.. Tq sebab rajin datang dan komen di blog CR.. :D

      Delete
  13. selamat menyambut 4 tahun..

    ReplyDelete
  14. Assalam Nur, maaf ya hari ni baru nieza sempat bw blk cuti hari tu memang penat betul. Alhamdulillah tahniah buat Nur dan happy 4th blog anniversary..teruskan menulis dan semoga persahabatan kita kekal selamanya..InsyaAllah.cantik kad tu nanti nieza gantung yer..tq:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nieza : Waalaikummussalam Nieza.. Terima kasih atas ucapan dan kata2 semangat.. Moga kita dapat berjumpa satu hari nanti.. :) Wah nak gantung ye.. Tq tq..

      Delete
  15. Assalammualaikum Nur, akak ni lagi la terlambat nak wish sb biasanya akak guna tablet. Jadi agak sukar nak tengok kwn2 yg update. Lps ni akak ltk link kat blog ye. Terima kasih kad yg cantik tu, nanti akak buat juga entry ni.

    ReplyDelete
  16. Tahniah dari kakak. Wah... dah 4 tahun ye Nur. Lama juga kan.
    Kad pun mengerlap cantik:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D