Pages

Sunday, July 22

Menu Iftar 1 Ramadhan 1433H


Salam buat semua.
Semalam sebelum berbuka, Nur sempat membuat cheese cake. Entah kenapa tiba2 teringin nak makan cheese cake. Mujurlah Nur ada membeli tepung cheese cake jenama Nona ketika belanja dapur tempoh hari di TESCO.

Bahan2 yang diperlukan :
1) 150g mentega
2) 3 biji telur
3) Tepung cheese cake jenama Nona


Step 1 : Timbang mentega sebanyak 150g.
Step 2 : Pukul telur bersama mentega sehingga kembang selama 10 minit.
Step 3 : Masukkan tepung cheese cake jenama Nona dan kacau sehingga rata selama 6 minit.
Step 4 : Masukkan ke dalam acuan pembakar dan bakar dalam suhu 250 darjah Celcius selama 25 minit.

(Aturan ini ada tertera di kotak tepung cheese cake jenama Nona)


Inilah cheese cake yang telah siap dibakar. Mungkin Nur perlu kurangkan masa membakar, kerana nampak sedikit hangus.



Cheese cake yang telag dipotong.


Menu hari ni. Dua menu dari produk myChef iaitu beef keema masala dan ayam Pongteh.
Yang lain tu, Nur masak lauk simple2 je.


Ini ayam masak kicap berlada. Nur tumis cili kisar bersama serai yang dititik, kemudian baru masukkan kicap manis dan sedikit air. Sepatutnya dihias dengan hirisan lada merah, tak perasan rupanya dah habis.


My favourite, sambal tumis ikan bilis.. Menarikkan warnanya.. Merah menyala... :)
Kalau nak tahu, Nur memang suka makan sambal..



Beef keema masala sentuhan Chef Liza (produk myChef)


Sekian, itu sahaja untuk kali ni. Wassalam.


14 comments:

  1. Pandainyer buat cheese cake...btw...kita pun hantu sambal gak...ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aleyn : Mudah je kak. Guna tepuang ready made.. Eh tak sangka kita hantu sambal.. ;)

      Delete
  2. Salam Ramadhan Nur,
    lama betul tak menjengah sini... kalau dah teringin tu, kenalh bikin kan... wah, macam2 ada tu... berselera betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ogyep yummy mellow : Terima kasih kak.. Salam Ramadhan juga utk akak.. Nur pun lama tak singgah blog akak..

      Ermm Kak, semua tu lauk simple je dengan produk myChef yg dapat hadiah tempoh hari.. :)

      Delete
  3. Selamat berhari minggu Nur, lepas ni pergi shopping tak? Banyaknya lauk berbuka Nur, kalau ramai seronok ler....akak ni tiga ciput je orgnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zana@pb : Selamat hari minggu kak.. Tak pergilah kak.. :) Memang ada tetamu semalam, tu masak banyak sikit.. Kalau tak makan berdua je..

      Delete
  4. aslmkum nur n selamat berpuasa.. penuh meja nampaknya tu nur..smlm akk bbuka dikg..penuh jugak meja dibuatnya.. hari ni akk nk mhantar aimman ke shah alam.. so layan jer la apa yg ade spjg OTW tu.. slamt berhujung minggu yer.. menu apa pulak di hari ke 2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak dZana : Wslm kak.. Selamat berpuasa juga utk akak.

      Bila hari pertama selalunya memang begini.. Dapat juga Aiman menyambut puasa dengan akak sekeluarga ye.. Bila travel, makan apa yg ada je la..

      Hari ni tak pasti lagi nak masak apa.. Selamat berhujung minggu juga utk akak. :)

      Delete
  5. salam ramadhan..moga ramadhan kali ini lebih diberkati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Pen Biru : Salam Ramadhan juga utk akak.. Mudah-mudahan.. Amin.

      Delete
  6. Salam Ramadhan Al-Mubarrak.. Selamat menjalani ibadah puasa.. Semoga beroleh rahmat, magfirah dan barokah.. Aminnn.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Khairul onggon : Terima kasih atas ucapan.. Amin, mudah-mudahan setiap amalan dan ibadah kita semua mendapat keberkatan di sisiNya.. Salam Ramadhan juga .. :)

      Delete
  7. wah sedap sgt bg resepi nnti ibu cb...menu semua sedap2..:)
    Sabar2 puasa..hikhik

    ReplyDelete
  8. Aduhai telan air liur sahajalah melihat gambar masakan yang disediakan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D