Sila klik link bawah...

Friday, December 28

Mesyuarat Guru dan Hadiah Cabutan Bertuah

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Harap semua rakan blogger sihat2 belaka.. Hari ni merupakan hari kedua Nur dan rakan2 sejawat bermesyuarat di sekolah. Sebaik sahaja menerima jadual waktu untuk sesi persekolahan 2013, Nur menerima satu kejutan, buat pertama kalinya Nur bakal mnjadi guru subjek Sains untuk 4 kelas Tingkatan 5 dan hanya satu kelas subjek Matematik Tingkatan 4. Berat rasanya tanggungjawab yang harus kupikul... Tertanya-tanya juga, mampukah diriku...  Jika ikutkan hati Nur lebih suka mengajar subjek Matematik sebab memang itulah opsyen waktu di Universiti (namun perasaan itu hanya kupendam sahaja, tak berani untuk kuluahkan...) Moga Nur dapat kuatkan semangat dan cekalkan hati untuk menerima amanah ini dengan hati yang redha. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Sejak 3 tahun lepas, diriku hanya sekadar memegang 3 kelas Sains Tingkatan 5 dan 2 kelas subjek Matematik Tingkatan 4. Semoga Allah berikan kekuatan pada Nur untuk menggalas tugas dan amanah ini. Harap rakan2 semua dapat doakan juga ye..
 
Sebelum mendapat tahu kejutan tu, Nur telah menerima set barangan Tupperware ketika cabutan bertuah semasa jamuan anjuran KEBIRU. Seronok bukan kepalang... harganya mungkin mencecah RM100 ringgit.. Eh betul ke? (tak pasti pula harga set Tupperware.. Ada ke rakan2 yang jadi pengumpul tegar barangan jenama Tupperware?) Syukur Alhamdulillah... tak sangka Nur akan dapat sebab selalunya memang jarang dapat hadiah yang besar2 ni. Esok masih ada satu lagi mesyuarat perlu kami hadiri dan hari Isnin pula merupakan "Hari Pendaftaran Tingkatan 1 dan Peralihan".
 
Itu sahaja coretan untuk hari ni. Selamat berhujung minggu buat semua.
Sekian, wassalam.
 
 
 
 
Inilah hadiah yang kuterima di pagi Jumaat yang penuh keberkatan.. Syukur Alhamdulillah.
 
 
 
 
Ole2 untuk Nur dan rakan2.. Buku Pengurusan 2013, Buku Rekod Mengajar untuk tahun 2013 dan Buku Catatan Rasmi 2013.
 
 
 
Cantikkan key-chain milik rakan Nur, Kak Zun..
 
 
 
 

 
 
 
 
 
Bekalanku setiap pagi..

 
 
 
 
Ada majlis khas anjuran KEBIRU.. 6 biji kek untuk dikongsi makan bersama dengan rakan2 sejawat yang lain.
 
 
 
 
Inilah antara hadiah cabutan bertuah pagi tadi..
 
 
 
Slaid2 yang disampaikan oleh Puan Pengetua untuk renungan bersama.
 
 
 

 

10 comments:

  1. Salaam Nur, sesungguhnya itu memang telah ditakdirkan dan Allah mengetahui apa yang terbaik buat Nur. Tugas guru adalah sangat2 mulia kerana menyampaikan ilmu yang bermanafaat..salah satu perkara yang tidak terputus pahalanya meskipun bila kita sudah tiada lagi nanti..moga allah memudahkan urusan Nur..insyallah nur boleh :-)

    ReplyDelete
  2. selamat kembali bertugas utk tahun 2013..semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  3. Salam cikgu..

    Alhamdulillah, tahniah dpt tupperware yg berkualiti tu...kalau taknak pass jer kat akak ekekeke...

    selamat kembali bertugas ya cikgu...jasamu pasti tidak terbalas selamanya...
    salute!

    ReplyDelete
  4. selamat kembali ke sekolah ye cikgu...

    bestnya dapat tupperware free

    ReplyDelete
  5. selamat menerima tugasan untuk sesi 2013 Nur... good luck

    wah.. spesel tu ada cabutan bertuah tentu seronok meting lepas tu

    ReplyDelete
  6. bestnya sekolah nur..

    syer tuppawer ngan ayu boleh?

    ReplyDelete
  7. Acara cabutan hadiah adalah yang dinantikan. Apa pun buat terbaik untuk tugasan baru yang diterima.:-)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah murah rezeki cikgu..moga dimudahkan segalanya.. :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum my dear..:)

    Don;t worry...InsyaAllah Nur boleh buat..pastinya phk pengurusan percaya dgn segala kerja buat & komitmen NUr selama ini..:)

    Akak lakk....masih lagi diberi tgs Ketua Projek SPM dah masuk hampir 7 tahun!(jangan tetap berpencen dahhhh..)
    Yang terkedu..bila assistant akak adalah guru cemerlang!
    pelik bin ajaib rasanya!huhuu...

    ReplyDelete
  10. Wahhhh..6 biji kek..puas makan tu..:)

    ooohhh..Cikgu Nur ajar subjek Math & Sains rupa rupanya...Math Moden ke Add Math cikgu?

    Cabaran tahun baru tu Cikgu Nur..selamat kembali mendidik anak bangsa...:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...