Sila klik link bawah...

Friday, July 6

Sesi Motivasi Bersama YM Raja Shamri bin Raja Husin

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Mohon maaf sebab tidak berkesempatan untuk membalas komen rakan2 blogger semua. Kesibukan tugas agak membataskan masa Nur untuk berbuat demikian. Dua hari iaitu Rabu dan Khamis Nur terlibat dalam Mesyuarat Post Mortem yang mengambil masa hingga lewat petang. 



Pada rakan2 blogger yang sudi turut serta dalam My Birthday Giveaway 2012, terima kasih banyak diucapkan. Penyertaan anda semua Nur terima dan Nur akan linkkan entri anda dalam masa terdekat nanti. 

Semalam, pelajar2 tingkatan 3 dan 5 di sekolah Nur telah menjalani Program Motivasi Pecutan Akhir PMR dan SPM bersama seorang motivator hebat iaitu YM Raja Shamri bin Raja Husin. Nur dan rakan2 sejawat juga sangat mengkagumi pendekatan beliau dan turut serta berada di dewan sepanjang sesi program motivasi tersebut yang sangat menarik.





Sesi motivasi yang dijalankan oleh YM Raja Shamri bin Raja Husin di sekolah Nur




Siapa dia YM Raja Shamri bin Raja Husin ? 



Biodata YM Raja Shamri Bin Raja Husin

YM Raja Shamri bin Raja Husin dilahirkan pada 25 Mac 1975 di Pasir Puteh Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Pasir Puteh sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Machang (SMSM) di peringkat menengah. Setahun sahaja di SMSM, beliau terpaksa pulang ke sekolah harian biasa kerana mengalami kesukaran untuk bergerak disebabkan kecacatan kaki yang dialaminya semenjak dilahirkan lagi. Berkat ketekunan dan semangat yang tinggi beliau kemudiannya ditawarkan ke Maktab Rendah Sains MARA Kota Bharu setelah mendapat kejayaan yang cemerlang didalam peperiksaan SRP di Sekolah Menengah Gaal Pasir Puteh. 

Setelah menamatkan pelajaran di MRSM beliau ditawarkan pula ke Kolej Yayasan Pelajaran MARA dan kemudiannya ke Northern Arizona University USA di bawah program anjuran MARA mengikuti kursus di bidang Pentadbiran Perniagaan. Sekembalinya beliau dari luar negara, beliau telah berkhidmat bersama beberapa syarikat swasta di Kuala Lumpur. Disebabkan rasa tandus dan cinta kepada ilmu pengetahuan yang semakin bergelojak, beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi MARA mengikuti kursus di Bidang Pengangkutan pula. 

Semenjak kecil, kemiskinan keluarga telah menjadikan beliau seorang yang benar-benar tabah dan sentiasa mahu mengubah nasib diri, keluarga dan masyarakat. Biarpun dilahirkan cacat tanpa sebelah kaki dan sukar untuk bergerak namun ianya bukanlah penghalang untuk beliau mencipta kejayaan demi kejayaan di dalam hidupnya baik dari segi akademik mahupun kecemerlangan kepimpinan dan kokurikulum. Beliau tahu tiada sesiapa yang dapat membantu beliau melainkan diri beliau sendiri. Di Institut Pengajian Tinggi, beliau terkenal sebagai seorang pemimpin mahasiswa yang sentiasa membantu pelajar lain dan amat disegani di kalangan teman dan kakitangan universiti. Sikap beliau yang sentiasa merendahkan diri dan berfikiran positif menjadikan beliau seorang yang berjaya di dalam akademik dan kepimpinannya. 

Bekas Pemimpin tertinggi beberapa pertubuhan mahasiswa dalam dan luar negara ini cukup aktif mengendalikan program-program pelajar. Pelbagai anugerah yang diterima termasuk Anugerah Mahasiswa Cemerlang dan Anugerah Sarjana Cemerlang di peringkat Sarjana yang diterima adalah bukti bagaimana seorang anak kampung yang mempunyai tujuh orang adik beradik dan dengan pendapatan keluarga hanya RM 300.00 sebulan ini mampu untuk berjaya biarpun dilahirkan cacat berkaki palsu. 

Dengan berbekalkan pengalaman hampir sepuluh tahun di dalam mengendalikan program kecemerlangan diri, akademik, kepimpinan dan sebagainya, Raja Shamri adalah satu contoh anak muda Melayu Baru yang tidak pernah mengalah, satu role model untuk diikuti, satu semangat yang dicari-cari, yang mengetengahkan bahawa tiada yang mustahil di dunia ini. Beliau telah buktikannya dan akan terus membuktikannya. Kini beliau mengendalikan syarikatnya sendiri Golden Minds Consultant yang menawarkan program-program pembangunan diri (self-development program) untuk para pelajar sekolah dan IPTA seluruh Malaysia, MRSM, Kolej-kolej Matrikulasi, para usahawan MARA, sektor awam dan korporat seluruh negara, Brunei dan Indonesia. Raja Shamri adalah antara motivator anak muda melayu baru yang disegani kerana usahanya dan prinsipnya yang bakal dikongsi di dalam setiap program bersama beliau. 

Semoga program bersama beliau ini dapat memberikan kita semua satu impak ke arah bersama-sama berusaha menjadi individu yang cekal, hebat dan berjaya dunia dan akhirat. Amin…

"Kejayaan itu dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa"


Sumber ini dipetik daripada http://www.abangraja.net/?page_id=29

UJIAN ALLAH







Ikuti kisah peribadi beliau :




 Road Less Travelled

At 34, Raja Shamri goes through a daily ritual of carefully putting several layers of socks onto his right stump just below the knee. There is no shin, ankle or foot on this leg, instead he puts on a specially fitted prosthetic lower leg, looking like something borrowed from a mannequin in a window display. He then unfolds his right trouser leg over the whole limb, stands up and starts to walk. "One has to move forward, not backwards," he says with a chuckle. Kind of reminded me of the Petronas TV ad sometime ago, where Othman Hafsham acted as a one-legged successful businessman and saying those very words. 

Masih ingat lagi anda dengan iklan ni?


Merdeka Ad 3 2007


Sila klik link berikut untuk melihat Youtube milik YM Raja Shamri bin Raja Husin :
http://www.youtube.com/user/abangraja?feature=watch  

Pada rakan2 guru yang ingin merasai sendiri keberkesanan program beliau dari Golden Minds Consultant sila ke : 

http://www.facebook.com/abangrajaFANPAGE 

http://abangraja.blogspot.com





Berikut antara video2 motivasi kelolaan 
YM Raja Shamri bin Raja Husin

TIPS MENGATASI RASA MALAS




Program AbangRaja @ MRSM Gerik (Teacher's Training) V






Latihan Tangan bersama AbangRaja @ SMK Seri Tualang
  

Jom ikut membuat Latihan Tangan bersama abangraja secara harmoni. Tinggalkan tarian poco-poco dan kita gantikan dengan Latihan Tangan yang terbukti boleh meningkatkan kecerdasan otak. 


 Program AbangRaja @ MRSM Alor Gajah I
  



p/ s : Jemput semua follower blog Cetusan Rasa untuk turut serta dalam GA Nur yang pertama. 
Klik pada banner di bawah untuk makluman lanjut.

(ada 4 hari sahaja lagi)




Ini bannernya GA Kak Ida 1001 resepi :




6 comments:

  1. salam, kkida nak jemput nur hadir ke majlis GA anjuran kkida kat Restoran Rebung minggu depan...detail ada kat blog...please confirm samada boleh datang atau tidak ye...th...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ida : Wslm kak.. Terharu sangat atas jemputan akak.. Nur belum pasti dapat hadir ataupun tidak.. Nanti Nur emel jawapan pada Kak Ida.. Insya-Allah jika tiada aral melintang, dapatlah Nur jumpa akak dan blogger2 lain. Terima kasih banyak atas jemputan akak.. Nur hargai sangat.. ;)

      Delete
  2. assalam nur..terima kasih nur..kongsikan disini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Acik Erna : Wsln Kak.. Sama2.. Apa yg elok, memang harus dikongsi. :)

      Delete
  3. Mahal tak bayaran jemput dia Nur. Kakak tertarik dan tahu juga kisah beliau nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zakie : Kak, Nur tak sempat lagi bertanya pada kaunselor sek.. Nanti Nur beritahu akak melalui sms ye.. :)

      Nur memang recommended.. Tak rugi dan sangat menarik!

      Delete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...