Pages

Wednesday, December 19

Bunga Jepun atau Nerium Oleander

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Harap semua rakan dalam keadaan sihat hendaknya.. Ada yang komen, Nur ni dah macam paparazi... ye ke?... Takde la sampai dah jadi paparazi.. Ini semua kerana minat... Semua orang ada hobi kan.. Ada yang suka memasak, menjahit, menulis dsb.. Memang mengambil gambar dan video dah jadi hobi sejak 2-3 tahun kebelakangan ni. Memang tak tahu sejak bila hobi mengambil gambar ni muncul.. Mungkin sejak ada blog sendiri agaknya.. Family pun dah faham sangat... Bila tiba waktu cuti sekolah yang panjang macam sekarang ni, dapatlah kumerehatkan minda dengan menikmati keindahan alam.
 
Kalau di JB, Nur takde pun menanam pokok2 bunga ni sebab 'tangan panas'. Pernah juga cuba nak memulakan hobi bercucuk tanam, tapi akhirnya pokok bunga yang ditanam terkulai layu dan mati.. Abah Nur sewaktu beliau masih sihat sangat suka bercucuk tanam dan ada kebun sendiri. Apa sahaja pokok yang ditanamnya pasti hidup subur. Teringat dulu masa zaman kecil, bila tiba musim buah memang di rumah kami penuh dengan buah-buahan.. Macam2 buah ada buah durian, rambutan, pisang dll.. semuanya ditanam sendiri oleh abah di atas kebun peninggalan arwah datuk.
 
Kalau di sekitar halaman rumah ibu bapa Nur di kampung sentiasa ada sahaja pokok bunga hiasan yang ditanam. Tapi itu dulu...sewaktu abah Nur sihat dan masih kuat untuk berjalan. Sekarang abah Nur dah uzur, bila berjalan pun perlu menggunakan tongkat. Beliau dah hampir sedekad menghidap penyakit Parkinson dan setiap hari perlu mengambil ubat atas nasihat doktor pakar. Bonda Nur pun dah tak berapa kuat berdiri. Kedua2 orang tua Nur memerlukan tongkat untuk bergerak ke mana2. Moga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan buat kedua2 ibu bapa Nur. Jasa kedua-dua ibu bapa kita memang tidak mampu kita balas, apa yang mampu kita lakukan ialah mendoakan kesejahteraan mereka sama ada di dunia mahupun di akhirat nanti. In Shaa Allah..
 
 

Di bawah ni ialah beberapa gambar Bunga Jepun atau nama saintifiknya Nerium oleander. Pada mereka yang dah lama menjadi pengunjung setia blog ni, mesti perasan yang Nur kerap masukkan gambar pokok bunga ni.. Ini antara entri yang pernah Nur buat sebelum ni di SINI dan di SINI
  
 
 Gambar ini diambil hari Ahad lepas pada jam 8.45 pagi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ada serangga yang sedang berlegar2 di kelopak bunga Jepun ni.
 

 
 Rupanya seakan belalang...
 
 
 
 
Di bawah ni pula ialah video serangga yang ada pada bunga Jepun ni...
Haiwan ini seakan pelik dan memandang ke arah lensa kameraku... Oh aksiku telah dirakam... hehe...
 

 
 
Insya-Allah petang nanti Nur dan kakak merancang untuk pergi bercuti bersama.. Ke manakah destinasi kami nanti? Biarlah rahsia dulu.. Nanti Nur cerita ok...
Doakan perjalanan kami selamat..
Jumpa lagi.. Wassalam.
 

14 comments:

  1. Salam singgah sini tuan umh...cantek pic bunga tu...bunga jepun nama bunga tu ye...x tau pulak..ingtkan bunga dr jepun tadi..:-)

    ReplyDelete
  2. cantiknya gambar awak ambil. siap embun pagi lagi.. :)

    ReplyDelete
  3. aslmkum nur, nur mmg dah pro ambik2 gambar ni.. cantik hasilnya.. smoga ayah n bonda nur sihat2 hendaknya.. akak kehilangan abah tanpa disangka.. really miss abah, mmg tak terbalas jasanya.. sementara mereka masih ada masih ada peluang membahagiakan mereka.. smga kita semua (mengingatkan akk jugak) tidak terlalai utk menjaga org tua.. huuuu.. selamat bercuti yer nur.. mcm nak berjalan jauh jer tu.. akk pun baru nak gerak hujung minggu ni..

    ReplyDelete
  4. Cantiknya..kalau direnung di pagi hari tentu rasa fresh..
    Begitulah kalau sudah berusia..sedikit demi sedikit Allah akan tarik nikmat dunia supaya kita lebih dekat denganNya.
    Selamat bercuti...

    ReplyDelete
  5. Salam Nur,
    cantiknya bunga jepun ni. tak pernah tengok pulak. wah siap snap serangga lagi :)
    Best tu nak pergi bercuti. Selamat bercuti ya jgn lupa letak gambar nanti ;)

    ReplyDelete
  6. segar lagi bunga tu, disiram hujan semalaman nampaknya... dah hujung2 ni bercuti ya, baik2 jalan Nur

    ReplyDelete
  7. cantik pic2 bunga ni

    ReplyDelete
  8. suka sgt dgn bunga segar2 ni..plastik2 tak mau..

    ReplyDelete
  9. Semoga kedua orang tua Nur sihat2 aje.

    Cantik bunga tu.

    Selamat bercuti.

    ReplyDelete
  10. hai.. cantik sungguh bunga Nerium oleander ni.. sesuai untuk dijadikan perhiasan.

    ReplyDelete
  11. Unik nama bunga ini.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum nur...cantik n unik sungguh gambarnya...:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D