Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Friday, October 26
Thursday, October 25
Ucapan Salam Aidiladha buat semua rakan blogger
Salam buat semua.
Lambat benar Nur update cerita hari ni.Petang semalam, Nur sempat buat cupcakes dan aiskrim asam boi. Memang buat untuk santapan anak2 buah dan adik beradik yang akan berkumpul pada cuti Hari Raya Haji nanti. Sebelum tu Nur telahpun buat 3 bungkus dadih untuk dibawa balik kampung. Banyak juga dadih yang dapat dalam 50 cup seperti gambar di bawah. Syukurlah Nur dah pun selamat sampai kampung halaman lewat malam. Memang sengaja pulang awal sebab tak nak menempuh jem.
Lambat benar Nur update cerita hari ni.Petang semalam, Nur sempat buat cupcakes dan aiskrim asam boi. Memang buat untuk santapan anak2 buah dan adik beradik yang akan berkumpul pada cuti Hari Raya Haji nanti. Sebelum tu Nur telahpun buat 3 bungkus dadih untuk dibawa balik kampung. Banyak juga dadih yang dapat dalam 50 cup seperti gambar di bawah. Syukurlah Nur dah pun selamat sampai kampung halaman lewat malam. Memang sengaja pulang awal sebab tak nak menempuh jem.
Di kesempatan ini Nur ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua rakan blogger yang sudi menjalin persahabatan dengan Nur di dunia maya. Hati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung. Nanti ada.masa Nur jengah blog anda semua ye.. Pada teman2 blogger yang sangat rajin meninggalkan komen, terima kasih diucapkan. Komen2 anda menceriakan hari2ku.. ♥♥ Tanpa komen teman2 blogger, blog ni jadi hambar. Ada masa lapang, Nur cuba sedaya upaya untuk membalas satu per satu komen yang diberi. Kalau ada yang terlepas tu, minta maaf ye..
Ok cukup itu sahaja cerita untuk hari ni..Pada yang berpuasa pada hari ni.. Selamat berpuasa.. Sekian.wassalam.
p/s : Maaf ye kualiti gambar agak kurang memuaskan, Nur terus update dari hp je.. Senang dan cepat.. Ada masa nanti Nur edit2 gambar ye..
Friday, September 7
Entri Lauk Pauk Raya..
Lauk pauk di pagi Hari Raya Pertama.
Nur masak nasi ayam pada Hari Raya kedua.
Ayam goreng berempah.
Ayam berempah ni Nur masak pada Hari Raya kedua bersama nasi ayam. Lupa pula nak ambil gambar nasi ayam yang dah siap dimasak..:)
Comel benar adik Balkish..
(maaf ye kualiti gambar tidak memuaskan.. ambil dengan kamera hp)
Menyambil juga menonton drama menarik di TV3 bertajuk "Nur Ramadan". Drama ini ditayangkan pada pagi hari raya kedua. Tentu ramai yang tak sempat menonton. Menarik sungguh jalan ceritanya.. nak tahu.. Google lah ye... Cari juga di Youtube, tapi takde la.. :(
Lakonan Fauzi Nawawi dan adik Puteri Balksih sangat berkesan dan serasi..
Salam buat semua.
Ni entri dah basi.. Baru nak tayang menu di hari raya. Entah kenapa tiba2 hari ni teringatkan juadah raya tempoh hari.. Perut tengah berkeroncong ni minta diisi... Bila edit gambar2 di atas, diri sendiri merasa terliur dengan juadah2 tu.. Nur cadang nak masak hujung minggu ni, kebetulan bonda dan abah nak datang rumah kerana ada appointment dengan doktor pakar di JB. Ingat nak masak juadah raya tu lagi untuk makan2 sesama ahli keluarga.
Saturday, September 1
Beraya Rumah Rakan Blogger - Rina AVAIL a.k.a. Cik Betty
Salam buat semua,
Apa khabar semua? Nur harap semuanya sihat. Tentu semalam ramai menghadiri majlis rumah terbuka. Nur juga menerima jemputan rakan blogger iaitu Rina AVAIL @ Cik Betty. Memang dah lama Nur ingin bertemu dengan Rina. Untuk pengetahuan semua kami berdua sebaya dan kebetulan rumah ibu bapanya juga berhampiran dengan rumah abah dan bonda Nur di Kluang. Rina juga kenal dengan rakan sekerja Nur iaitu Kak Rosmena kerana suami mereka berkawan baik. Kecil je kan dunia ni. Rina menjamu tetamu yang hadir dengan hidangan yang sedap dan lazat. Seronok berjumpa dengan beliau yang kecil molek orangnya dan peramah. Kami seakan dah lama kenal, padahal baru pertama kali berjumpa. Sewaktu Nur hadir rakan sekerja Nur juga, Kak Rosmena dan Kak Puteri juga hadir sama. Suami2 mereka sepejabat dengan suami Rina. Anak2 Rina, Risya dan Zikry juga sangat comel. Pandai Risya melayan tetamu2 cilik kerana ibunya sibuk melayan retamu yang lain.
Berikut adalah gambar2 ketika jamuan rumah terbuka di rumah Rina.
Menu2 lazat sedia terhidang.
Menu pertama iaitu laksa Johor.
Menu kedua iaitu gearbox kambing..
Menurut Rina menu ni dimasak oleh ayah mertuanya.
Sedap sangat..
Antara kuih raya yang Rina hidangkan untuk tetamu.
Rina kerepek pisang tu beli di mana? Sedap dan rangup..
Bergambar kenangan dengan Rina yang jelita. Rina ajak bergambar dulu kerana masa Nur sampai ni masih belum ramai tetamu yang hadir masa tu.
Sempat bergambar dengan Rina AVAIL @ Cik Betty dan anak2nya.. Risya dan Zikry.
Terima kasih banyak buat Rina AVAIL @ Cik Betty kerana sudi menjemput Nur. Bila2 nanti kita jumpa lagi ye..
Sekian, jumpa lagi di lain entri. Wassalam.
Tuesday, August 28
Sarapan Di Hari Raya
Inilah dia aduanan roti canai homemade yang diadun oleh kakak ipar.
Nur dan adik beradik lain mengasah bakat menebar roti canai. Memanjang koyak ye.. jadi senang cerita buat roti canai bentuk bulat je. Gambar di atas diambil ketika abang Nur menunjukkan aksi menebar untuk kali pertama.
Hasil roti canai yang ditebar oleh abang.
Ini pula tangan kakak ipar yang begitu ligat menebar. Beliau dah biasa membantu ibunya yang membuka gerai makan di kampung halaman. Kakak ipar juga sangat pandai membuat teh tarik.. Setiap kali balik, kami mesti request air teh tarik atau nescafe ketika sarapan.
Roti canai yang dah siap. Separuh buat roti telur, ini idea abang sulung Nur dan selebihnya roti canai kosong.
Banyak juga roti canai yang dapat dihasilkan ( 1 1/2 kg tepung gandum). Banyakkan... tapi jangan risau memang habis sebab anak2 saudara sedang membesar dan mereka kuat makan.
Model sambilan yang belum mandi pagi.. Siapa lagi kalau tak Humaira.. Aksi free style...
Suka buat muka comel... gerammmm sangat!!
Roti canai dimakan bersama rendang daging, kari daging dan sambal tumis. Ada juga yang makan roti canai cicah susu pekat manis.
Roti canai yang dibuat secara bergotong-royong bersama semua adik-beradik.
Ini antara menu sarapan di hari raya.. Mee goreng basah.
p/s : Apa menu rakan2 untuk sarapan waktu hari raya?
p/s : Pada rakan2, jemput join GA ke-3 Nur yang sangat mudah dan ringkas. Tarikh tutup pada 31 Ogos 2012 jam 11.59 malam.
Sila klik di link berikut :
Sila klik di link berikut :
Sunday, August 26
Coretan di Hari Raya 2012
Sesi penggambaran semua cucu bersama Atuk dan Nyai di pagi hari raya keempat.
Huda dah mula meragam dan menangis tak nak bergambar.
Muka anak2 saudara Nur yang tak bersedia... Kelihatan kelibat Huda berlari mendapatkan ibunya.
Sesi pengambaran bermula..
Alahai tak ready lagi ke Atuk dan Nyai..
Susah benar nak ambil gambar.. Kamera banyak sangat.. hehe..
Bersama anak2 saudara yang dah bujang dan anak dara.. Mereka ni tinggi dan dah masuk sekolah menengah.. Hmm macam nak lawan ketinggian makciknya yang menonjang... :)
Bonda tersayang menyambut Hari Lahirnya pada hari ini (26 Ogos).
Terlanjur berkumpul bersama semua adik beradik, kami meraikannya agak awal iaitu pada 22 Ogos.
Semalam bonda tidak sihat (demam). Sepatutnya bonda Nur dan abah datang ke JB untuk datang ke rumah terbuka abang Nur yang sulung. Namun apakan daya, kita hanya merancang. Bonda wakilkan anak2 untuk datang ke majlis tersebut. Syukurlah kesihatan beliau beransur pulih.
"Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang berpanjangan buat Bonda tercinta dan dirahmati olehNya sentiasa. Amin"
Kek yang dibeli untuk dijamu bersama semua ahli keluarga.
Malamnya pula sesi bermain bunga api.
Leka benar mereka..
Sempat berposing...
2 anak saudara Nur yang yang sebaya.. Nazmin dan Humaira.
Senyum jangan tak senyum...
Yes.. dapat lagi bunga api...
Anak2 saudara yang dah besar panjang..
Mia yang dah pandai berjalan. Cantik baju Mia..
Baju ni dibeli oleh ibunya waktu menunaikan umrah bersama Nur bulan Mei yang lalu.
Sekian dulu, coretan ringkas buat kali ni. Ada masa nanti, Nur sambung lagi kisah2 menarik waktu bercuti di kampung halaman tercinta.
Sekian, jumpa lagi semua. Salam Aidilfitri.
p/s : Pada rakan2, jemput join GA ke-3 Nur yang sangat mudah dan ringkas. Tarikh tutup pada 31 Ogos 2012 jam 11.59 malam.
Sila klik di link berikut :
Sila klik di link berikut :
Labels:
Anak Saudara,
Balik Kg,
Hari Raya,
Kesayanganku,
My Family
Subscribe to:
Posts (Atom)






