Pages

Thursday, November 29

Cantiknya baju-baju ni..

Salam buat semua,
Beberapa hari lepas, sempat juga Nur menemankan rakan baik waktu belajar di universiti dulu untuk ke Danga City Mall. Sekali lagi, datang ke pusat membeli-belah yang sama, tapi kali ni 'dating' dengan rakan waktu zaman belajar dulu. Rakan Nur, Elin kebetulan ingin menukar beg sekolah anaknya yang ada sedikit kerosakan di kaunter shopping mall Metrojaya. Lepas tu, sempat juga kami cuci2 mata merangkap 'window shopping' melihat barangan kanak2 dan bayi. Anak rakan Nur akan menyambut ulangtahun hari Sabtu ni, jadi ibunya sibuk mencari baju untuk anak kesayangannya tu....
 
 

Kalau datang sini, tak berkelip mataku melihat baju kanak2 yang cantik2..


 
Koleksi terkini
 
 
 

Sempat jengah toys department.. Agak lengang sebab waktu kami pergi waktu hari bekerja..
 
 
 
Wah.. diskaun separuh harga.. Jenama Ladybird ni memang cantik..
 
 

Agak susah juga nak buat pilihan.. Antara dua baju ni yang mana rakan2 blogger berkenan?
Rakan Nur tu pilih baju yang sebelah kiri.. Ok juga, harganya cuma RM39.90 (selepas diskaun).


 
Ah.. ada lagi... Member Nur dah pening kepala. semuanya cantik2 belaka..
 
 
Sempat juga kami meninjau barangan bayi.. Rakan Nur tu sedang berbadan dua. Jalan dengan mak buyung, memang kena la ikut je...

 
Ada ke yang teringin nak tukar handbag? Diskaun sehingga 70%..
 
 
Sesekali keluar dengan rakan lama seronok juga kan.. Entri ni ada sambungan..
Ok jumpa lagi di lain entri.. Wassalam/
 
p/s : Rakan2 selalu shopping di mana?
 


16 comments:

  1. assalam nur..jarang shopping..kalau sesekali nak beli beg acik suka pi melaka..ataupun parkson seremban je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Acik Erna : Wslm Kak Acik.. Nur pun temankan kawan je, tak shopping pun..

      Delete
  2. whuaaaaa!!!!
    inilah department yg akak tak sanggup nak singgah! maklum takder anak pompuan, kdg tu singgah jugak,lepas belai2 gown kembang bereben berenda selai duapuluh lai.....baru blah sambil telan airliur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Queenie : Hehe.. kelakar baca komen Kak Q.. Takpe, akak beruntung ada ramai anak bujang.. Pandai2 pulak tu... :)

      Delete
  3. Akak memang sukaaa window2 shopping niii...
    :):)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kartini : Samalah kita... Cuci mata je kak.. :)

      Delete
  4. kalau pergi shopping tak pening tak sah kan... sebab semua nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak MystoryPic : Nur tak pening..Member Nur yang pening, baju2 tu semuanya cantik2 belaka..

      Delete
  5. cantik2nya baju ank perempuan..teringat masa ank2 kecik3 suka pakaikan bju2 gaun spt itu selain bju kurung dan seluar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sal : Memang cantik kak... Suka tengok.. Kawan Nur tu macam nak beli semua.. rambang mata.. :)

      Delete
  6. Handbag di sini cantikkan Nur. Kakak pun suka. Kalau dia buat offer kadang sampai separuh harga tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zakie : Kalau tak kuat iman..... nak juga beli. Tapi handbag yang ada, masih elok lagi..

      Delete
  7. Kalau ada anak perempuan macam-macam fesyen boleh digayakan. :-)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum nur...baju budak2 perempuan ni mmg cantik2 mama pun suka tengok berbagai2 fesyen ada...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mas Zull : Waalaikummussalam Kak Mas.. Memang boleh pening.. semuanya cantik dan ada potongan harga..

      Delete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D