Sila klik link bawah...

Showing posts with label Aktiviti Sukan. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Sukan. Show all posts

Friday, August 3

Tahniah Datuk Lee Chong Wei ke peringkat Akhir Olimpik 2012


Tahniah di atas kemenangan Datuk Lee Chong Wei di pusingan separuh akhir sebentar tadi. Sempat menonton dan menyaksikan detik kemenangan yang disiarkan secara langsung di TV1.
Kami rakyat Malaysia sangat bangga dengan kejayaan beliau.



Datuk Lee Chong Wei mengucapkan rasa syukur setelah mengalahkan lawannya dari China, Chen Long di pusingan separuh akhir.

Dan ternyata pingat perak sudah dalam genggaman.

MALAYSIA BOLEH !



Kredit gambar : Google search


Sunday, February 28

Video Acara Tarik Tali...

Salam buat semua...
Sambung cerita tentang sukan... Hari Khamis lepas berlangsungnya acara tarik tali... Riuh rendah sekolah dibuatnya... masing2 bersorak (termasuklah juga cikgu2) sekali yg nak beri sokongan pada pasukan masing2.

Jom layan gambar...

Team rumah Merah..

Penuh semangat...
Team rumah Kuning.. takde rezeki tahun ni.. Cuba lagi ye tahun depan...


Penuh bersemangat pasukan Rumah Biru.. Tengoklah badan mereka...


Joget sakan nampak.. Mentang2 laa team dia menang...



Horeyyy!!!.. Bersorak gembira sebab menang...


Video ni adalah acara Bawah 18 antara Rumah Merah dan Biru..layannnn..



Thursday, February 25

Berakhirnya acara akhir sukan...

Salam buat semua..

Salam Maulidur Rasul buat semua teman2... Sekejap je masa berlalu... Dah habis minggu ke-8 persekolahan...

Minggu ni, Nur bersama teman2 guru cukup sibuk. Memandangkan Kejohanan Sukan yang akan berlangsung pada 3 Mac nanti, maka minggu ini merupakan hari di mana acara akhir sebelum sukan berlangsung. Acara akhir berlangsung selama 3 hari berturut2. Untuk melancarkan perjalanan aktiviti sukan ni, Nur & kawan2 turun padang untuk menggalas tugas yang telah diagihkan oleh Setiausaha Sukan.

Acara akhir sebelum sukan bermula pada hari Isnin (22/2/2010). Acara berjalan lancar dengan cuaca yg agak redup. Acara yang dipertandingkan ialah lompat jauh, lontar peluru, lempar cakera, lompat tinggi dan rejam lembing. Lebih kurang jam 5.30 petang, kami dikejutkan dengan hujan lebat yang turun secara tiba-tiba.. Pelajar & guru di padang B habis lencun kerana tidak sempat untuk berteduh.

Hari kedua dan ketiga (iaitu melibatkan acara lari) telah berjalan lancar, namun cuaca panas terik begitu menduga guru2 yang terpaksa berdiri untuk bertugas di garisan penamat. Bermula jam 3 petang hingga 6.00 petang, kesemua acara lari berakhir dengan rumah Kuning mencatatkan kejayaan yang agak membanggakan terutama daripada kuartet B13 & 15. Pasukan PBSM & St John tak menang tangan sebab ramai juga pelari yang pengsan selepas tiba di garisan penamat....



Wakil acara rejam lembing rumah Kuning..


Gaya Caleb ketika acara lompat tinggi pada hari pertama acara akhir (Isnin).

Caleb dengan pingat peraknya...
Aik.. cikgu main ujan ke..??


Lariiiiii..... ujannnn....


Pemenang pingat emas & perak bagi acara lempar cakera.. rumah Kuning sapu bersih..
(Lencun gara2 hujan lebat selepas habis acara...)


Aksi terbang pemenang pingat emas acara lompat jauh LB18 (Rumah Biru)..



Gaya anak murid Nur... 3 dara pingitan yang suka berposing... :)


Pelari2 rumah Kuning (Izha, Caleb, Haikal & Haridas...) yang menggondol emas dalam acara 4x400m.
Izha tengah kumpul 'energy' nak kalahkan rumah Biru...


Gaya seorang juara...
"Well done Izha!! I know you can do it....
Cikgu peminat setia awak.... hehe"

Penyumbang2 pingat untuk rumah Kuning.. Peserta lelaki B13, 15 & 18.
(Comel2kan mereka..hehe)
Nur & teman2 yg bertugas di garisan penamat... Hakim ramai guru Rumah Kuning.. Kak Sapiah, Kak Halizah & Kak Zarina satu team dengan Nur..
(Tabik pada kawan2 masih mampu mengukir senyuman.. walaupun terpaksa bertugas
di tengah padang dari jam 3 hingga 6 petang.. )


My school...

Nice view...

Cantiknya awan...


Pengsan lagiiii.. Ayoooo tak kuat nak angkat laaaaaaa...

Betapa teriknya mentari di hari terakhir...
Kami berdiri hampir 3 jam semasa bertugas di garisan penamat.
.

.
.
.
.
.
.
.
.



Jeng jejenggg... tara... Nur sempat jugak berposing di tengah padang.. hehe..

Jangan marah arr...


Saturday, January 16

Minggu yang sungguh meletihkan...


credit picture. : here


Salam buat semua pengunjung blog ini...

Lama rasanya Nur tak update blog... Dah bersawang blog ni... Maaf ye buat teman2 yg tinggalkan komen di chatbox.. Nur tak sempat nak balas.. Terima kasih buat mereka yg sudi tinggalkan pesan utk Nur.. Nur akan cuba jenguk blog teman2 andai berkesempatan.
Minggu ni sek Nur sangat sibuk dengan aktiviti sukan & ko-kurikulum di sek... Guru2 pula kena hadir mesyuarat guru pada hari Sabtu yang berlarutan hingga ke 1.30 petang... Pack sungguhkan... !!!

Badan Nur pun tak berapa sihat.. Hari ni Nur diserang virus selesema sekali dengan sakit tekak... Pada mulanya Nur cuma batuk sejak Ahad lepas.. Mungkin badan terkejut gara2 kena berjemur di tengah padang ketika cuaca panas terik.. maklum la pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang... Bayangkannn...

Sepanjang minggu lepas, boleh dikatakan hampir setiap hari balik lewat petang.. Hari Isnin, rumah Kuning & Hijau ada latihan sukan, hari Rabu pula perjumpaan Badan Beruniform dan hari Khamis perjumpaan Kelab & Persatuan Akademik & Bukan Akademik.. Namun, demi tugas Nur & teman2 sanggup korbankan masa & tenaga demi utk memastikan semua program sek berjalan lancar.

Berikut adalah antara gelagat guru2 & pelajar sewaktu menjalani latihan Rumah Sukan Kuning..... Muka pelajar2, semuanya dah merah2.. macam udang kena panggang hehehe.... Tengoklah gambar di bawah sebagai bukti...

Oklah itu saje untuk kali ni.. Doakan Nur cepat sembuh ye..

p/s: Sebenarnya Nur "bercinta" nak makan ubat ni.. hehe

Sekian wassalam..




Guru2 siap berpayung & bertopi sebab cuaca terlalu panas..

Semangat ahli rumah Kuning buat aktiviti pemanasan badan.


Aktiviti pemanasan badan.
Kehadiran kurang memuaskan dari pelajar lelaki.. ramai yang tidak hadir.
(Kalau setiap minggu macam ni.. payah le..)




Aksi2 menarik pelajar perempuan untuk acara lompat tinggi.. Ramai pelajar yang langgar tiang.. hanya lebih kurang 5 orang sahaja yang dapat melepasi tiang...

(Hmm... susah sangat ke?... Takut agaknya mereka ni..)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...