Sila klik link bawah...

Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Wednesday, July 10

Selamat Menyambut Ramadhan



 
Kredit : FB IKRAM JOHOR
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, May 9

Selamat Hari Ibu

 

Sunday, March 17

Ulangtahun Perkahwinan

 
 



Ya Allah jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkatan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.

Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.

Ya Allah, kurniakanlah dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah.
Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.



SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-8 buat suamiku...

Terima kasih atas segalanya...

Kredit doa

 
 
Credit picture HERE
 

 
Credit picture Google search
  

Thursday, October 25

Ucapan Salam Aidiladha buat semua rakan blogger

Salam buat semua.
Lambat benar Nur update cerita hari ni.Petang semalam, Nur sempat buat cupcakes dan aiskrim asam boi. Memang buat untuk santapan anak2 buah dan adik beradik yang akan berkumpul pada cuti Hari Raya Haji nanti. Sebelum tu Nur telahpun buat 3 bungkus dadih untuk dibawa balik kampung. Banyak juga dadih yang dapat dalam 50 cup seperti gambar di bawah. Syukurlah Nur dah pun selamat sampai kampung halaman lewat malam. Memang sengaja pulang awal sebab tak nak menempuh jem.
 
Di kesempatan ini Nur ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua rakan blogger yang sudi menjalin persahabatan dengan Nur di dunia maya. Hati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung. Nanti ada.masa Nur jengah blog anda semua ye.. Pada teman2 blogger yang sangat rajin meninggalkan komen, terima kasih diucapkan. Komen2 anda menceriakan hari2ku.. ♥♥ Tanpa komen teman2 blogger, blog ni jadi hambar. Ada masa lapang, Nur cuba sedaya upaya untuk membalas satu per satu komen yang diberi. Kalau ada yang terlepas tu, minta maaf ye..
 
Ok cukup itu sahaja cerita untuk hari ni..Pada yang berpuasa pada hari ni.. Selamat berpuasa.. Sekian.wassalam.
 
p/s : Maaf ye kualiti gambar agak kurang memuaskan, Nur terus update dari hp je.. Senang dan cepat.. Ada masa nanti Nur edit2 gambar ye..

 
 
 
 

 

Friday, February 10

Terima kasih Semua

Thank You Glitter Graphics - Glitterlive.com


 Pada semua rakan yang sudi meninggalkan komen dan kata2 semangat buatku pada entri sebelum ini. Terima kasih banyak Nur ucapkan. Nur sangat menghargai dan terharu dengan keprihatinan anda semua.

Ada masa nanti Nur singgah blog rakan2 ye.

Sekian, wassalam.


 

Thursday, January 19

Terima Kasih buat followers & semua pengunjung blog


p/s : Maaf kerana tidak sempat membalas komen rakan2 kerana keterbatasan waktu. Agak sibuk sedikit dan banyak tugasan sekolah yang perlu dibereskan. InsyaAllah Nur akan balas komen satu per satu bila ada masa terluang nanti.

Terima kasih buat semua pengunjung dan rakan2 blogger yang sudi meluangkan masa menulis komen di dalam entri2 Nur. Nur hargai sangat dan InsyaAllah Nur akan balas kunjungan anda semula. Jangan serik ye datang ke blog ni. Terima kasih semua..




Sunday, March 27

Thank you to all visitors & followers

Salam.
Terima kasih diucapkan pada semua yang sudi singgah di blog ni.. Jumlah follower dah pun bertambah iaitu seramai 277 orang. Terima kasih buat semua. Nur sangat menghargai setiap komen yang diberikan oleh teman2 blogger dan akan cuba untuk membalasnya setakat yang mampu.

Hari ni Nur perlu ke sekolah untuk "Majlis Anugerah Kecemerlangan" dan bertugas sebagai AJK Fotografi dan Dokumentasi. Pelajar2 yang cemerlang dalam semua tingkatan, cemerlang dalam keputusan peperiksaan PMR 2010 dan SPM 2010 serta guru-guru yang menyumbang jasa dan bakti kepada sekolah akan diraikan pada majlis ini. Nur pun akan naik ke pentas juga... :)
Credit picture : here

Akhir kata.. semoga ikatan persahabatan yang terjalin akan berpanjangan.
Jumpa lagi nanti.
Cantik tak angka ni.. 22022.. (Jumlah pengunjung pada 22 Mac 2011)

Ini yang terkini jumlah pengunjung & follower sehingga jam 6.25pagi, 27 Mac 2011.
Angka yang sangat cantik.. 22222.. & bilangan follower seramai 277 orang.

Pada semua follower, terima kasih banyak... (ada beberapa orang yang tiada link di dalam profile dan tak dapat nak dijejaki..)


Credit picture : here

Tuesday, February 15

Salam Maulidur Rasul

Salam buat semua.
Hari ni mode berehat.. Badan tak berapa sihat dek kerana berjemur semalam kerana menghadiri latihan rumah sukan (Isnin, 14 Februari 2011). Cuaca memang panas terik semalam dan ramai pelajar yang tidak hadir latihan. Mungkin mereka kepenatan selepas aktiviti Larian Perdana Mahkota 2011 @ merentas desa pada hari Sabtu lepas. Ada juga anak2 didik Nur yang mengadu kekejangan dan sukar untuk berjalan. Kasihan juga melihat mereka. Bila tiba waktu tengah hari hari Isnin, masing2 dah semakin lesu dan tak bermaya.

Kepada semua pembaca dan teman2 blogger yang sudi meninggalkan komen, terima kasih atas kunjungan anda semua.

Salam Maulidur Rasul buat semua muslimin dan muslimat..







Sunday, January 2

Selamat Kembali Ke Sekolah...




Salam..
Esok akan bermula sesi persekolahan yang baru.. Banyak benda dan persediaan yang perlu dibuat oleh warga pendidik.. Semoga sesi persekolahan membawa seribu kenangan indah lagi dalam hidup Nur dan rakan2 sekerja..

Buat semua pelajar, selamat maju jaya dalam pelajaran. Setkan azam untuk lebih cemerlang pada tahun 2011 ini..

Nur pun ada perkara yg perlu dibereskan.. Nak ke sekolah sebentar...

Jumpa lagi..

Friday, December 31

Selamat Tahun Baru buat semua teman blogger dan followers Blog Cetusan Rasa..


No regret about the past...
No fear about the future...
New hopes and dreams in 2011..
Thankful to God for His blessings in 2010..
Happy New Year..



Salam buat semua,
Nur ambil kesempatan pada hari terakhir untuk tahun ni untuk mengirimkan kad buat semua teman blogger yang Nur pernah kenal di alam maya..

Antaranya Kak Sal, Kakchik, Kak Zanie, Kak Alongroz, Kak Isza, Catlina, Kak Dzana, Kak Hazlin, Cikmin, Kak Kujie, Kak Yanmie, Kak Yong, Eeda, Kak UmmiRosma, Kak Ummi Zaihadi, Cik Tom, Dahlia, Cik Dya, Kak Ina KL, Kak Hana, Ika, Kak Su, Kak Zieha, Eriey, Kak Sarah Najwan, Kak Sonata, Kak Nur Misnan, Mawar Merah, Sha @ Whitey Mommy, Nadiah Sidek, Cik Laili dan ramai lagi..(maaf jika ada yg tertinggal). Tak lupa juga buat semua follower blog Cetusan Rasa.. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Sudilah kiranya menerima kad ucapan tahun baru ikhlas dari Nur.

Semoga ikatan silaturrahim yang terbina antara kita mendapat rahmat dariNya dan semoga Tahun 2011 menjadi tahun lebih baik berbanding tahun lalu.

Sekian wassalam.

Tuesday, December 7

Salam Maal Hijrah 1432H






Salam Maal Hijrah 1432H buat semua teman ,

"Semoga kalian dikurniakan kesihatan tubuh badan, dilimpahkan rezeki, dijauhkan fitnah, diberkati keluarga, dimakbulkan cita-cita dan disuburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa... Amin.."

Saturday, November 20

Selamat Bercuti..

Salam buat semua..
Akhirnya tibalah saat yang ditunggu, musim cuti persekolahan dah pun tiba.


Untuk pengetahuan semua tak semua guru boleh terus bercuti panjang, ada tugas-tugas lain yang perlu mereka galas seperti bertugas di sekolah masing-masing pada waktu peperiksaan, mengadakan kelas2 tambahan, menjadi pengawas peperiksaan SPM dan menjadi penanda kertas SPM yang akan berakhir hujung bulan Disember nanti.

23 Disember 2010 nanti Peperiksaan SPM akan bermula dan besar harapan kami guru-guru agar semua anak didik kami dapat menjawab dengan baik dan tenang.. Mudah-mudahan anda semua akan dapat "mencipta sejarah" buat diri sendiri dan juga untuk ibu bapa yang anda kasihi.. Amin.

Selamat bercuti juga Nur ucapkan buat teman2 blogger yang bergelar cikgu..
Cik Dya (Tahniah kerana dapat bertukar ke Kuala Terengganu), Dahlia (Tahniah juga kerana telah menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-2? pada 18 November yang lepas), Kak Dzana, Kak Salsuria, Kak Sonata, Kak Isza, Kak Ultramama (lama tak dengar berita dari akak..), Kak Ummi Rosma (Brunei), Kak Hazlin, Cik Laili, dan Cikgu Naman (maaf jika ada yang namanya tertinggal). Pada teman2 yang bercadang untuk pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya.

Sekian, wassalam.

Monday, October 18

Salam buat semua..
Hujung minggu ni Nur telah pulang ke kg halaman untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu.
Tahniah buat pasangan Yusfi dan Aqma.. Semoga kalian beroleh kebahagiaan di dunia & akhirat..


Sunday, August 8

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak..

Salam buat semua...
Nur ambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua muslimin & muslimat..

Berikut adalah Fadhilat Ramadan untuk renungan anda semua..

Fadhilat Ramadan

Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Sumber ini dipetik dari http://www.darulnuman.com/semasa/ramadhan.html

Saturday, November 14

Buat teman-teman Guru... Selamat bercuti



myspace layouts



Hanya tinggal seminggu sahaja lagi, musim persekolahan 2009 akan melabuhkan tirainya.. Pelajar2 Tingkatan 5 pula akan bergelut dengan peperiksaan SPM pada minggu hadapan.


"All the best to my students.. Cikgu doakan kalian semua berjaya dengan cemerlang... "

Dalam kesibukan menyiapkan tugas2 sebelum bermulanya sesi cuti persekolahan... Diam tak diam, rupa2nya Nur akan kehilangan tiga orang rakan sejawat yang akan bertukar ke negeri lain mengikut suami masing-masing. Banyak kenangan yang kami telah kongsi bersama.. Moga Kak Rahmah, Kak Rashidah dan Nurul Fazlin @ Ayu dapat meneruskan tugas di sekolah baru.

Buat temanku Kak Norizan dan Kak Rohiyati yang telah selamat melahirkan bayi comel mereka baru-baru ini. Tahniah dari Nur... Selamat berpantang ye kakak2 sekalian.. hehe

Akhir sekali buat Kak Norizan Ithnin.. selamat menjalani ibadah Haji.. Moga akak & suami memperoleh Haji yang Mabrur. Aminn...







Islamic Greeting Card by Alhabib


Free Signature Generator

Wednesday, June 24

Happy 30th B'day to me..!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Salam... Buat semua yg ziarah blog Nur.. maaf sangat2 sebab atas kesibukan yg tak dapat dielakkan.. Nur tak dapat nak "update" blog yg telah sekian lama bersawang..

Hmm... sekejap betul masa berlalu dah masuk bulan Jun... Nur pun dah menyambut ulangtahun yang ke-30 tahun pada awal bulan yg lalu..
zwani.com myspace graphic comments
Myspace Happy Birthday Comments & Graphics



Semoga Nur dapat mengecap semua impian Nur dan sentiasa dapat memperbaiki diri ini..

Especially to all my friends...



zwani.com myspace graphic comments
Myspace I Miss You Comments

zwani.com myspace graphic comments
Graphics for I Miss You Comments


Sunday, May 17

Kad Hari Guru Buat Teman2 Siber




Khas buat semua teman2 siber Nur yang bergelar cikgu..

Kak Ultramama

Kak Dzana

Eriey

Ela (Doha, Qatar)

Kak Hazlin

Mama Alden

Kak Iris Ixora
(p/s: Kak Iris, blog akak Nur tak dapat buka..kenapa ye??)

dan guru-guru yang sudi bertandang ke blog Nur...

Sudilah kiranya terima kad yang tak seberapa ni tanda ingatan dan

letakkan di blog masing-masing.


Selamat menjalankan tugas mendidik anak bangsa...Ikhlas dari







Koleksi Sajak Guru


Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi..

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah Ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulamak yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibukota
Di bangunan tua sekolah hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat ‘cikgu’ kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

-Petikan puisi Allahyarham Dato' Dr. Usman Awang (1979)- Sasterawan Negara




GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa
Dialah ibu, Dialah bapa juga sahabat
Aliur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di pinggir desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu,

Guruku
Budi yang diapingkan di dulang ilmu
Panggilan keramat ‘cikgu’ kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Joka hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya..mengajar tulis, baca…

-Petikan puisi Allahyarham Dato' Dr. Usman Awang- Sasterawan Negara


Saturday, May 16

Kad Ucapan Hari Guru Daripada Teman2 Siber

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Nur ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di Malaysia.

Semoga jasa dan bakti semua warga pendidik terhadap anak bangsa akan mendapat keredhaan dan kemuliaan daripada Yang Maha Esa... Insya-Allah...
Tak lupa juga, buat saudara-mara, teman2, bekas pelajar, anak2 didikku dan rakan sejawat yang telah mengirimkan SMS ucapan Hari Guru pada Nur, Nur mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menitipkan ucapan buat diri ini..


Moga kalian sentiasa dilimpahi dengan rahmat Allah hendaknya.. Amin...

Kepada guru-guru yang pernah mendidik Nur..

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas pengorbanan dan jasamu..

TERIMA KASIHHHH CIKGUUU...

Nur juga terima beberapa kad ucapan Hari Guru dari teman2 siber.. Terima kasih atas ingatan anda...

Kad ni Nur terima daripada teman baru - Eriey .
TQ very much Eriey...








Kad ucapan Hari Guru daripada Kak Ina KL
TQ very much sis...





Kad ni pula daripada Ela yang jauh di perantauan...
TQ Ela...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...