Pages

Wednesday, October 26

Trip to Universal Studios Singapore : Battlestar Galactica Vs Accelerator (Part 4)






Siapa berani boleh cuba naik roller coaster Battlestar Galactica.. Nur memang tak naik.. ngeriii..




Iqbal jadi peneman Nur untuk naik Accelerator Ride.. (hehehe.. sungguh tak mencabar langsungkan.. Takpe yang penting kita "happy")

 
Salam buat semua,
Ke mana anda cuti Deepavali ni? Nur masih di kampung. Hmm kalau ada yang masih ingat Nur baru melawat Universal Studio Singapore pada 15hb Oktober yang lepas. (Boleh lihat entri ini dan ini). Sebenarnya Nur tidak pergi bersama suami tercinta tetapi mengikut rombongan bersama rakan-rakan sejawat. 38 ahli rombongan terdiri daripada rakan2 guru bersama ahli keluarga serta anak masing-masing. Perjalanan bermula seawal jam 8 pagi dan kami selamat tiba sekitar jam 11 pagi. Harga tiket yang diuruskan oleh ejen ialah sebanyak RM198 untuk seorang melalui khidmat Rajawali Bintang Travel Sdn. Bhd.

Mengenai soal makan pula, tak semua restoren di sana menyajikan makanan halal. Anda boleh rujuk blog ini. Satu kesukaran sewaktu berada di sana ialah tiadanya ruangan atau bilik solat. Dengarnya masih dalam pembinaan.  Jadi kami terpaksa bersolat di tempat yang lain yang dirasakan sesuai.

Oklah.. itu sahaja untuk kali ni.. Kalau anda bercadang nak ke sana boleh rujuk blog Aiza89 untuk panduan. Nur memang tak pandai nak mengarang ayat.. (maaf ye..)

Jumpa lagi.. Wassalam.

Nak tahu pengalaman sebenar, boleh tonton video di bawah..:



Credit to yonkiedoodle (Youtube account)





Credit to kidowmer ( Youtube account)

5 comments:

  1. besnya..
    kami baru bercadang nak pegi..entah bila dapat ke sana..
    tq for imformation, semangat nak gi..

    ReplyDelete
  2. Pakej RM198 boleh dikatakan berpatutan

    ReplyDelete
  3. A good info...and harga pun reasonable...

    ReplyDelete
  4. Buat Kak Sal,
    Sama2.. Memang best pergi dengan ahli keluarga. Kalau ke sana jangan lupa bawa kamera, baju spare, makanan ringan dan air minuman, sebab di sana harganya agak mahal.

    Buat Saudara akubiomed,
    Harga tu termasuk dengan pengangkutan bas ke USS. Mungkin sebab JB dan Singapore agak dekat. Kalau dari KL mungkin harganya berbeza.

    Buat Kak UmmiRosma,
    Yup betul tu.. Saje kongsi sebab mesti ramai yg bercadang nak pergi, kebetulan cuti sek dah dekat..

    ReplyDelete
  5. salam,

    setelah berabad lamanya baru sekarang ni ha berkesempatan nak blogwalking. thanks :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D