Pages

Saturday, February 15

Resepi Butterscotch Bread Pudding

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar kawan2 blogger semua? Nur harap semunya sihat.. Lama benar Nur menyepikan diri.. Blog pun dah terabai. Baru tergerak nak update hari ni.. Biasalah ada banyak benda lain yang lebih penting dari berblog kan.. Kehidupan mesti diteruskan.. InshaAllah andai ada masa akan cuba untuk update entri terkini.

Hari ni Nur nak kongsi resepi senang dan mudah.. Dah banyak kali nak update asyik tertangguh je.. 

Jom tengok apa resepi hari ni..



Resepi Butterscotch Bread Pudding

Kredit resepi Cik Mat Gebu . Terima kasih buat Cik Mat Gebu kerana telah mengolah /mengubahsuai resepi asal daripada Kak Hana.. Dan ternyata resepi ni memang sedap... Nur dah buat beberapa kali dan ternyata hasilnya tidak mengecewakan.. TQ Cik Mat Gebu, mohon izin untuk Nur kongsi resepi di sini untuk rujukan..


BAHAN-BAHAN UNTUK BUTTERSCOTCH BREAD PUDDING :
5 keping roti Delicia Butterscotch Gardenia, dipotong kiub
2 camca besar coklat cip ( Nur tambahkan sedikit taburan chocolate rice)

* 1  cawan susu sejat  ( Nur guna 1 tin susu cair )
* 1 biji telur gred A
* 1 camca besar gula halus
* 1 camca teh esen vanilla ( Nur guna 1 penutup esen vanila itu sendiri )
* 1 camca besar mentega -  yang dicairkan dan disejukkan

Sedikit mentega (dipotong kiub kecil-kecil )- Untuk diletakkan di atas bancuhan sebelum dibakar.

Cara2 membuatnya :

UNTUK BUTTERSCOTCH BREAD PUDDING :

1. Satukan bahan2 bertanda (*) dan kacau rata dengan whisk, ketepikan.
2. Lenser bekas kaca tahan panas berukuran 5 inci x 7 inci dengan mentega.
3. Susun 1/2 bahagian roti yang dipotong kiub taburkan 1 camca besar coklat chip.
4. Susun baki roti, kemaskan.
4. Kemudian tuang bancuhan yang dikacau tadi atas roti.
5. Biar hingga cecair terserap. Tabur rata2 baki coklat cip atasnya.
6. Kemudian jatuhkan sedikit mentega pada permukaannya.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah Celcius, selama 30 minit.
8. Bila pudding masak, keluarkan dari oven dan biarkan hingga sejuk.




Begini rupanya sebelum dibakar. 


Inilah hasilnya... Bread pudding yang telah siap dibakar.



Ini pula bahan2 untuk kuah kastard


BAHAN-BAHAN KUAH KASTARD :
 1 cawan susu segar
 2 camca besar air
1 camca besar penuh gula halus
1 camca besar penuh tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla (Nur guna 1 penutup esen vanila itu sendiri)




Bahan2 yang telah dicampurkan.


Inilah rupa kuah kastard yang telah siap/ pekat...

Cara2 untuk membuat kuah kastard :
1. Satukan semua bahan2 untuk sos kastard, kecuali esen vanilla
2. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan tidak berbintil.
3. Jangan lupa ye... masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga sos kastard pekat.
4. Akhir sekali, masukkan esen vanilla
5. Kacau rata dan matikan api.
6. Sejukkan.

*****************************************************
Selingan...

Ini pula gambar bread pudding batch kedua...Actually memang sengaja buat lebih sebab nak habis stok roti kat rumah...



Sebelum dibakar - Loyang 2


Selepas dibakar - Loyang 2


Jemput makan ye...  (Maaf gambar ni tak cantik sebab guna camera hp je..)

Cubalah ye kawan2... Mudah dan sedap...
Sekian dulu, sampai jumpa lagi di lain entri..

Wassalam.

8 comments:

  1. salam perkenalan dr SRC..

    saya singgah sini dan follow..sudi la singgah blog sya dan follow di http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq..apapun, bread pudding tu nampak menarik dan sedap..

    ReplyDelete
  2. Kakak selalu juga buat Nur tapi kakak tak letak pun coklat chips. Lain kali kalau rajin dan ingat kakak cuba buat macam ini..

    Lama menyepi... macam rindulah pulak. Abang pun tanya khabar Nur dan Rina Avail tau..

    ReplyDelete
  3. salam kenal, singgah & follow sini

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kongsi recepi, nanti kak Zai cuba.

    ReplyDelete
  5. salam kenal... singgah jap nampak phew... bolehlah nak cuba

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D