Salam buat semua,
Apa khabar semua? Dari sehari ke sehari ingin membuat entri namun ada sahaja penyebab yang membuatnya tergendala. Akhirnya hari ni, dapat Nur luangkan masa untuk menulis tentang pertemuan dengan rakan blogger yang cukup disenangi ramai, Kak Zakie.
Di sinilah tempat pertemuan kami berdua, setelah berjanji melalui telefon untuk bertemu empat mata. Memang ikutkan, Nur tak tahu mengenai pameran atau expo buku ni. Mujurlah Kak Zakie menulis komennya di blog ini. Maka, diriku berhajat untuk turut sama ke sana dan membuat temujanji dengan Kak Zakie.
Memang rambang mata...
Di sinilah tempat Pameran Buku atau "Mega Bookfair"... Parking di Danga City Mall adalah percuma.
Kami bertemu di sini dan Kak Zakie memang hebat bab memberi kejutan. Rupa2nya dia dah lama perhatikan Nur yang sedang ralit memilih buku.
Sebaik sahaja masing2 selesai membeli buku2 yang berkenan di hati, tibalah masa untuk mengisi perut yang kosong. Kami ke Restoren Sedap Corner yang berhampiran. Sempat jua Kak Zakie merakamkan gambarku bersama anak2nya. Ternyata dia amat pemalu dan segan untuk bergambar bersama.
Oh ini gambar candid.. masa ni pelayan restoren sedang mengambil order.. Comel benar Adik, dia sempat berposing..
Inilah anak Kak Zakie yang bongsu.. Si Adik.. Comel dan peramah orang.. Suka sangat melayan adik
Inilah menu kami berdua..Roti jala.. ala2 diet gitu... (sila jangan percaya cerita bohongku ini.. Romantik tak kami.. Nur dan Kak Zakie makan pun berkongsi sepinggan.. :)
Memang ralit kami bersembang dan bermacam2 yang topik yang keluar.
Selepas makan, sempat bergambar dengan anak2 dara sunti Kak Zakie.
Terperangkap sebentar dalam kesesakan jalanraya.. Susah juga nak keluar simpang ni...
Mendaftar sebagai ahli.. 2 free gift iaitu diskaun 30% untuk ke Legoland dan hadiah poket beg berwarna oren. Voucher2 tu pula diberi percuma bagi setiap pembelian sebanyak RM80 dalam satu resit.
Inilah buku2 yang Nur beli...
Terima kasih buat Kak Zakie kerana sudi bertemu dengan Nur. Moga ukhuwah yang terjalin akan berpanjangan. Sekian untuk kali ni, jumpa lagi di lain entri.. Insya-Allah.
Selamat malam semua.
wah bestnyer jumpa kawan blogger.... kita pun kawan blogger nur juga kan... ;))
ReplyDeleteCik Rose : Dah tentu seronok.. Lama tak nampak Cik Rose.. Sihat ke?
DeleteSalam Nur,
ReplyDeletewah bestnye dpt ke pesta buku..byk juga buku yg dibeli ya..:)
Kak umiyumi : Wslm Kak Umi.. Sesekali kak.. kebetulan ada diskaun, jadi banyak juga la yang berkenan di hati.
Deletesaya ada baca N3 Kak Zakie pasal pesta buku ni... Nur dating ngan Kak Zakie kat situ ye... okey la kan mengeratkan silaturrahim
ReplyDeleteKak MystoryPic : Kak Zakie memang advance.. Dia dah buat entri dulu.. Kira macam dating la juga.. tapi Kak Zakie datang sekeluarga.. Seronok sangat!
Deletewah...byk gak tu buku yg dkebas...;)
ReplyDeleteKak Zurina : Ini tak kebas tau.. bayar.. hehehe.. Ada diskaun, tu yg beli banyak..
Deletebanyaknya akak borong buku...rajin akak membaca, saya nie maleh sikit...huhuhu
ReplyDeleteSalmi Khairil : Ada la sikit Salmi... Lepas ni akak dah tak beli buku lagi untuk tempoh setahun.. :D
Deletekak zakie tu saje je nak jadi wanita misteri....hahaha!!!!
ReplyDeleteGadis Bunga : Kak Zakie memang low profile sebab tu la dia tak suka 'expose'kan dirinya.. Kita hormat pendiriannya..
Deletewah bestnya btemu dgn rakan blogger..QH lum penah skali pon..mcm segan la..ala2 pemalu nti..hehe
ReplyDeleteQaseh Honey : Memang seronok dapat berkenalan dengan rakan blogger.. Takpe, janganlah segan.. Teringin juga nak jumpa QH..
DeleteAssalam Nur..tak kisah pun aklau kakzakie tak mau dan malu bergambar..yang penting dapat bertemu dengan kakzakie kan nur..mesti seronok..
ReplyDeleteKak Acik Erna : Wslm kak.. Memang dia pemalu bab bergambar tapi tetap peramah.. Seronok berbual dengan beliau. Kita hormat pendiriannya tu..
DeleteAla... bukan apa dah tua-tua nie Nur malu pulak rasa muka terpapar itu je. Hihi... Syukur dan bertuah dapt bertemu Nur. Moga Ukhuwah berterusan. macam kata abang tak perlu segan dtglah rumah kakak.
ReplyDeleteKak Zakie : Kak, mana ada tua.. awet muda tu.. heheh. Nur pun bertuah dapat berkenalan dengan akak.. Insya-Allah ada kelapangan nanti Nur bertandang rumah akak ye.. :)
Deletewahhh, bagusnye jumpe blogger jugakk.. ehhHHe
ReplyDeleteWak Gelas : Kebetulan kami tinggal berdekatan.. Jadi bolehlah berjumpa..
Deletedunia blogger skg ni merapatkan jurang antara kita kan? plus, we're having fun sharing thoughts with others. ^__^
ReplyDeleteRedRose : Betul tu RedRose..Kita dapat mengeratkan silaturrahim.. Tak rugi berkenalan dengan mereka walaupun berbeza usia. Sememangnya ramai rakan blogger yang baik di luar sana dan ikhlas bersahabat.
Deletewah seronok dgr !
ReplyDeleteKak KA : Oh mestilah kak... :D
DeleteRupanya adik manis didalam entri terdahulu adalah anak seorang blogger.
ReplyDeleteSaudara Azrin : Ye, ramai yang dapat meneka dengan tepat.. Itu anak bongsu Kak Zakie.
Deletegambar kak zakie tak ada ke..nak juga tgok..asyik bersembunyi di sebalik tabir je..
ReplyDeletenampak happy semuakan...suka tgok
nur
ReplyDeletenanti ayu nk mkn sepiring juga tauuu