Salam buat semua,
Kali ni, Nur nak berkongsi gambar cubaan kali pertama membuat "Chocolate Chips Cookies". Resepi ni Nur dapat dari Dalilati (rakan sekerja) dan ada sedikit pengubahsuaian memandangkan ada setengah bahan yang tiada dan terlupa untuk dibeli. Rasanya sangat sedap dan Nur seronok sangat kerana mendapat pujian dari suami tercinta. Kalau diikutkan pada resepi asal, sepatutnya mesti digunakan oat tapi Nur ganti dengan Nestum. Ada masa Nur akan taipkan resepinya di blog ini.
Bahan2 yang digunakan untuk buat cookies.
Nestum (dikisar halus), telur dan esen vanila dan campuran tepung jagung dan tepung gandum dimasukkan selepas mentega dan gula castor dipukul hingga kembang.
Loyang pembakar disapu terlebih dahulu dengan marjerin agar tidak melekat.
Inilah hasilnya..
Nampak sedapkan.. Ada sesiapa nak rasa..
Inilah hasil Chocolate Chips Cookies.
Suami Nur kata macam nak ambil tempahan raya je.. :D
Ada ke yang berkenan nakkan resepi cookies ni..
Kalau ada, janganlah malu2 beritahu dan tinggalkan komen dan alamat emel..
Nanti Nur boleh emelkan.
Ok selamat malam sekali lagi.. Jumpa lagi di lain entri. Wassalam.
Nak rasa ☺☺☺
ReplyDeleteNampak sedap.
Macam biskut Chipsmore. Kejap ada kejap tidak ada :-)
ReplyDeleteAlahaiiiiii nampak seap dan rangup. Nur guna chocolate chips brand VH yea..rasa kalo kat sini susah nak cari ni.
ReplyDeleteAkak nak cuba resepi cookies ni, pasal Habibati loves cookies. Nur buat blog entry yea mengenai resepi cookies ni.
Take care dear...
Buat fiza,
ReplyDeleteErmm kalau dekat Nur akan beri untuk rasa.. hehe.. Memang ramai yang memuji kesedapannya.. :) (eh perasan pulak.. hehe). Tq for your comment.
Buat Saudara Akubiomed,
A'ah memang akan2 sama.. cuma yang ini "homemade"..
Buat Kak UmmiRosma,
Kalau ikut resepi asal cuma bakar 20 minit, tapi Nur tambah sikit biar lebih rangup. Nur memang suka guna brand VH. Brand lain pun boleh la kak..
I will post special entry for this cookies just for you sis.. Sabar ye kak.. Take care too..
Tnx sweetie...
ReplyDelete