Pages

Saturday, February 9

Bahan bacaanku waktu cuti CNY

 
Tahniah diucapkan buat rakan2 blogger masakan antaranya Cik Mat Gebu, Kak Azlita Masam Manis , Kak CT Delima, Kak Wan (Blog Citarasawan , Noorsha (1001 Cerita 1001 Rasa)  dan Kak Anim (Penyulawa) yang disunting majalah RASA keluaran Mac 2013.



Salam buat semua,
Apa khabar semua? Harap rakan2 semua sihat. Blog Nur ni dah semakin sepi dek kerana mood "malas" nak update entri terkini. Pagi tadi Nur dan seorang rakan sejawat sempat mengiringi pelajar ke Pertandingan Catur MSSD di SMK Majidi Baru. Mujurlah majlis penyampaian hadiah berakhir awal sekitar jam 12.30 tengah hari sebab badanku dah tak larat sangat. Hanya seorang sahaja anak didikku yang berjaya mendapat tempat ke-5, manakala 5 orang lagi tidak berjaya. Jangan putus asa ye anak muridku, nanti cuba lagi tahun hadapan.
 

Khusyuk benar mereka waktu pertandingan catur ini berlangsung.
 
 
Hari ni dah bermula cuti panjang. Lega rasanya dapat bercuti seminggu, tapi cuti ni perlu diganti. Memandangkan cuti CNY kali ni agak panjang, mesti ada di kalangan ramai rakan blogger yang bercadang untuk ke kampung. Nur ucapkan selamat bercuti, semoga kalian sekeluarga selamat dalam perjalanan dan bergembira bersama yang tersayang.

Sekian dulu, andai ada masa dan kesempatan In Sha Allah kita akan berjumpa lagi.
Wassalam.

Selamat bercuti ye...
 
 

7 comments:

  1. Cantik sgt la blog nur ni...saya suka tengok...selamat bercuti cikgu nur...
    Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. semoga bacaan yg bermanfaat ya....eh nk pnjm ;p

    ReplyDelete
  3. assalam.jom join segmen saya http://www.penbiru.com/2013/02/segmen-bagi-pi-wwwpenbirucom.html

    ReplyDelete
  4. Lama ye bercuti smpena cny ni..selamat bercuti..

    ReplyDelete
  5. wak pon dh lama X men catur gakk.,ahHKs

    ReplyDelete
  6. Tanniah kepada blogger kerana masuk majalah. Saya tiap bulan membeli majalan pemotoran Roda Roda.

    ReplyDelete
  7. Lama x men catur, trick men pun dh lupa

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D