Pages

Friday, June 22

Sila Jaga Budi Bahasa



Credit picture HERE

Mood :
Merasa sangat sedih dengan tuduhan yang tidak berasas dari seorang pengunjung blog Soalan Matematik.

Ini jawapan kepada tuduhan yang tidak berasas dan kata-kata yang sangat menyakitkan hati :



Kepada Anonymous (dalam entri Nota Matematik Tambahan Tingkatan 4 dan 5 SPMLink Entri

Link yang saya serta dalam entri berkenaan ini percuma. Sila jaga tutur bahasa anda sebelum menuduh dan mengeluarkan kata-kata yang kesat seperti ini. Tuduhan anda ini tidak berasas sama sekali. Saya tidak akan letakkan link berbayar di dalam blog ini. Sebenarnya ilmu anda yang tidak cukup. Anda hanya perlu mendaftar di akaun Scribd. Dan jika anda tidak pandai atau tidak tahu untuk mendaftar akaun di Scribd, anda perlu belajar. Ilmu itu meluas dan perlu dicari. Saya boleh bantu anda, jika anda bertanya dan sememangnya anda hanya perlu berikan alamat emel anda dan saya akan bantu anda untuk dapat soalan. Sememangnya bangsa Melayu tak akan maju, seandai ada orang seperti anda.

Ini link untuk download yang telah saya sediakan khusus untuk anda.

Semoga Tuhan berikan anda hidayah dan petunjuk untuk anda agar menjadi insan yang lebih berbudi bahasa dan tidak menyakiti hati orang lain. 

Sekian, wassalam.

Ini link entri tersebut :
http://blogsoalanmatematik.blogspot.com/2012/06/jaga-budi-bahasa-anda.html

14 comments:

  1. sabar nur..orang mcm ni ada di mana2..

    ReplyDelete
  2. betul kata whitecappuccino..sabar ye nur..acik tak tau pulak ada link tu..kalau tau dah acik buka untuk anak acik cuba..hero bongsu tu suka sangat buat matematik..acik cuma beli soalan2 di kedai buku je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Acik Erna : Terima kasih kak.. Komen beliau sangat menyakitkan hati, moga dia insaf akan perbuatannya itu. Jika anak akak ada masa terluang, bolehlah minta dia melayari blog tu sebagai alternatif.

      Delete
  3. Sabar la kak...biasa la da nma pun mnusia....mcm2 rupa mcm2 perangai....

    ReplyDelete
  4. Sabar ya Sue, kat alam nyata dngn alam cyber ni semuanya sama je..kita tak boleh lari dari orng2 yg berperangai mcm ni..mmng kena banyak2 bersabar..moga orng tu sedar perbuatannya yg menyakitkan hati Sue..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Yatie : Terima kasih Kak Yatie.. Ermmm nama saya Nur, bukan Sue. Moga orang itu sedar dan tidak menuduh orang yang bukan2 tanpa usul periksa.

      Delete
  5. Doakan orang yang menuduh diberikan hidayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Azrin @ AkuBiomed : Saya dah pun doakan dia.. Moga dia sedar akan kesalahannya dan insaf.

      Delete
  6. kalau nak tegur pun biarlah secara baik. hmm..

    sabar ye kak nur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadiah Sidek : Masalahnya dia tidak bertanya atau meninggalkan komen. Setidak-tidaknya kita boleh bantu mana yang termampu, ini terus beri tuduhan melulu dan kata2 yang sangat menyakitkan hati. Gerammmmmmmm...

      Tq Nadiah atas sokongan.

      Delete
  7. manusia camtu lah..saya pernah dgr ceramah ustaz kazim..dlm memberi ilmu kita perlu juga mengenakan harga sbb ilmu yg dismpaikan tu kita tuntut kan...tak salah...

    apapun bsabarlah..ssungguhnya sabar itu pelengkap iman :)
    sbb dilayan org tak betul..kita jadi tak betul :)

    ReplyDelete
  8. Sabr yer, Anon nie memang suka nooo buat org sakit hati. Kalau betul berani, bagi la ID, ini tak, mau sorok2, pengecut. Anon nie / spam, takyah layan komen diorang,delete jek.nyakitkan hati.Huhu.Ym pulak emo.ekeke...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D