Sila klik link bawah...

Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Tuesday, February 19

Legoland

 
 
Ada yang pernah naik bot ni di Legoland?
 
p/s : Masih belum ada mood nak edit gambar2 masa bercuti di Legoland. Ada ke yang pergi Legoland masa cuti CNY hari tu?
 

Friday, December 21

Sneak Peek : Trip to Legoland


p/s : Nur baru balik dari bercuti di sini. Nanti Nur tulis entri lagi.. Tungguuuuu.....
 

Saturday, May 26

Selamat Bercuti semua.. Mari belajar buat kraftangan..


Selamat bercuti buat semua...



Teringin pula nak buat kraftangan ni.. Anda nak cuba..






Demonstration of how to make flowers from tissue paper. Credit to Emma  http://feelingfuzzy.blogspot.com

 Tissue Pom Pom Tutorial and more!






Tuesday, July 19

Percutian di Penang (Part 7)

Salam buat semua,
Semalam sewaktu mengemas kini fail2 di dalam hard disk, Nur terjumpa gambar2 sewaktu percutian Nur dengan suami di Pulau Pinang pada bulan Mac yang lepas. Rupa-rupanya ada part 7 yang masih tergantung dan belum Nur paparkan di blog ini. Ini dia link untuk entri yang lepas. Nur masih belum berkongsi gambar2 sewaktu kami menaiki bot melawat kelong atau sangkar ikan. Pengalaman yang tak akan Nur lupakan kerana inilah pengalaman kali pertama. Jakun sikit... hehe



Pemandangan sekitar Hard Rock Hotel.


Bot yang kami naiki untuk ke kelong.



Macam2 jenis ikan yang terdapat di sini dan pelancong boleh membeli ikan2 segar untuk dibuat BBQ.



Video sewaktu singgah di kelong.. Besar2 ikan kat sini.



Besar juga kelong ni..


Pemandangan sekitar pantai Batu Ferringhi yang cantik dan mendamaikan.




Selamat sampai di hotel tempat kami menginap sepanjang percutian.


Ok jumpa lagi ye.. wassalam.



Monday, December 27

Jalan2 Cari Makan di Penghujung Cuti

Salam buat semua,
Minggu lepas Nur sempat jalan2 di bandar Tangkak dengan suami tercinta.. Sempatlah kami singgah bersarapan di bandar Muar.. Pelik juga makan sate sebagai menu sarapan..


Hidangan sate yang sungguh menyelerakan


Lontong basah

Shopping di Tangkak..


Borong kain ela untuk tahun baru 2011


Makan malam.. Mee bandung 


Gerai mee bandung yang memang sedap bangat.. walaupun agak lambat servisnya..


Air jagung kegemaran Nur

Jalan2 di pasaraya The Store.


Hasil shopping..


Minum petang - Fruit punch.


Kuew Tiaw goreng..

Sekejap benar masa berlalu, tahun 2010 dah nak melabuhkan tirai.. Pagi tadi pun Nur dan teman2 dah menerima tugas baru untuk sesi persekolahan tahun depan.

Itu sahaja untuk kali ini, esok hingga Sabtu padat dengan tugas di sekolah..
Jumpa lagi ye. Wassalam..

Thursday, December 16

Percutian di Melaka ( Last Part)

Salam buat semua.
Apa khabar semua? Hari ni Nur nak berkongsi gambar yang Nur dan suami ambil dari bilik hotel ketika di Melaka tempoh hari.


                                 Jelas kelihatan, bangunan tersergam indah... Dataran Pahlawan..





Siput ni pun enterframe la plak... hehe..


Pakcik  ni pula sedang mengayuh becanya dengan senang hati... :)



Inilah Restoren K5 yang Nur cerita dalam entri yang lepas.







Gambar ni diambil ketika kami bersarapan di Hotel Equatorial Melaka..





Rest house cafe ni dihias indah sempena perayaan sambutan Hari Krimas yang akan tiba tak lama lagi.




Nur dan suami sempat juga bergambar kenangan sebelum pulang ke JB.


Dalam perjalanan balik ke JB kami singgah makan nasi beriani gam di bandar Muar.


Sunday, December 12

Percutian di Melaka (Part 3)

Salam buat semua,

Ni sebahagian gambar hiasan yang ada di luar Kompleks Membeli-belah Dataran Pahlawan Melaka Megamall pada 3 Disember tempoh hari.



Setelah penat menghabiskan masa shopping, kami berdua singgah untuk makan malam di Restoren K5, The Street Bistro yang terletak di luar Hotel Equatorial Melaka...

Sambil makan, kami bersantai mengambil angin malam dan lihat pemandangan indah di sekitar bandar Melaka.


Restoren K5.


Suami Nur order jus tembikai.


Ada yang minat ABC ke??


Nur pula order ABC special.. memang best!!..


Yang ni pula makan malam Nur iaitu Nasi Goreng Bunga Kantan.. siap dihidang bersama rempeyek dan sate..


Suami Nur pula order Kuew Tiaw "Tung"..


Pemandangan sekitar Restoren K5


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...