Sila klik link bawah...

Showing posts with label Entri Blog. Show all posts
Showing posts with label Entri Blog. Show all posts

Thursday, May 16

Hadiah dan Kad Ucapan Hari Guru 2013

 
Salam buat semua.
Hari ini telah berlangsungnya sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Amat terharu dengan pemberian ikhlas dari anak2 didikku. Terima kasih buat semua anak murid cikgu da ex-student atas pemberian hadiah dan ucapan sama ada secara bertemu empat mata, di fb dan juga kiriman sms.
 
Cikgu hargai pemberian hadiah dari kalian semua. Sayang kamu semua!
 
Terima kasih juga buat semua guru yang pernah mendidiku. Semoga Allah membalas jasa dan pengorbanan cikgu. Jasamu akan kukenang hingga ke akhir hayat.
 
 
Pada semua rakan blogger yang bergelar pendidik (Kak Sal, Kak Whitecappucino @ Kak Nor, Kak Zana, Kak Mulut Payau, Kak ibuintan, Kak Kartini, Kak ckLah @ Kak Ramlah, ciklaili @ Kak Laili, Kak Sonata anak kancil, Kak Normah @ klcitizen, Cikgu Naman, Kak Isza, Dahlia, Cikgu Nurin, Kak UmmiRosma (Brunei) dan lain2.. maaf jika ada yang tertinggal... )
Nur ucapkan "Selamat Hari Guru". Semoga segala jasa dan pengorbanan kalian mendapat ganjaran setimpal di sisiNya.. Inshaa Allah.
 

Hadiah dari KEBIRUS
 
 
Hadiah dari anak didikku di Tingkatan 4
 
 
Brooch sebelah kiri merupakan pemberian ex-student yang belajar di Sabah dan di sebelah kanan dari anak muridku di Tingkatan 4.
 
 

Kek sumbangan pelajar buat guru2 di sekolahku.

 
Satu lagi kek sumbangan pelajar buat guru2 di sekolahku.
 

Kek ketiga sumbangan pelajar buat guru2 di sekolahku.

 
Kek dari Kelab Bilik Guru sekolahku... (Nota : Ini bukan jariku... )
 
 
Hadiah buat diri sendiri.. (sempat juga menukar casing hp sempena Hari Guru.. hehe)
 
Cantik tak?
 
 

 
Opss terlupa pula.. Malam semalam, Nur telah berjaya jadi Johan Kategori Cikgu Wanita sempena Pertandingan Bowling anjuran KEBIRUS di Top Bowl Skudai Parade. Ada improvement, last year kalau tak silap cuma dapat no.3. Tapi hadiah hujung tahun baru dapat.. Aduhai lamanya nak kena tunggu...
 
Pagi tadi daku terlibat dalam pasukan bola jaring cikgu2. Kami cikgu2 berjaya kalahkan pasukan yang terdiri dari ex-student dan pelajar2 menengah atas dengan jaringan 8-0. Hebat kan.. (3 daripada mata tu Nur yang jaringkan.). Teringat zaman sekolah dulu. Mandi peluh juga tadi... :)
 
 
 
Berikut adalah antara kad ucapan Hari Guru yang ada di wall fbku...
 
 
 
 
 

 
Terima kasih juga buat semua follower yang sudi singgah dan bertandang ke blog ini.
Suka angka ni 777
 
 
 
 Beberapa entri lama di blog ini yang dapat tempias sempena Hari Guru.
 
Kad Ucapan Hari Guru - Tahun 2012
 
 


Jumlah entri pada 16 Mei 2013 berjumlh 1313 entri..


Friday, November 30

Terima Kasih buat Semua Pengunjung Blog-blogku

 
Salam buat semua,

Sekejap benar masa berlalu, tahun 2012 bakal meninggalkan kita. esok dah masuk 1 Disember. Petang tadi Nur sempat jengah akaun Nuffnang Nur. Malam ni Nur ingin berkongsi sikit dalam blog ni sebagai kenangan peribadi.
 
 
Masa belek bahagian pageviews bulan November 2012 untuk Blog Cetusan Rasa .. Boleh tahan ramai juga pengunjung yang datang dan membelek2 entri  di dalam blog CR ni.. Jumlah views hampir 12 ribu views..
 
 
 
Untuk blog Nur yang satu lagi iaitu blog Blog All About Science , pageviews bulan November 2012 pula mencatat angka yang jauh lebih tinggi iaitu sebanyak 22 ribu views.... Sangat terkejut dengan angka ni.. Unique visitor sahaja seramai 9102 visitors pada bulan lepas. Berkemungkinan besar mereka ni ialah calon2 SPM dari serata negeri yang mencari tips2 dan soalan Percubaan Negeri untuk subjek yang sedang mereka duduki. Atau boleh jadi ada juga guru yang menyediakan bahan p&p mereka untuk sesi persekolahan tahun 2013...
  
 
 

 
Jom tengok jumlah visitor pula.. Blog Cetusan Rasa mencatat pengunjung seramai 6823 orang sepanjang bulan November 2012.
 
 Dan sekali lagi, Blog All About Science mencatat bilangan pengunjung yang sangat ramai iaitu 9052 orang sepanjang bulan November 2012. Ini semua penangan demam peperiksaan SPM.. Setidak-tidaknya dalam  Blog All About Science ni mereka boleh dapatkan link2 yang bermanfaat untuk subjek tertentu.
 
 
 
Majoriti pengunjung kedua-dua blog datang dari Malaysia. Ada sesiapa yang tahu singkatan negara berikut :  IN, ID, SA, CA dan EG?
 
Tekaan Nur,  IN mungkin Indonesia dan ID mungkin India. eh ye ke...
 
.
.
.
.
 
Bila klik bahagian earnings,
 
Syukurlah blog Cetusan Rasa ni ada satu BE dari Nuffnang yang melekat di sini hampir sebulan.. Pendapatan sampingan dari blog ni tidak sehebat mana pun.. namunku tetap bersyukur..
Terima kasih Nuffnang.
 
 
Pada semua yang membaca, entri ini adalah sekadar untuk catatan peribadi. Mungkin ia juga boleh jadi salah satu motivasi untuk diri sendiri agar sering mengemas kinikan blog. 
 
Tidak dinafikan, melalui blog mampu menjadi medan untuk menambahkan kenalan dan telah pun mempertemukan Nur dengan ramai rakan2 yang baik hati dan peramah.
 
Walaupun tidak mengenali dengan lebih dekat dan tidak pernah bertemu empat mata tapi kehadiran rakan2 maya amat menceriakan hari-hariku.
 
Besarlah harapanku, agar lebih ramai yang mendapat manfaat dan menggunakan setiap perkongsian bahan di blog2 yang Nur bangunkan untuk kebaikan bersama.  
 
Terima kasih buat semua pengunjung dan teman2 blogger yang rajin bertandang ke blog ni dan sudi meninggalkan komen. Tanpa anda, mungkin blog2 ini tidak akan bertahan sampai ke hari ini.
Terima kasih semua atas sokongan anda dan kesudian anda bertandang dan membaca entri ini. Sekian, wassalam.
  
Credit picture : Google search
 
p/s : Esok akan ada agenda menarik yang bakal Nur hadiri dengan rakan2 blogger Johor. Insya-Allah Nur akan kongsikan entrinya nanti.. Selamat berhujung minggu buat semua..
 
 

Sunday, August 12

Keyword Pelik



BENJOL AKIBAT TERGIGIT GIGI..
Macam mana boleh benjol, padahal tergigit gigi..
isk..isk.. pelik juga ...
Siapalah yang cari entri ni.... hehe (",)

.
.
.
.
.
.
.
.
.






Source of picture : Google search


Senyum itu sedekah..

p/s : Letih sebab baru balik shopping di JJ Taman Universiti, gara2 barang nak buat kuih raya tak cukup.. Susah cari parking dan beratur panjang...


Source of picture : Google search

Selamat berbuka semua..





Wednesday, August 8

Apa Yang Anda Cari di Blog Cetusan Rasa?


Bilangan pageviews tertinggi pernah dicatat : 1105 (pada 7 Ogos 2012)




2 carian paling popular di blog Cetusan Rasa (dari 10 Julai - 8 Ogos 2012) :


2) Ucapan hari Lahir Buat Suamiku (Entri tahun 2009)


Kak Ida mengungguli carta "Referring Sites" di Blog Cetusan Rasa.


Top Commentator masih diungguli oleh Saudara Azrin @ AkuBiomed. Beliau juga merupakan pemenang GA kedua Nur. Ini entrinya, klik di SINI

(Hadiahnya Nur baru sempat poskan petang tadi, maaf ye kerana agak terlewat)

Untuk pengetahuan semua, blog ini sebenarnya bukan blog masakan. Entri memasak hanyalah sekadar suka-suka dan ingin mencuba. Masih banyak yang perlu dipelajari.. Practice makes perfect..

Sekian, wassalam.

p/s : Catatan ini hanyalah sekadar suka-suka. Setidak-tidaknya ia jadi semangat untuk Nur terus menulis entri di blog kesayanganku ini. Terima kasih buat rakan2 blogger yang sering bertandang dan meninggalkan. Tanpa anda, blog ini tentu akan hambar dan tiada serinya... Semoga Allah memberkati kalian semua. Amin... :)

Thursday, June 28

Ini entri ke-1001.. Terima kasih semua.. :)



Credit picture HERE





Sneak peak ketika Hari Sukan pagi tadi.



Salam buat semua,
Apa khabar semua? Nur dah recharge bateri.. Dah nak kena mula buat laporan dan kerja2 yang tertunda akibat persiapan Hari Sukan.

Untuk pengetahuan semua, entri dalam blog ini dalam masuk entri ke-1001. Banyakkan... Sekejap je masa berlalu... Hmmmm  ada 6 entri yang masih dalam "draf". Idea untuk menulis memang selalu terbantut.. (Nur memang tak berapa pandai nak mengarang.. al-maklumlah cikgu Matematik dan Sains)

Terima kasih buat semua rakan blogger yang selalu singgah.
Nur hargai persahabatan dan sokongan anda semua.

Moga persahabatan di alam maya ini akan beroleh rahmat dariNya.
Maaf  di atas segala salah dan silap..

Ok jumpa lagi di lain entri. Wassalam.


p/s : Ada rakan2 yang rajin masuk contest online, di SINI ada GA menarik dari Kak Ida 1001 Resepi
Nama GA itu ialah wowww 1001giveaway. Banyak hadiah2 menarik disediakan. Antaranya ialah :





Menarik kan.. Nur berangan nak dapat Pie magic .. hehe..




Nur tak sempat buat entri lagi.. Berangan nak masuk.. Jom join GA Kak Ida.



Thursday, October 27

777 entri pada 27 Oktober 2011


Oh.. diam tak diam rupa2nya dah 777 entri Nur postkan di dalam blog ni
sejak 11 Jun 2008 hingga 27 Oktober 2011.

Suka nombor ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...