Pages

Saturday, July 7

Balik Kampung (Part 3)


Singgah sebentar cuci mata di sini.. Barangan cenderamata untuk majlis perkahwinan. Memang rambang mata dibuatnya bila masuk ke kedai ni. Cuba agak apa yang Nur beli apa?



Pada sesiapa yang tidak pernah sampai ke Kluang, inilah rupa Bandar Kluang yang masih mengekalkan bangunan2 lama. Lihat Bas Mersing tu masih beroperasi lagi dari sejak Nur sekolah rendah lagi. 



Pasaraya UO pula akan dibuka. Memang banyak pasaraya di Kluang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Antaranya pasaraya ECONSAVE, PACIFIC dan KLUANG MALL. Dengar kata akan ada Pekan Rabu berhampiran PACIFIC Kluang.





Inilah sebahagian hasil window shopping pagi tadi.. Nur termenung sekejap, nak tahu kenapa.. Sebabnya ialah Nur ni memang takde bakat untuk menggubah, kira tahap keras tangan.. hehe. Abah Nur memang pakar bab2 menggubah bunga ni berbanding bonda. Nanti dah siap gubah, Nur tayang pada rakan2 ye.. :)



Majalah kegemaran Nur HARMONI.. Personaliti TV Azizah Arifin dan Sherie Merlis mengandung lewat usia. Bilalah Nur akan merasai pengalaman ni ye? Moga Allah berikan Nur kesempatan untuk bergelar ibu satu hari nanti. Amin. 

p/s : Lepas ni entri minum petang dan aktiviti anak2 saudara.

BERSAMBUNG LAGI....


Ini list entri2 balik kampung yang lepas2 :





p/ s : Jemput semua follower blog Cetusan Rasa untuk turut serta dalam GA Nur yang pertama. 
Klik pada banner di bawah untuk makluman lanjut.

(ada 3 hari sahaja lagi)






Ini bannernya GA Kak Ida 1001 resepi :








4 comments:

  1. mmg bole rambang mata kalau akak singgah kedai mcm tu..maunye berjam hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak inazamri : Betul tu kak.. Nur gi lebih kurang 1 jam... Kena kawal nafsu dan kawal belanja..

      Delete
  2. akak penah sampai kluang 3 taun lepas..masa tu antar anak ke Batu Pahat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nor @ WC : Oh.. Anak akak masuk UTHM ke?

      Delete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D