Pages

Saturday, July 7

Syukur Alhamdulilllah Kerana Terpilih Untuk Menghadiri Majlis GA Kak Ida (Koleksi 1001 Resepi)


Salam buat semua,
Apa khabar rakan2 blogger semua? Pertama sekali Nur nak ucapkan ribuan terima kasih pada Kak Ida dari Blog Koleksi 1001 Resepi kerana sudi menjemput Nur untuk menghadiri Jemputan ke Majlis Penyampaian Hadiah GA anjuran beliau. Sememangnya Nur tidak menjangka dan semacam tidak percaya bahawa Nur akan terpilih antara 10 orang blogger bertuah yang dijemput sendiri oleh Kak Ida untuk turut serta dalam majlis makan malam pada 14 Julai 2012, di Restoren Rebung yang terletak di Bangsar milik Chef Ismail. Ini entri Kak Ida mengenai majlis tersebut yang ditaja penuh oleh MyChef.

Syukur Alhamdulillah... Berkat sokongan rakan2 blogger dan pengunjung2 blog Cetusan Rasa, Nur telah terpilih dan berpeluang untuk bertemu dengan Kak Ida secara live. Selama ni Nur hanya sering berkunjung ke blog beliau sahaja. Sebelum ini, Nur hanya menjadi silent reader blog beliau dan sepanjang Nur mengenali beliau, Kak Ida merupakan seorang yang sangat peramah, mudah mesra, dan sangat menghargai pengunjung2 blog kesayangannya.  Secara jujurnya, walaupun kami belum pernah berjumpa tapi Nur semacam telah  berkawan rapat dengan beliau. Kak Ida juga sangat rajin mengemaskini blognya dengan resepi2 enak dan menarik dan tidak lokek berkongsi ilmu serta sering membalas setiap komen dari pengunjung2 blognya. Itulah keistimewaan insan bernama Kak Ida.

Menurut Kak Ida, malam itu nanti berkemungkinan Nur akan berpeluang berjumpa sendiri dengan barisan chef2 terkenal seperti Chef Ismail, Chef Florence, Chef Liza, Chef Zam dan berkemungkinan Chef Izani juga akan turut serta. Ah.. tak sabar rasanya nak menanti detik itu. Semacam mimpi je.. 

"Buat Kak Ida, 
Terima kasih di atas undangan. Nur sangat menghargainya.
Insya-Allah Nur akan lapangkan masa untuk hadir. 
Peluang ni jarang2 kita perolehi, maka Nur tak akan lepaskan.  
Kita jumpa pada malam 14 Julai ye... "

Akhir kata, ucapan terima kasih juga Nur tujukan khas buat semua rakan blogger dan follower blog Cetusan Rasa yang sentiasa memberi sokongan dalam tempoh Nur menyertai wowww 1001 Giveaway anjuran Kak Ida.






Kad ini Nur buat khusus untuk Kak Ida,



Anda semua boleh juga kunjungi blog MyChef Ready Meal di link berikut :



Ini URL blog myChef : 




Klik di SINI untuk FB myChef


 Credit picture : Google search






Akhir kata, sekali lagi Nur menjemput semua follower blog Cetusan Rasa untuk turut serta dalam GA Nur yang pertama. 


Sila klik pada banner di bawah untuk makluman lanjut.

(ada 3 hari sahaja lagi)




Ini bannernya GA Kak Ida 1001 resepi :




TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN BANTUAN ANDA.
HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA.

Sekian, wassalam.








7 comments:

  1. Tahniah nur... Seronok baca ada kwn2 g terpilih. Ibu yusuf tumpang gembira.. :-)y

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zefa NorAsmara : Terima kasih kak.. Nur perasan akak pun terpilih juga. Kita jumpa di sana ye.. ~~ Salam perkenalan.. ~~

      Delete
  2. Tahniah nur, akk tumpang happy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zana @pb : Terima kasih kak.. Sokongan akak melayakkan Nur pergi sejauh ini.. :)

      Delete
  3. salam nur..kita jumpa disana ya, semoga terjalin ukhwah antara kita nanti, insyaAllah..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D