Sila klik link bawah...

Friday, June 1

Bunga Ungu


Salam buat semua,
Selamat pagi semua. Anda bersarapan apa hari ni? Pejam celik, pejam celik dah pun masuk bulan yang baru iaitu bulan Jun. Tinggal 6 bulan sahaja lagi kita bakal meninggalkan tahun 2012. Memang pantas masa berlalu.

Hari ni Nur post gambar2 pokok2 bunga di sekitar halaman bonda. (Jangan jemu ye.. memang itulah modal setiap kali tiba musim cuti sekolah). Kebetulan Nur memang sukakan bunga. Sebenarnya sebelum ni pun Nur pernah membuat entri pasal bunga ni. Klik di SINI .

Benih pokok bunga berwarna ungu ini telah diberi oleh abang Nur yang sulung kepada bonda. Apakah namanya, masih jadi persoalan. Ada sesiapa yang tahu nama pokok bunga ini?

Bunga-bunga mekar berkembang dan sentiasa mengeluarkan putik. Berikut adalah sebahagian gambar2 yang sempat Nur rakam pada pagi semalam. 



 Mekar berkembang.


Bunganya banyak dan warnanya sangat menarik.



Boleh dikatakan setiap pucuk pokok ini mengeluarkan bunga.




Ini pasu yang pertama.



Putik bunga yang masih menanti masa untuk mengeluarkan serinya.




Kembang mekar.. Nur suka sangat akan warnanya.



Bunga yang sedang mekar.






Ini pasu yang kedua. 

Ok semua, itu sahaja untuk kali ni. Jumpa lagi ye di lain entri. Pada rakan2 blogger yang sangat rajin meninggalkan komen di blog ni, Nur ucapkan ribuan terima kasih. Komen2 anda semua memang menceriakan diriku. Insya-Allah, ada kelapangan Nur akan balas kunjungan anda.

Sekian, wassalam.

****************************************************************************


Terima kasih banyak buat sahabatku, Kak UmmiRosma kerana memberitahu nama bunga ini.
Nama bunga ni Bunga Jepun atau nama saintifiknya Nerium oleander.

10 comments:

  1. sedar tak sedar rupanya kita telah selangkah ke bulan June

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gen2Merah : Betul tu.. Sekejap benar masa berlalu..

      Delete
  2. cantik! suka tengok bunga pagi2. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak As : Terima kasih.. Sama la dengan kita.. Segar je mata melihat keindahannya.

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Nur.

    Cantik bunga2an tu, tapi kakcik tak tahu namanya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik : Waalaikummussalam Kakcik.. Tak mengapa kak. Mungkin ada yang tahu.. :)

      Delete
  4. sangat cantek bunganya... lom pernah tengok lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ibuintan : Tq kak.. Erm.. Kira akak baru first time tengok bunga ni ye.. :D

      Delete
  5. Rupa bentuk almost like Bunga Nerium Oleander...or maybe keluarga jenis bunga ni yea Nur..

    Cantik....I love the colour too :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak UmmiRosma : Definately itulah nama bunga ni. Nur dah search di internet.. Dalam bahasa Melayu dipanggil "Bunga Jepun".

      Thank you sis.. Its really help me a lot!! Dah lama betul nak tahu nama bunga ni.. Akhirnya dah terjawab segala persoalan...

      Love u sis!! :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...