Inilah pemilik kasut cute tu.. Akhyar.. anak kepada rakan sejawat Nur, Ika.
Buat muka terkejut bila gambar dirakam..
Akhyar datang bersama ibunya semasa berlangsung Majlis Solat Hajat Perdana anjuran sekolah Nur pada hari Khamis yang lepas (4 Oktober 2012). Di belakangnya tu juga anak kepada rakan Nur juga, Humaira namanya. Mereka berdua bermain bersama sementara ibunya bertugas di bahagian pendaftaran pelajar.
Berpeluh2 Akhyar... Mana taknya, asyik berlari dan berkejar2 dengan Humaira.. Mereka berdua sangat pandai berposing bila dihalakan kamera.. Agaknya mereka kata dalam hati, auntie takde kerja lain ke.. asyik ambil gambar kami je... Nur bertugas sebagai AJK Fotografi pada malam tu.
Syukur Alhamdulillah kehadiran dari kalangan ibu bapa dan pelajar2 pada Majlis Solat Hajat Perdana pelajar PMR dan SPM tahun ini amat menggalakkan.
Semoga semua calon PMR dan SPM di seluruh Malaysia yang bakal menduduki peperiksaan awam tidak lama lagi dapat menjawab dengan baik dan memperoleh kejayaan cemerlang. Amin.
Apa khabar rakan2 semua? Nur masih belum pulih sepenuhnya dari selesema. Namun demam dah kebah. Syukur Alhamdulillah.. Ramai benar rakan2 yang MC dan pergi menghadiri kursus hari ni. Mujurlah Nur masih diberi kekuatan untuk hadir ke sekolah walaupun belum pulih sepenuhnya dari demam sejak 2 hari lepas.
Tiba di sek, Nur dikejutkan dengan berita pemergian ayahanda tercinta pada rakan sejawat, Kak Zarina. Salam takziah buat Kak Zarina dan keluarga, semoga beliau dan keluarganya tabah menghadapi ujian dariNya. Untuk pengetahuan semua, Kak Zarina sempat berbakti menjaga ayahnya di Terengganu pada cuti Hari Raya yang lepas. Pada masa itu, kita sedang sibuk membuat persiapan hari raya, tetapi beliau dan ahli keluarga beliau bergilir2 menjaga arwah ayahnya yang sakit terlantar di hospital di Terengganu. Al-Fatihah untuk arwah. Sempat mendengar kisahnya pada minggu lepas sebaik sahaja naik sekolah. Menurutnya dia perlu menyiapkan kerja2 menanda kertas percubaan PMR dan Ujian 2 Tingkatan 4 sambil menemankan dan menjaga arwah ayahnya sepanjang cuti. Namun Allah lebih menyayangi ayahnya. Semoga roh arwah ayahanda Kak Zarina ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Salam takziah buat beliau dan ahli keluarganya.
Nur perlu menyiapkan soalan Kertas 2 Percubaan SPM Sains. Sambil tu suka sangat mendengar alunan lagu Alyah.. "Kau yang Terindah". Tak mengikuti pun dramanya.. cuma suka lagu ni. Dan Nur suka juga lagu "Ku Pilih Hatimu" nyanyian Ussy Feat Andhika Pratama (lagu ni dimainkan dalam OST Saiful Nita yang bakal ditayangkan di TV3 dalam slot Samarinda esok.
Ok selamat malam semua. Terima kasih atas doa dan keprihatinan rakan2 blogger di dalam entri yang lepas. Hanya Allah yang dapat membalasnya, Amin.
Jumpa lagi, Insya-Allah di lain entri.
Salam Aidilfitri.. :)
Ku Pilih Hatimu (Ussy Feat Andhika Pratama)
Ku pilih hatimu tak ada ku ragu Mencintamu adalah hal yang terindah Dalam hidupku oh sayang Kau detak jantung hatiku
Setiap nafasku hembuskan namamu Sumpah mati hati ingin memilihmu Dalam hidupku oh sayang Kau segalanya untukku
Janganlah jangan kau sakiti cinta ini Sampai nanti di saat ragaku Sudah tidak bernyawa lagi Dan menutup mata ini untuk yang terakhir
Setiap nafasku (setiap nafasku) Hembuskan namamu (hembuskan namamu) Sumpah mati (sumpah mati) Hati ingin memilihmu (ku milikmu) Dalam hidupku oh sayang Kau segalanya untukku ooh
Janganlah jangan kau sakiti cinta ini Sampai nanti di saat ragaku Sudah tidak bernyawa lagi Dan menutup mata ini untuk yang terakhir
Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini Sampai nanti di saat nafasku Sudah tidak berhembus lagi Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Tolonglah jangan kau sakiti cinta ini Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi Dan menutup mata ini untuk yang terakhir
Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini Sampai nanti di saat nafasku Sudah tidak berhembus lagi Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati Cinta sampai mati