[Entri berjadual]
Showing posts with label Nice pic. Show all posts
Showing posts with label Nice pic. Show all posts
Friday, December 20
Sunday, December 15
Wednesday, April 17
Friday, April 12
Terapi mata
Salam buat semua,
Apa khabar semua?.. Sekali lagi Nur lama menyepi.. (ada ke yang mencari.. perasan sungguh diri ini kan... hehe.. ). Maaf sangat2 sebab seperti biasa memang tak sempat nak tulis cerita terkini dan begitu sibuk dengan tugas2 di sekolah. Kebetulan minggu hadapan ada "Program Pengarah Turun Padang". Masing2 tak menang tangan menyiapkan fail2 yang ada dan seakan tak cukup masa untuk membereskan semuanya... Semasa sedang mengemas kini fail2 gambar yang ada di dalam external, terjumpa gambar yang cukup menenangkan fikiran. Gambar2 ni dirakam kalau tak silap oleh anak muridku pada tahun lepas sewaktu menghadiri aktiviti ko-kurikulum di luar kawasan sekolah. Tenang je melihat keindahan alam... Memang diri ini sangat memerlukan terapi setelah sibuk dengan tugas2 rutin seharian. Nur harap rakan2 blogger semua sihat2 hendaknya. Jangan lupa pada Nur ye.. Moga anda juga suka akan gambar2 di bawah ini.. Selamat berhujung minggu semua.. Esok cikgu-cikgi di sekolahku kena hadir aktiviti ko-kurikulum.. Jumpa lagi ye. Wassalam.
Thursday, January 10
Fiesta Get2Gather di Dataran Bandaraya Johor Bahru
Ini sambungan siri terakhir untuk kisah di ENTRI INI.
Pertama kali diriku menjejakkan kaki di Dataran Bandaraya Johor Bahru.
Bikers dari negara Singapura dan Johor bertemu di Program Fiesta Get2Gather yang diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada 30 Disember 2012 dan membantu mengumpul dana Tabung Gaza.
Ada pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.
Tapak pameran dan jualan.
Comelnya patung kucing ni.
Seronoknya mereka bermain water ball.
Pemandangan sekitar.
Motosikal berkuasa tinggi.
Pada rakan2 blogger yang memberi kata2 semangat dalam entri sebelum ni, terima kasih diucapkan.

Wednesday, January 2
Teruskan Perjalanan ke City Square JB dan Danga Bay
Salam buat semua,
Sambungan entri 2 hari lepas, lepas bersarapan di Larkin Bomba. Nur dan adik angkat bergerak ke City Square JB. Memang selama duduk di JB jarang benar ke sini tapi sebab mengenangkan ada voucher percuma yang hanya boleh ditebus di POPULAR City Square sahaja kenalah juga Nur ke sini. Kali terakhir datang ke CS ialah pada 1 Januari tahun lepas. Masa tu banyak kedai2 ditutup untuk dibaik pulih. Sekarang dah banyak perubahan dan banyak kedai barangan berjenama di sini.
Tak shopping pun... Jalan2 cuci mata..
Kedai2 yang ada..
Selepas shopping di kedai buku POPULAR kami singgah di Pantai Lido. Entrinya di sini.
Lepas tu singgah sebentar di Danga Bay. Memang ikutkan ramai warga asing yang suka melepak di sini, mujurlah ada pegawai polis yang mengawasi kawasan sekitar, jadi kami berdua kurang bimbang.
Berikut adalah gambar2 yang Nur rakamkan waktu di Danga Bay.
Tenang je melihat gambar ini...
Sangat suka gambar ni..
Teringin juga nak naik kapal ni..
Sempat juga tuan empunya kamera berposing... :)
Tengok la.. besarkan replika udang kara gergasi ni.. Daku teruja..
Replika udang ni terletak di hadapan sebuah restoren seafood. Pasal restoren tu, rakan2 boleh rujuk blog INI. Rasanya memang port bergambar untuk sesiapa yang datang sini. Jika waktu malam tentu lebih cantik.
Gadis Bunga tentu terror bab2 ambil gambar waktu malam. Bilalah nak berguru dengan beliau. Gambar2 di blognya sangat cantik.
Oh Anis pun teruja juga.... Happy benar Anis..
Sebelum Nur terlupa, Nur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan blogger yang memberi ucapan "Selamat Tahun Baru" dan "Selamat Bertugas". Terima kasih atas ingatan rakan2 semua. Warga pendidik macam Nur dah memulakan tugas hari ni. Jika ikut jadual hari Rabu, Nur ada 2 kelas Tingkatan 5. Pengajaran memang dah bermula walaupun pada hari pertama tapi biasalah masih ramai pelajar yang masih belum membeli buku kerja. Minggu hadapan dah tak nak dengar lagi alasan yang sama. Hari ni kiranya masih dimaafkan sebab jadual waktu baru terima.
Rasanya itu sahaja untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Selamat malam semua.... Sekian wassalam.

Tuesday, January 1
Nikmati Pemandangan Indah di Tepi Pantai Lido
Salam buat semua,
Sekejap sahaja masa berlalu, dah masuk tahun 2013. Ini adalah entri yang pertama untuk tahun 2013. Cuti sekolah dah pun berakhir.... Hari ini merupakan hari terakhir cuti sekolah. Esok semua pelajar akan memulakan sesi persekolahan yang baru untuk sesi 2013. Bagaimana dengan persiapan anak rakan2 sekalian? Moga semuanya berjalan lancar.
Nur nak sambung entri semalam. Biasalah kalau dah berada di tepi pantai, tentu banyak gambar yang dirakam. Menikmati pemandangan indah memang satu terapi minda. Al-maklumlah dah nak memulakan tugas di tahun baru. Jom lihat gambar2 yang Nur rakamkan.
Eh ada juga orang yang memancing..
Tq Anis sebab sudi temankan Kak Nur berjalan2 meronda bandaraya JB.
Cuaca tidak menentu.
Inilah lokasi Nur waktu nak mengambil gambar seterusnya.. Lihatlah banyaknya sampah..
Penuh sampah-sarap..
Inilah hasil gambar yang diambil..
My favourite pic...
Akhir kata, Nur ambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2013" buat semua yang mengenali Nur dan buat semua rakan blogger lama dan baru. Semoga tahun2 baru ini akan menjadi tahun yang lebih baik untuk anda semua. Kepada rakan2 blogger yang bergelar guru, "Selamat Bertugas"...
Terima kasih atas kunjungan dan komen2 anda.
Sampai jumpa lagi di lain entri. Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)