Hari ni mode berehat.. Badan tak berapa sihat dek kerana berjemur semalam kerana menghadiri latihan rumah sukan (Isnin, 14 Februari 2011). Cuaca memang panas terik semalam dan ramai pelajar yang tidak hadir latihan. Mungkin mereka kepenatan selepas aktiviti Larian Perdana Mahkota 2011 @ merentas desa pada hari Sabtu lepas. Ada juga anak2 didik Nur yang mengadu kekejangan dan sukar untuk berjalan. Kasihan juga melihat mereka. Bila tiba waktu tengah hari hari Isnin, masing2 dah semakin lesu dan tak bermaya.
Kepada semua pembaca dan teman2 blogger yang sudi meninggalkan komen, terima kasih atas kunjungan anda semua.
Salam Maulidur Rasul buat semua muslimin dan muslimat..
Salam Maulidur Rasul.
ReplyDeleteTerbaca catatan di sini. Guru jugakah? Rupanya Johor juga ada merentas desa.
Buat Sephi Sephia,
ReplyDeleteWslm.. Yup.. Sekolah2 di Johor tahun ni pertama kali ada acara merentas desa diadakan serentak secara besar-besaran..