Salam buat semua,
Apa khabar semua? Harap semua rakan blogger sihat2 belaka.. Hari ni merupakan hari kedua Nur dan rakan2 sejawat bermesyuarat di sekolah. Sebaik sahaja menerima jadual waktu untuk sesi persekolahan 2013, Nur menerima satu kejutan, buat pertama kalinya Nur bakal mnjadi guru subjek Sains untuk 4 kelas Tingkatan 5 dan hanya satu kelas subjek Matematik Tingkatan 4. Berat rasanya tanggungjawab yang harus kupikul... Tertanya-tanya juga, mampukah diriku... Jika ikutkan hati Nur lebih suka mengajar subjek Matematik sebab memang itulah opsyen waktu di Universiti (namun perasaan itu hanya kupendam sahaja, tak berani untuk kuluahkan...) Moga Nur dapat kuatkan semangat dan cekalkan hati untuk menerima amanah ini dengan hati yang redha. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Sejak 3 tahun lepas, diriku hanya sekadar memegang 3 kelas Sains Tingkatan 5 dan 2 kelas subjek Matematik Tingkatan 4. Semoga Allah berikan kekuatan pada Nur untuk menggalas tugas dan amanah ini. Harap rakan2 semua dapat doakan juga ye..
Sebelum mendapat tahu kejutan tu, Nur telah menerima set barangan Tupperware ketika cabutan bertuah semasa jamuan anjuran KEBIRU. Seronok bukan kepalang... harganya mungkin mencecah RM100 ringgit.. Eh betul ke? (tak pasti pula harga set Tupperware.. Ada ke rakan2 yang jadi pengumpul tegar barangan jenama Tupperware?) Syukur Alhamdulillah... tak sangka Nur akan dapat sebab selalunya memang jarang dapat hadiah yang besar2 ni. Esok masih ada satu lagi mesyuarat perlu kami hadiri dan hari Isnin pula merupakan "Hari Pendaftaran Tingkatan 1 dan Peralihan".
Itu sahaja coretan untuk hari ni. Selamat berhujung minggu buat semua.
Sekian, wassalam.

Inilah hadiah yang kuterima di pagi Jumaat yang penuh keberkatan.. Syukur Alhamdulillah.
Ole2 untuk Nur dan rakan2.. Buku Pengurusan 2013, Buku Rekod Mengajar untuk tahun 2013 dan Buku Catatan Rasmi 2013.
Cantikkan key-chain milik rakan Nur, Kak Zun..
Bekalanku setiap pagi..
Ada majlis khas anjuran KEBIRU.. 6 biji kek untuk dikongsi makan bersama dengan rakan2 sejawat yang lain.
Inilah antara hadiah cabutan bertuah pagi tadi..
Slaid2 yang disampaikan oleh Puan Pengetua untuk renungan bersama.