Sila klik link bawah...

Saturday, January 16

Minggu yang sungguh meletihkan...


credit picture. : here


Salam buat semua pengunjung blog ini...

Lama rasanya Nur tak update blog... Dah bersawang blog ni... Maaf ye buat teman2 yg tinggalkan komen di chatbox.. Nur tak sempat nak balas.. Terima kasih buat mereka yg sudi tinggalkan pesan utk Nur.. Nur akan cuba jenguk blog teman2 andai berkesempatan.
Minggu ni sek Nur sangat sibuk dengan aktiviti sukan & ko-kurikulum di sek... Guru2 pula kena hadir mesyuarat guru pada hari Sabtu yang berlarutan hingga ke 1.30 petang... Pack sungguhkan... !!!

Badan Nur pun tak berapa sihat.. Hari ni Nur diserang virus selesema sekali dengan sakit tekak... Pada mulanya Nur cuma batuk sejak Ahad lepas.. Mungkin badan terkejut gara2 kena berjemur di tengah padang ketika cuaca panas terik.. maklum la pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang... Bayangkannn...

Sepanjang minggu lepas, boleh dikatakan hampir setiap hari balik lewat petang.. Hari Isnin, rumah Kuning & Hijau ada latihan sukan, hari Rabu pula perjumpaan Badan Beruniform dan hari Khamis perjumpaan Kelab & Persatuan Akademik & Bukan Akademik.. Namun, demi tugas Nur & teman2 sanggup korbankan masa & tenaga demi utk memastikan semua program sek berjalan lancar.

Berikut adalah antara gelagat guru2 & pelajar sewaktu menjalani latihan Rumah Sukan Kuning..... Muka pelajar2, semuanya dah merah2.. macam udang kena panggang hehehe.... Tengoklah gambar di bawah sebagai bukti...

Oklah itu saje untuk kali ni.. Doakan Nur cepat sembuh ye..

p/s: Sebenarnya Nur "bercinta" nak makan ubat ni.. hehe

Sekian wassalam..




Guru2 siap berpayung & bertopi sebab cuaca terlalu panas..

Semangat ahli rumah Kuning buat aktiviti pemanasan badan.


Aktiviti pemanasan badan.
Kehadiran kurang memuaskan dari pelajar lelaki.. ramai yang tidak hadir.
(Kalau setiap minggu macam ni.. payah le..)




Aksi2 menarik pelajar perempuan untuk acara lompat tinggi.. Ramai pelajar yang langgar tiang.. hanya lebih kurang 5 orang sahaja yang dapat melepasi tiang...

(Hmm... susah sangat ke?... Takut agaknya mereka ni..)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...