Sila klik link bawah...

Thursday, May 17

Kad Ucapan Hari Guru












Credit picture Facebook


Berikut adalah ucapan-ucapan Hari Guru yang menyentuh hatiku...


Jadilah seorang guru yang ... 
hadirnya di TUNGGU 
hilangnya di RINDU 
ilmunya di BURU 
nasihatnya di SERU 
tingkah lakunya di TIRU 
jasanya di KALBU
kerana Allah dan Rasul demi agama, bangsa dan negara.
"SELAMAT HARI GURU..TERIMA KASIH CIKGU"


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta 
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara 
Jika hari ini seorang ulama yang mulia 
Jika hari ini seorang peguam menang bicara 
Jika hari ini seorang penulis terkemuka 
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; 
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa 
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.... 
-Allahyarham Usman Awang 


Selamat Hari Guru.. 
Jasamu akan ku kenang hingga ke Akhirat.. 
Semoga dirimu beroleh Syurga bersamaku.. Amin. 



Guru bukan satu tapi beribu. 
Bukan sementara tapi selamanya. 
Bukan dimusuhi tapi disayangi. 
Bukan dilupai tapi diingati. 
Bukan hanya di sini tapi di mana-mana. 
Bukan setakat ini tapi hingga hujung nyawa....
SELAMAT HARI GURU.....(^__^)

UPDATED


ecard dari sahabat mayaku.. Niezza.
Terima kasih atas ingatan.




Kad dari Kak Ida.
Terima kasih atas ingatan dan ecard yang cantik ni. Suka sangat.



Kad dari Kak Kartini.
Tq sis.. Kad akak penuh dengan bunga ros.. :)


Kad dari Kak Ani 
Terima kasih kak atas ucapan.




18 comments:

  1. selamat hari guru..moga kita akan sentiasa ceria2, kuat dan tabah dalam kehidupan yg dilalui ini ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sal : Terima kasih kak.. Mudah-mudahan kita golongan pendidik dikurniakan kesabaran dan kekuatan untuk mendidik anak2 bangsa.

      Delete
    2. wah, kreatif betul... cantik ,kemas

      Delete
  2. wahh bestnyer dapat ecard yg banyak tu Nur...semoga bertambah cemerlang dalam kerjaya seorang guru ya.tq sudi ambil ecard tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nieza : Eh Nieza.. tak semua kad ni Nur dapat. Saje nak kongsi kad2 ucapan yang ada di FB.

      Terima kasih atas pemberian ecard yang cantik.. Terharu sangat! Insya-Allah, Nur akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan kejayaan anak2 murid.

      Delete
  3. selamat hari guru Nur..jasa guru sentiasa dikenang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Acik Erna : Terima kasih kak atas ucapan.. :)

      Delete
  4. nice cards... berbanggalah kita menjadi warga pendidik.. semoga akan terus cemerlang untuk mendidik anak2 bangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat Gen2Merah : Memang cantik.. Memang berbangga sangat dengan kerjaya sekarang ni! Sama2lah kita mendidik anak2 bangsa dengan hati yang ikhlas.

      Delete
  5. Saya tidak pasti sekarang ini samada makin popular menghantar ecard kepada guru atau memberi ucapa selamat hari guru di rangkaian sosial.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara AkuBiomed : Pada saya, itu tak menjadi hal.. Ucapan dan ingatan di hari guru menbuat kami rasa sangat terharu.. Kecanggihan teknologi selari dengan perubahan zaman..

      Delete
  6. jasa cikgu akan sentiasa di kenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheqna : Jasa cikgu memang tidak terbalas..

      Delete
  7. kata-kata mutiaranya sangat bermanfaat.

    mampir balik ya kata ucapan hari guru

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...