Pages

Thursday, May 16

Hadiah dan Kad Ucapan Hari Guru 2013

 
Salam buat semua.
Hari ini telah berlangsungnya sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Amat terharu dengan pemberian ikhlas dari anak2 didikku. Terima kasih buat semua anak murid cikgu da ex-student atas pemberian hadiah dan ucapan sama ada secara bertemu empat mata, di fb dan juga kiriman sms.
 
Cikgu hargai pemberian hadiah dari kalian semua. Sayang kamu semua!
 
Terima kasih juga buat semua guru yang pernah mendidiku. Semoga Allah membalas jasa dan pengorbanan cikgu. Jasamu akan kukenang hingga ke akhir hayat.
 
 
Pada semua rakan blogger yang bergelar pendidik (Kak Sal, Kak Whitecappucino @ Kak Nor, Kak Zana, Kak Mulut Payau, Kak ibuintan, Kak Kartini, Kak ckLah @ Kak Ramlah, ciklaili @ Kak Laili, Kak Sonata anak kancil, Kak Normah @ klcitizen, Cikgu Naman, Kak Isza, Dahlia, Cikgu Nurin, Kak UmmiRosma (Brunei) dan lain2.. maaf jika ada yang tertinggal... )
Nur ucapkan "Selamat Hari Guru". Semoga segala jasa dan pengorbanan kalian mendapat ganjaran setimpal di sisiNya.. Inshaa Allah.
 

Hadiah dari KEBIRUS
 
 
Hadiah dari anak didikku di Tingkatan 4
 
 
Brooch sebelah kiri merupakan pemberian ex-student yang belajar di Sabah dan di sebelah kanan dari anak muridku di Tingkatan 4.
 
 

Kek sumbangan pelajar buat guru2 di sekolahku.

 
Satu lagi kek sumbangan pelajar buat guru2 di sekolahku.
 

Kek ketiga sumbangan pelajar buat guru2 di sekolahku.

 
Kek dari Kelab Bilik Guru sekolahku... (Nota : Ini bukan jariku... )
 
 
Hadiah buat diri sendiri.. (sempat juga menukar casing hp sempena Hari Guru.. hehe)
 
Cantik tak?
 
 

 
Opss terlupa pula.. Malam semalam, Nur telah berjaya jadi Johan Kategori Cikgu Wanita sempena Pertandingan Bowling anjuran KEBIRUS di Top Bowl Skudai Parade. Ada improvement, last year kalau tak silap cuma dapat no.3. Tapi hadiah hujung tahun baru dapat.. Aduhai lamanya nak kena tunggu...
 
Pagi tadi daku terlibat dalam pasukan bola jaring cikgu2. Kami cikgu2 berjaya kalahkan pasukan yang terdiri dari ex-student dan pelajar2 menengah atas dengan jaringan 8-0. Hebat kan.. (3 daripada mata tu Nur yang jaringkan.). Teringat zaman sekolah dulu. Mandi peluh juga tadi... :)
 
 
 
Berikut adalah antara kad ucapan Hari Guru yang ada di wall fbku...
 
 
 
 
 

 
Terima kasih juga buat semua follower yang sudi singgah dan bertandang ke blog ini.
Suka angka ni 777
 
 
 
 Beberapa entri lama di blog ini yang dapat tempias sempena Hari Guru.
 
Kad Ucapan Hari Guru - Tahun 2012
 
 


Jumlah entri pada 16 Mei 2013 berjumlh 1313 entri..


15 comments:

  1. selamat hari guru utk nur juga ya..wah!!! terror johan bowling tu! tahniah! banyaknye kek! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak WC @ Kak Nor : Terima kasih kak.. Tahun ni cikgu2 sek Nur memang kenyang makan kek.. ;)

      Delete
  2. "selamat hari guru cikgu"...nur ni mesti guru kesayangan...banyak dapat hadiah dari anak murid...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ida : Terima kasih Kak Ida.. Syukurlah masih ada anak murid dan ex-student yang masih ingat dan sudi beri hadiah.. Nur dapat tak banyak pun kak.. Ada cikgu yang dapat lebih banyak dari ni..

      Delete
  3. geram tengok kek angry bird tu...hehe
    anyway, selamat hari guru ye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Viva : Terima kasih Cik Viva.. Saya tak rasa pun kek Angry Bird tu sebab dah banyak sangat.. hehe

      Delete
  4. Macam-macam hadiah diberikan oleh anak murid. Selamat Hari Guru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Azrin @AkuBiomed : Terima kasih atas ucapan.. ;)

      Delete
  5. Semuanya pasti menjadi kenangan terindah kan Nur. Semoga terus menjadi guru yg berdedikasi.
    Banyak juga dapat hadiah dari anak didik Nur - tahniah dan selamat hari guru dari kakak:)

    ReplyDelete
  6. Tahniah dpt item2 tersebut..rasanya lim trlambt ucapkan slmt hri guru...moga Allah memprmudahkn urusan kita slalu..amin

    ReplyDelete
  7. Selamat hari guru utk nur jugak...
    Wah..tahniah ya, dapat jadi johan...
    Macam2 kek ada dan macam2 hadiah yg dapat....

    ReplyDelete
  8. Selamat hari guru
    seronok bila dihargai wlapun x minta apa 2 kan
    sedih thn ni hari guru berada kat wad
    apapun pemberian mereka sgt dihargai
    tahniah.. Terror bowling

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum nur...selamat hari guru yer walaupun dah berlalu...;)

    ReplyDelete
  10. Byknya dpt hadiah. Ni mesti cikgu kesygn ni

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D