Sila klik link bawah...

Wednesday, October 12

Kek Marble Coklat

Salam buat semua,
Sekejap benar dah hari Rabu. Peperiksaan PMR dah pun berakhir. Seronoklah rakan2 guru Tingkatan 3 kerana anak2 didik telah selamat berjuang di medan peperiksaan. Tak lama lagi giliran pelajar Tingkatan 5 pula. Yang agak menyedihkan, ada di kalangan anak2 didik Nur yang seakan kurang fokus dan masih belum menampakkan perubahan walaupun peperiksaan SPM dah hampir tiba. Nasihat dan teguran telah puas diberikan bukan sahaja dari seorang guru, malah bagi setiap guru subjek2 yang lain. Moga dugaan ini tidak melemahkan semangat kami, tenaga pendidik. Begitulah hebatnya dugaan seorang guru zaman sekarang.

Tutup mengenai kisah tu, esok Nur dan rakan2 akan hadiri jamuan akhir tahun KEBIRU dan hujung minggu Nur akan mengikut rombongan ke tempat yang cukup menarik. Ke mana Nur akan pergi ye.. Cuba teka?? SURPRISEEEE....

Hari semalam sempat juga Nur mencuba dua resepi baru iaitu Kek Marble Coklat dan Chocolatechips Cookies. Kali ni, Nur bakar Kek Marble dalam acuan berlubang, tapi nampaknya ada yang kena pada adunan kerana hasilnya kek agak merekah. Mungkin terlebih tepung.. agaknya.. Al-maklumlah bukannya pakar sangat bab memasak kek ni. Resepi kek ni Nur dapat dari Bonda tersayang..

Jom lihat hasilnya..

Bahan2 untuk membuat kek.. Nur guna merjerin jenama "Planta" dan serbuk koko "Van Houten".

Adunan kek sebelum dibakar di dalam oven.


Sebelum dibakar...

Selepas dibakar..


Inilah hasilnya.. Mungkin lepas ni Nur kena kurang sukatan sebab acuan berlubang yang digunakan agak kecil.

Oklah, lepas ni entri seterusnya Nur akan post gambar "Chocolatechips cookies" pula..

Jumpa lagi semua, selamat malam..

4 comments:

  1. Nice texture...good job Nur! I love marble cakes too.

    ReplyDelete
  2. I notice Nur guna planta je yea....but the texture is still smooth. The ingredients pun tak bnyk. Ehem-ehem....nak minta resepi jugaklah....

    ReplyDelete
  3. Walaupun merekah tapi texture nampak lembut. I think disebabkan oleh ketebalan kek ni mungkin.

    Rasa masih sedap kan....

    ReplyDelete
  4. Buat Kak Ummi Rosma,
    Tq my dear sis..Seronok tengok komen yang panjang lebar dari akak.. Memang bahan2nya tak banyak. Rasanya memang sedap..
    Kalau ikut resepi bonda memang guna marjerin Planta, tapi rasanya kalau nak guna butter pun boleh kot.

    Nanti Nur kongsikan dalam blog ni. Nampaknya betul2 berminat nak cuba. Tunggu ye kak.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...