Salam buat semua,
Apa khabar semua? Semalam telah bermulanya Peperiksaan Percubaan PMR di sekolah Nur. Sekejap benar masa berlalu dan musim peperiksaan sudah kembali. Anak2 didik Nur di Tingkatan 5 pula akan menduduki Peperiksaan Percubaan SPM pada 6 September nanti iaitu selepas cuti Hari Raya. Nampak gaya, Hari Raya tahun ni mereka perlu bahagikan masa dengan mengulangkaji pelajaran. Bila situasi seperti ini terjadi, hati seorang guru sedikit bimbang. Semoga anak2 muridku pandai menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin dan tidak hilang fokus. Tentulah banyak ujian dan cabaran terutama bila menjelang Hari Raya nanti. Minggu ni Nur dah pun mulakan sesi ulangkaji bagi mengingatkan pelajar2 dengan topik2 yang mereka pelajari di Tingkatan 4. Minggu hadapan pula akan berlangsungnya Ujian 3 bagi pelajar2 Tingkatan 1, 2 dan 4.
Tutup cerita mengenai peperiksaan. Nur nak berkongsi gambar menu kegemaran yang jadi pilihan waktu berbuka.
Tak lain tak bukan.. nasi kerabu.
Nasi kerabu ni siap ada daging salai.
Nasi tomato dan popia goreng sambal.
Air kelapa dan air asam boi.
Ok, sampai jumpa lagi di lain entri.
Sekian wassalam.
p/s : Nur dapat tahu yang ada bekas guru Nur, Puan Rahmah akan bertugas di sekolah yang baru iaitu SM Sains Sembrong, Kluang. Tahniah ye cikgu..
Cantik sangat sekolah berasrama penuh yang kedua di daerah Kluang ni. Sekolah ni masih belum beroperasi sepenuhnya. Ni linknya.. >>> http://smsainssembrong.blogspot.com/
selamat berbukalah cik nur
ReplyDeletenasi kerabu tuh.. my peberet tau..
Nasi kerabu? susah nak dpt kat sini..kena buat sendiri je.
ReplyDeleteAir kelapa tu nampak sedap dgn garutan isi kelapanya.
Kat sini pun exam fever dah bermula...cikgu2 pun fever jugak! ehehe
meriahnya makanan berbuka puasa nur..
ReplyDeleteselamat berbuka ye..
syukran ALLAH memberi kita rezki yg lebih untuk menikmati juadah tersebut...
agaknya itulah rahmatnya mengajar anak2 didik ..untuk mereka, kita lontarkan jauh2 perasaan pernah rasa penat,jemu dan putus asa...
x berapa dengan nasi kerabu tapi sgt suka nai goreng kerabu.. pernah makan?
ReplyDeletesuka gak!hehe sedapnyeeee
ReplyDeleteBuat Kak Nur Misnan,
ReplyDeleteSelamat berbuka kak.. Wah tak sangka kegemaran kita sama ye..
Buat Kak UmmiRosma,
Memang kat sini pun hanya 1 je gerai yang jual nasi kerabu ni. Air kepala tu memang sedap dimakan dengan isinya..
Kat Malaysia pun sedang musim peperiksaan kak.. Minggu depan dah mula menanda kertas exam lagi.. :)
Buat Kak Sal,
Selamat berbuka juga..
Syukur Alhamdulillah kak.. berkat rezeki dari Allah.
Memang dah menjadi tanggungjawab kita kak.. Sentiasa ikhlaskan hati, moga apa yg kita sampaikan mendatangkan kesan pada kehidupan mereka.
Buat Kak Isza,
Hmm nasi goreng kerabu Nur tak pernah makan la kak.. Tentu sedapkan..
Buat Kak Kalamhati,
Hehe.. kebetulan sama kan kak.. Memang sedap..