Sila klik link bawah...

Sunday, March 20

Penerbangan ke Pulau Pinang (Part 6)

Salam buat semua.
Nur baru je pulang daripada kampung halaman. Perjalanan dari Kluang ke JB mengambil masa yang agak lama iaitu kira2 2 1/2 jam kerana terdapat dua kemalangan di dua lokasi berbeza melibatkan beberapa buah kenderaan sepanjang lebuhraya PLUS menghala ke Simpang Renggam. Hujan renyai yang turun juga mungkin antara penyebab kesesakan lalulintas. Cuti pertengahan semester dah pun berakhir.. Sekejap benar masa berlalu.

Berbalik pada sambungan kisah percutian Nur dan suami. Penerbangan kami dari Subang ke Pulau Pinang hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Bayangkan kalau kita memandu kenderaan sendiri tentu mengambil masa kira2 5 jam perjalanan.

Pada rakan2 yg bergelar guru, selamat mengajar pada hari esok.

 Sekian, selamat malam semua.


p/s: Berikut adalah gambar2 yg sempat Nur rakamkan sepanjang perjalanan kami ke Pulau Pinang.



Petugas2 Syarikat Fireflyz sedang sibuk.. Hujan turun agak lebat pada petang Isnin (14 Mac) di Subang.


Pramugari sedang memberi taklimat keselamatan di dalam pesawat.

Indahnya pemandangan..

Pemandangan dari atas pesawat yg kami naiki.

Hampir tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Alhamdulillah.. akhirnya selamat sampai.

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.



Kami menaiki teksi untuk ke hotel di Baru Feringgi.


Hard Rock Hotel -tempat kami menginap selama 3 hari 2 malam.


Dekorasi hotel yang cantik.


Masih ada sambungan.. jangan jemu membaca ye... :)


4 comments:

  1. bestnya dapat berada di awan..teruskan berkongsi pengalaman.

    ReplyDelete
  2. wah..enjoy sungguh..jgn pula lupa nak balik ke jb yeee

    ReplyDelete
  3. cantik gambar pemandangan dari atas tue..
    boleh pulak amik gambar kat lapangan terbang.. dulu naik airasia diorang tak bagi.. tapi curi2 amik gak.. huhu.

    ReplyDelete
  4. Buat Robiah El-Jawawi,
    Saya akan cuba berkongsi andai ada kesempatan masa.. Terima kasih atas komen yg diberi..

    Buat Kak Sal,
    Dah selamat balik pun kak.. hehe

    Buat Cute Mum,
    Memang cantik.. So far, takde larangan untuk ambil gambar. Ok je..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...