Sila klik link bawah...

Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Sunday, July 1

Kemeriahan Hari Sukan 2012 - Maskot Perbarisan



Siap ada beca atas padang..



Maskot beruang ni disewa dari kolej di UTM.




Maskot rumah Hijau "Froggie".  Siap ada daun pisang dan lalat.. Katakkan suka makan lalat.. :)
Froggie tu sebenarnya ialah laundry bag yang Nur beli di Pasaraya SAKAN.




So cute.. :)



Flora dan fauna.. Bunga dan rama2.



Senyum... :)



Rumah Kuning dengan maskot itik.



Rajin betul cikgu dan anak2 murid nak buat maskot ni.. Macam itik betullah..




Beca kedua atas padang dari rumah Merah.




Ha... ini dia "Angry Bird" version baru... Rumah Merah dapat sponsor dari pelajar dan cikgu2nya sangat kreatif.




Tema "Arabian Night" dari rumah Ungu.



Hi lanun berkain pelikat je ke.. hehehe.. :)


6 rumah sukan bertanding sejak tahun lepas.
Nur biarkan gambar yang berbicara..

Agak2 anda rumah mana yang jadi Johan Perbarisan?



p/ s : Jemput semua follower blog Cetusan Rasa untuk turut serta dalam GA Nur yang pertama. 
Klik pada banner di bawah untuk makluman lanjut.




Ini bannernya GA Kak Ida 1001 resepi :





Saturday, August 21

Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM

Salam buat semua,

Apa khabar semua? Nur harap teman2 dan semua pengunjung blog ni dalam keadaan sihat walafiat. Minggu ini merupakan minggu peperiksaan untuk semua anak didik Nur di Tingkatan 5. Mereka semua telah memulakan perjuangan mereka dalam Peperiksaan Percubaan SPM sejak 12 Ogos yang lalu.
Sejak hari semalam juga Nur rasa tak sedap badan.. Hidung dah mula tersumbat dan virus selesema dah kembali menyerang..






Credit pic : here



Kalau dah kena selesema tentulah disertai dengan batuk..

Credit pic : Here


Walaupun badan tak berapa sihat, Nur tetap gagahkan diri untuk adakan kelas tambahan atas permintaan beberapa orang anak didik Nur. Kelas bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari di sekolah. Untuk pengetahuan semua, anak didik Nur akan menduduki Peperiksaan Percubaan Sains SPM pada hari Isnin depan (23 Ogos 2010). Walaupun tak ramai yang dapat menghadirkan diri (hanya 13 orang), tapi kesemua yang hadir pada pagi tadi cukup bersemangat. Mereka berjaya menyiapkan 3 set soalan percubaan SPM tahun2 lepas dengan begitu cepat dan bersemangat sekali.


Buat anak2 muridku,

Cikgu doakan kalian berjaya dengan cemerlang dan dapat menjawab dengan baik pada hari Isnin nanti.. Jangan hampakan harapan ibu bapa dan guru anda..
Good luck!!





Tekunnya mereka mengulangkaji...


Wakil 3 orang hero yang sanggup korbankan hari Sabtu mereka untuk datang mengulangkaji pelajaran di sekolah. Syabas!!

Sambil berdiri pun sempat menyalin nota penting...

Ceria sungguh anak2 muridku..

Bergambar kenangan selepas tamat kelas tambahan..
Macam2 gaya ada.. hehe





Tuesday, April 6

Salam buat semua...



Salam buat semua.. Pertama sekali ucapan maaf yang tak terhingga buat semua kerana dah terlalu lama tidak mengemas kini blog ini. Nur dah melunaskan tugas dalam beberapa aktiviti sekolah. Syukur Alhamdulillah semua aktiviti telah berjalan dengan lancar & jayanya.. seperti Sambutan Maulidur Rasul peringkat sek & Majlis Sambutan Hari Perhutanan Sedunia ke-39 peringkat Negeri Johor yg diadakan di sek Nur baru-baru ini. Meriah sungguh acara tu.. Ada peluang Nur akan selitkan beberapa gambar di dalam blog ini nanti.

Bulan Mac dah pun berlalu... Hujung bulan ni iaitu 26-28 April 2010 sekali lagi kesibukan akan melanda kami, para guru kerana Penilaian Kurikulum 2 akan diadakan. Rasanya Penilaian Kurikulum 1 baru sahaja berlalu.... Masa berlalu begitu pantas..

Pelajar2 Nur sejak akhir2 ni kurang serius dalam pelajaran.. Masalah ketidakhadiran dan tabiat suka ponteng kelas dah pun melanda pelajar2 .... Kenapa ye mereka jadi begini?? Apa agaknya formula yg boleh mengubat permasalahan ni... Pening memikirkan pelajar2 Nur yang akan menduduki peperiksaan SPM hujung tahun nanti. Bimbang... risau... geram.. bercampur baur dalam fikiran seorang pendidik seperti Nur yang memegang kelas peperiksaan.

Hmmm... rasanya setakat ini dulu coretan Nur buat kali ni.. Kekeringan idea untuk menulis topik dalam blog ni.. Maaf sekali lagi buat semua pengunjung setia blog ni.. Sebelum Nur terlupa, ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat semua follower yg dah pun mencecah 50 orang setakat hari ni.. ( Tak sangka ye.. ramai rupanya kenalan Nur di alam siber ni..Terima kasih atas sokongan anda semua...). Andai Nur ada kesempatan/ kelapangan masa nanti, Nur akan bertandang ke blog anda semua.. Doakan Nur berjaya dalam usaha mendidik anak bangsa tanpa ada perasaan jemu..

Sekian, wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...