Sila klik link bawah...

Wednesday, October 19

Resepi Chocolate chips Cookies Ala Famous Amous

Salam buat semua,
Hari ni Nur nak kongsikan resepi Chocolate chips Cookies Ala Famous Amous dalam entri tempoh hari.

Atas permintaan Kak UmmiRosma, Nur kongsikan dalam blog ni. Terima kasih pada Kak Ina (pemilik asal resepi ini).


Cookies yang telah siap dibakar.

Adunan sebelum dan selepas dibakar.



Sumber Asal Resepi :

Ditaip semula oleh Nur Cetusan Rasa

Bahan2 1 :
1 cawan butter - (Nur guna 250 gram butter jenama Farmcow)
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang/brown sugar – (Nur guna ½ cawan sahaja - sesuai untuk yg tidak suka terlalu manis)
-Ketiga2 bahan ini dipukul sehingga kembang.


Bahan2 2:
2 biji telur
1 sudu kecil vanilla
Bahan2 3 :
1 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
1 sudu kecil soda bicarbonate – (Nur tak masukkan pun.)
2 ½ cawan oat –dikisar halus (Nur ganti oat dengan 1 1/2 cawan Nestum yang dikisar halus)
12 oz. chocolate chips (Nur guna 1 cawan chocolate chips jenama Van Houten)
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1 ½ cawan kekacang (dicincang)- terpulang sama ada nak masukkan walnut, almond atau hazelnut- (Nur tak masukkan pun)
9 oz. Chocolate Cadbury/ coklat masakan - diparut - (Nur tak masukkan pun)

Cara-cara Membuat:
1. Pukul butter dengan gula halus dan gula perang hingga gebu.

2. Masukkan Bahan2 2 iaitu telur dan vanilla.

3. Kemudian masukkan kesemua Bahan2 3 dan gaul hingga rata.
4. Kemudian sudukan adunan ke dalam loyang dalam jarak 2 inci. – (Nur kepal2 sahaja dan kemudian taburkan lebihan chocolate chips di atas adunan cookies sebelum dibakar. Dulang pembakar Nur sapukan dengan marjerin supaya tidak melekat. Kak Ina KL gunakan kertas minyak dan letakkannya di atas dulang pembakar. Perhatian : Jangan sudukan terlalu besar sebab adunan akan kembang)

5. Kemudian bakar dalam ketuhar selama 20 minit pada suhu 170 darjah Celcius.- (Nur bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah Celcius untuk lebih rangup. Menurut Kak Ina KL, semuanya bergantung pada oven masing-masing)

6. Sejukkan pada redai dan masukkan dalam bekas kedap udara.

Terima kasih buat Kak Ina KL kerana berkongsi resepi ini dengan kami semua.

Kepada mereka yang rajin mencuba resepi baru, anda tak rugi untuk mencuba.. Resepi ni sangat mudah dan Nur dapat hasilkan sebanyak 3 balang cookies untuk satu aduanan. Boleh rujuk gambar di entri INI.

Ok selamat mencuba dan selamat malam............... :)


p/s : Line internet tersangatlah lembap. Katanya ada kerja2 penyelenggaraan..
Aduhai... betul2 menguji kesabaranku...


UPDATED

Thanks to Kak UmmiRosma (dari Brunei) di atas entrinya. Beliau dan anak2nya telah sama mencuba resepi ni. Ini linknya..

5 comments:

  1. Tnx soooo much dear Nur. I have all the ingredients but kena cari VH choc chips tu dulu la...kalo takde guna yg biasa je..


    Tnx for sharing....*hugs*

    ReplyDelete
  2. Sedapnya buat minum petang cicah dengan air teh :-)

    ReplyDelete
  3. Buat Kak UmmiRosma,
    Your welcome sis. Dah cuba nanti, bagitahu ye.. Kalau guna brand lain pun boleh kak, tak mesti brand VH. Memang suka kongsi dengan akak dan pembaca yg lain.

    Buat Saudara akubiomed,
    Betul tu.. Kalau makan begitu sahaja pun sedap juga.

    ReplyDelete
  4. sedapnye.rasa die ade sama cam famos amos punye takk?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...