Sila klik link bawah...

Wednesday, July 4

Amalan-amalan Sunat di Bulan Syaaban dan Kelebihan Bulan Syaaban

Amalan-Amalan Sunat Di Bulan Syaaban


Hadith : Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.

Huraian Hadith 1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.



2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan


3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.



4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :


i. Memperbanyakkan puasa sunat
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."



ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. 
Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)



iii. Bertaubat


iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.




Dilarang Puasa Sunat Apabila Tinggal Separuh Bulan Syaaban
Hadith: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila tinggal separuh bulan Syaaban janganlah kamu semua berpuasa sunat.

Huraian Hadith: 
Islam adalah agama yang mudah dan tidak membebankan umatnya Oleh itu ia tidak menggalakkan umatnya melakukan sesuatu yang mendatangkan mudarat pada diri atau menimbulkan rasa berat atau malas untuk menjalankan kewajipan yang diperintah. Contohnya, kita tidak digalakkan untuk berpuasa sunat, sama ada sunat hari Isnin atau Khamis dan lainnya selepas 15 Syaaban, kecuali puasa qadha' dan orang yang sentiasa melakukan amalan puasa sunat yang bertepatan dengan hari berkenaan. Hikmah larangan tersebut adalah untuk mengelak orang-orang yang tidak biasa melakukan puasa sunat daripada merasa terlalu letih apabila mengerjakan puasa fardhu di bulan Ramadhan yang muncul selepas bulan Syaaban itu




Klik pada link berikut untuk muat turun :



Sumber ini dipetik daripada Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)







Sumber FB




p/s : Ini ialah doa selepas membaca Al-Quran. Doa ini telah diberikan oleh seorang makcik yang Nur kenali sewaktu menunaikan umrah tempoh hari, namanya Makcik Mariam. Beliau sanggup mengimbas doa ini sebaik sahaja kami pulang ke tanah air dan seterusnya mengirimkannya ke akaun emel Nur.

"Rindu sangat dengan makcik Mariam.
Semoga Allah membalas budi baikmu itu."



Ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus - Malam Nisfu Syaaban




Kredit buat 0179999999



7 comments:

  1. Assalamualaikum dik....

    Terima kasih atas prkongsian ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mulut@Payau : Waalaikummussalam kak.. Sama2, moga kita dapat meningkatkan amalan di bulan Syaaban..

      Delete
  2. assalam Nur
    semoga kita sama2 menghayati dan beramal

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Cikgu Nur..

    Terimakasih di atas perkongsian ini. Alhamdulillah!

    ReplyDelete
  4. banyak betul kelebihan pada bulan syaaban ni... mudahan kita manfaatkan bulan ini

    ReplyDelete
  5. ALhamdulillah....dah smakin hampir bulan Ramadhan

    ReplyDelete
  6. terimakasih mengingatkan..moga kita menjadi hamba yg sentiasa bersyukur dan sentiasa mendahuluiNya..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...