Salam buat semua,
Apa khabar semua? Nur harap teman2 dan semua pengunjung blog ni dalam keadaan sihat walafiat. Minggu ini merupakan minggu peperiksaan untuk semua anak didik Nur di Tingkatan 5. Mereka semua telah memulakan perjuangan mereka dalam Peperiksaan Percubaan SPM sejak 12 Ogos yang lalu.

Sejak hari semalam juga Nur rasa tak sedap badan.. Hidung dah mula tersumbat dan virus selesema dah kembali menyerang..
Kalau dah kena selesema tentulah disertai dengan batuk..
Walaupun badan tak berapa sihat, Nur tetap gagahkan diri untuk adakan kelas tambahan atas permintaan beberapa orang anak didik Nur. Kelas bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari di sekolah. Untuk pengetahuan semua, anak didik Nur akan menduduki Peperiksaan Percubaan Sains SPM pada hari Isnin depan (23 Ogos 2010). Walaupun tak ramai yang dapat menghadirkan diri (hanya 13 orang), tapi kesemua yang hadir pada pagi tadi cukup bersemangat. Mereka berjaya menyiapkan 3 set soalan percubaan SPM tahun2 lepas dengan begitu cepat dan bersemangat sekali.
Buat anak2 muridku,
Cikgu doakan kalian berjaya dengan cemerlang dan dapat menjawab dengan baik pada hari Isnin nanti.. Jangan hampakan harapan ibu bapa dan guru anda..
Good luck!!
Wakil 3 orang hero yang sanggup korbankan hari Sabtu mereka untuk datang mengulangkaji pelajaran di sekolah. Syabas!!
Sambil berdiri pun sempat menyalin nota penting...
Ceria sungguh anak2 muridku..
Bergambar kenangan selepas tamat kelas tambahan..
Ceria sungguh anak2 muridku..
Bergambar kenangan selepas tamat kelas tambahan..
Macam2 gaya ada.. hehe
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D