Sila klik link bawah...

Showing posts with label Giveaway. Show all posts
Showing posts with label Giveaway. Show all posts

Saturday, September 15

"Curi-curi Suka" Giveaway!

Salam buat semua,
Lama benar Nur tak join giveaway.. Tiba2 teringin pula nak join "Curi-curi Suka" Giveaway anjuran Saudara Eqbalzack. Tarikh tutupnya pada hari Ahad (16 September 2012) jam 11.59 malam. Keputusan akan diumumkan pada 18 September 2012.

Nak tahu apa hadiahnya...

5 buah novel tulisan 
Liyana Zahim bertajuk "Curi-curi Suka"  dan EZ Fridge Magnet (Limited Edition). Buku ini akan ditandatangani oleh penulis sendiri.

10 unit EZ Fridge Magnet (Limited Edition)


Tajuk Novel: Curi-Curi Suka
Penulis: Liyana Zahim

Genre: Love

Reviews:
For me this book sounds lovely, "Dalam diam, dia curi-curi suka pada seseorang. Entah siapalah yang telah mencuri hatinya. Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintai itu juga mencintai."

Apa tunggu lagi... Untuk makluman lanjut sila klik di SINI





Friday, August 31

Tahniah Buat Pemenang My 3rd Giveaway 2012

 
 





 
 
Salam buat semua.
Pertama sekali, Nur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan blogger yang telah turut serta dalam "My 3rd Giveaway 2012". Alhamdulillah banyak juga penyertaan. Hari ni Nur nak mengumumkan nama pemenang. Nur telah memilih Kak Zaii dari blog http://zaiikulim.blogspot.com sebagai pemenang kerana telah memberikan jawapan yang hampir tepat.
 Tahniah diucapkan.
 
Buat Kak Zaii, sila emelkan butiran peribadi kepada alamat  emel Nur di side bar blog untuk penghantaran hadiah.
 
Sekian, Salam Kemerdekaan buat semua.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
 
 
 
p/s : Nur kurang sihat hari ni dan baru terkena selesema. Mungkin akibat terkena hujan waktu hendak pulang dari sekolah. Sebentar lagi, Nur nak datang beraya rumah rakan blogger iaitu Rina AVAIL @ Cik Betty. Jumpa lagi di lain entri. Wassalam.
 
 
 
 
 

Saturday, August 18

My 3rd Giveaway 2012





Sila scroll ke bawah untuk entri yang terbaru..
Sempena ketibaan Syawal ni, Nur nak buat simple giveaway. Kiranya ini giveaway ketiga la..

Nur akan beri hadiah pada mereka yang meneka jumlah harga barangan di atas dengan tepat dan cepat.

(Hanya seorang pemenang sahaja akan dipilih oleh Nur)
Hanya perlu tulis di ruangan komen je.
Mudah bukan.
Tarikh tutup sehingga jam 31 Ogos 2012, jam 11.59 malam .

Pemenang adalah berdasarkan harga paling tepat dan terpantas.

Apa tunggu lagi... Tak rugi meneka, tak perlu buat sebarang entri atau link.

Ada hadiah menarik menanti pemenang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Sunday, August 12

Giveaway kedua Cik Tom sempena ulangan tahun ke 2.





Source of picture : Google


Apa yang anda tahu tentang buah tomato?
Buah yang banyak khasiat terutama untuk mencantikkan wajah.

Oh apa kena mengena tomato dengan entri hari ni. Hari ni Nur ambil kesempatan untuk turut serta dalam GA kedua dari blog Cik Tom. Untuk tidak menghampakan cik tom yang telah menjemput sendiri Nur untuk turut serta dalam GA beliau kali ni. GA keduanya ini diadakan bersempena ulang tahun ke 2 blog ciktom[dot]com. Cik tom ingin berkongsi rezeki hasil pendapatan blognya kepada semua pelawat blog kesayangannya.

Pencapaian blog cik tom sangat hebat. Dalam masa 2 tahun beliau telah mencapai pagerank 3 sejak dari tahun lepas dan dari segi alexa ranking di Malaysia ialah 303. Hebat bukan.. Menurut cik tom, ini merupakan pencapaian alexa rank terbaik beliau sepanjang 2 tahun beliau berblog. Berikut ada Top 10 Keyword yang paling popular di blog cik tom antaranya ialah tutorial blogspot, apam polkadot, netkl, hilangkan parut, hilangkan jerawat, pengalaman kena denda di sekolah, bidang kerja kerani, resepi ayam, kerja sambilan dan tips.

Nur mengenali Cik Tom ketika beliau mengunakan hosting percuma blogspot dan semasa itu beliau begitu aktif memberikan tutorial mengenai blogspot di blognya. Sekarang ni beliau agak sibuk namun masih lagi meng'update' entri diblognya yang telah bertukar ke hosting berbayar dan menggunakan platform wordpress. Berkelulusan Sarjana Muda Sains Kimia Gunaan dan kini bertugas di salah sebuah institusi pendidikan tinggi di tanah air ini sangat peramah dan sangat suka membantu.

Sebelum ni, Cik tom pernah anjurkan segmen review blog dan blog Cetusan Rasa telah dikomen dan beberapa penambahbaikan telahpun dibuat. INI REVIEW DARI CIK TOM.
Terima kasih Cik Tom.

Cik tom juga sangat sporting dan pernah juga turut serta dalam My Birthday Giveaway 2012 pada bulan Jun yang lepas. Ini entri beliau.




Cik tom meminta Nur memilih entri kegemaran Nur, entri itu berjudul "Majlis Makan Malam Pemenang GA woww 1001 giveaway (Kenangan Terindah Tahun 2012 - Entri Penuh)". Antara entri paling panjang di dalam blog ini menceritakan tentang pengalaman Nur bertemu dengan Kak Ida (Koleksi 1001 Resepi) dan bersama 10 pemenang woww 1001 giveaway anjuran Kak Ida. Penyertaan yang pada asalnya sekadar suka-suka akhirnya telah mempertemukan Nur dengan blogger yang Nur minati iaitu Kak Ida dan 10 orang blogger lain serata negeri serta barisan chef2 terkenal tanahair seperti Chef Dr Ezani, Dato' Chef Ismail, Chef Florence dan Chef Zam.


Gambar kenangan pada malam itu bersama Kak Ida (1001 resepi dot com)


Bersama rakan2 blogger dan chef2 terkenal tanahair.

Sememangnya malam itu menjadi medan untuk merapatkan ukhuwah sesama blogger dari serata pelusuk negeri. Terima kasih buat Kak Ida dan para sponsor pada malam itu iaitu pihak myChef dan Dato' Chef Ismail (tajaan makan malam di Restoren Rebung), pihak Baba's (En Navin dan Puan Wani) dan Dato' Burn. Kenangan malam ini memang Nur tak akan lupakan sampai bila2.




" Rindu sangat dengan rakan2 blogger semua."

Sekian dulu untuk hari ni, Nur ada projek khas. Nak tahu apa..Projek membuat kuih raya. Moga2 menjadi...

Wassalam.

p/s : Jom turut serta sebab tarikh tutup lama lagi iaitu 31 Ogos 2012 dan mungkin lagi awal bergantung pada budi bicara cik tom.Untuk melihat syarat2 sila klik SINI


 “Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtai, Papa Mifz, Amna, Kak Mahh, Dania Eryati, Onlajer, Nazri, Hatiputera, Eiela, Rina Avail, Akhiyy, Hafizul, Puanbee dan KeretaHitam.”


Pencarian Blogger Aktif #2 Oleh Mialiana.com

Pencarian Blogger Aktif #2
Pencarian Blogger Aktif #2 oleh Mialiana.com
5/8/2012 hingga 12/8/2012
Segmen Pencarian Blogger Aktif #2 oleh Mialiana.com.
 
 
 
 
Tarikh tutup jam 11.59 malam ini (12 Ogos 2012). Apa tunggu lagi, jom sertai..
 
Klik di SINI untuk melihat syarat2nya.
 
Buat Kak Mia,
Nur dah penuhi syarat2 dah follow blog akak yang kedua :
 
Blog Chit Chatting with Liana
 
Ini buktinya :
 

Nur pernah berjumpa dengan Kak Mia kerana beliau merupakan pemenang My Birthday Giveaway 2012 anjuran Nur bulan Jun yang lepas, ini entri pertemuan kami berdua.

Ok apa tunggu lagi.. Selamat bersegmen.
Sekian, wassalam.


p/s : Ini tazkirah di pagi Ahad yang Nur kongsikan pagi tadi selepas sahur - Doa Anak Yang Soleh - Ustaz Kazim Elias





 

Saturday, August 11

Hadiah Buat Pemenang "My 2nd Giveaway" Telah Selamat Dipos


Source of picture : Google


Salam buat semua,

Setelah beberapa hari bertangguh, akhirnya Nur sempat juga mengirimkan hadiah buat pemenang GA kedua yang Nur anjurkan tempoh hari menerusi perkhidmatan Pos Laju pada  8 Ogos yang lepas. Ini entri mengenai pemenang GA "My 2nd Giveaway", sila klik DI SINI

Mungkin selepas hari raya nanti Nur akan anjurkan lagi GA ketiga, jadi pada rakan2 yang terlepas atau tidak bernasib baik tempoh hari, rakan2 bolehlah turut serta. Apa yang pasti soalan yang akan Nur berikan sangat mudah dan lepas ni GA Nur tidak memerlukan anda untuk menulis entri.
Jadi tungguuuuuuuuu.....



Hadiah ini telah selamat dipos pada 8 Ogos yang lepas kepada


(Nur terlupa pula nak ambil gambar hadiah..)
Nur harap beliau suka dengan hadiah yang Nur berikan ini.



Pada Saudara Azrin, jika hadiah tidak diterima lagi, ini no rujukan pos laju sebagai rujukan.
Hadiah ini sepatutnya sampai paling lewat hari Isnin.

Sekian dulu, selamat berbuka buat semua.
Wassalam.


Source of picture : Google



Tuesday, July 24

Tahniah Kepada Pemenang My 2nd Giveaway


Inilah gambar yang Nur gunakan dalam My 2nd Giveaway yang memerlukan para pembaca blog ini meneka jumlah harga barangan tersebut. Sila rujuk ENTRI INI


Inilah resit sebenar barangan yang Nur beli di IKEA tempoh hari.


Jumlah keseluruhan harga barangan itu ialah RM177.50.


Salam buat semua.
Hari ni Nur nak umumkan pemenang dalam My 2nd Giveaway (sila klik ENTRI INI). Pemenangnya ialah Saudara Azrin dari blog akubiomed.com yang juga top commentator di blog Nur. Jawapan beliau merupakan jawapan yang terpantas dan paling hampir iaitu RM200.



Credit picture HERE

Tahniah diucapkan kepada Saudara Azrin.


Hadiah akan dikirimkan dengan seberapa segera. Terima kasih juga buat semua yang sudi turut serta dalam simple giveaway Nur. Mungkin ini bukan GA yang terakhir..



Sekian wassalam.



Sunday, July 22

Jalan-jalan Shopping di IKEA Mutiara Damansara & My 2nd Giveaway


Perjalanan nak ke The Curve dan IKEA Mutiara Damansara.



Signboard..



erk... Jemlah pulak...Maklumlah hari minggu..
Nur pergi pada hari Ahad lepas selepas majlis makan malam, ini ENTRINYA.



Ada jualan murah sehingga 22 Julai (hari ni last day..)



Ambil troli plastik je.. Nak tahu apa yang Nur beli..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.


Ini dia... Ingat lagi bunga dalam entri INI. Bunga2 tu Nur beli di IKEA dan inilah hasil shopping.. Pasu kaca tu Nur beli di kedai Japan Home Centre di The Curve dengan harga RM25. 

Rasa macam nak buat simple giveaway. Kiranya ini giveaway kedua la..

Nur akan beri hadiah pada mereka yang meneka jumlah harga barangan di atas (kecuali pasu bunga kaca tu) dengan tepat dan cepat. 

(Hanya seorang pemenang sahaja akan dipilih oleh Nur)

 Hanya perlu tulis di ruangan komen je.
Mudah bukan. 
Tarikh tutup sehingga jam 11.59 malam ni. 

Pemenang adalah berdasarkan harga paling tepat dan terpantas. Apa tunggu lagi... Tak rugi meneka, ada hadiah untuk anda.




Inilah kedai yang Nur masuk.. Barangan di kedai datang dari Jepun.



Nur beli barangan ni.. Mangkuk, cawan dan sudu makan bayi tu nak beri pada rakan baik Nur, Kak Halizah yang dah 9 tahun menanti kelahiran bayi sulung mereka. Moga dia suka dengan hadiah pemberian Nur ni.. Comel betul kartun Doraemon tu..

(Kak Halizah call Nur semalam, dia suka sangat dengan hadiah tu.. comel katanya.. Anak sulungnya tu lelaki.. jadi sesuailah dengan warna biru..)



Ini destinasi seterusnya..


Tengah sale.. Jangan risau, Nur tak beli apa pun, cuma beli barang yang perlu je..


Ada kiosk tudung bawal AJ (Aidijuma), milik Datin Norjuma.
Murah juga.. sehelai bawal 2 tone berharga RM13.



Abang sulung Nur turut turut serta dalam larian. Rajin betul dia.. Salute sangat sebab jarang ada orang yang rajin nak join acara seperti ini.

Ok, jumpa lagi semua. Hmm nak berbuka dengan menu apa ye hari ni..?
Salam Ramadhan..

Wassalam.


Saturday, July 14

Pertemuan Kali Pertama dengan Pemenang My Birthday Giveaway 2012

Salam buat semua,
Apa khabar? Maaf sangat2 sebab semalam memang tak sempat blogwalking rakan2 dan membalas komen2 anda. Petang semalam Nur sempat bertemu dengan pemenang "My Birthday Giveaway 2012" iaitu Kak Mia Liana. Pertemuan ni tidak mengambil masa yang lama memandangkan Kak Mia baru sahaja lepas pulang dari tempat kerja dan Nur pula perlu bergegas  untuk melawat anak saudara, Huda yang sakit di Hospital Columbia Asia Nusajaya. Kami sempat bersembang pelbagai topik dan antaranya sudah semesti tentang dunia blogging. Banyak info yang Kak Mia kongsikan dan sememangnya Nur belum arif lagi mengenainya. Kehadiran anak Kak Mia Liana, iaitu Sofea sangat menceriakan suasana.

Oklah Nur kongsikan gambar ketika pertemuan tersebut.


Inilah hadiah buat Kak Mia. Ada extra gift yang Nur beli di Ayer Hitam tempoh hari.


Kenangan ketika pertemuan kali pertama dengan Kak Mia. Kredit buat suami Kak Mia Liana yang bertanggungjawab merakamkan momen  ni.


Kak Mia Liana yang baik dan peramah serta mudah mesra.



Geram sangat dengan Sofea yang comel dan mirip anak saudara Nur, iaitu Humaira. Cuba anda lihat entri ni dan entri ini mereka agak mirip bukan.



Sofea kata.. "Auntie, Sofea nak siram bunga ni boleh tak?"..
Comelkan.. Sofea sememang petah bercakap dan juga mudah mesra seperti ibunya juga.



Berpeluh juga Nur dan Kak Mia masa cuba mengambil gambar Sofea. Inilah gambar terbaik darinya.. Sangat susah nak mengambil gambarnya yang aktif dan unexpected.



Mungkin ini bukan pertemuan kali pertama dan terakhir untuk kami. Nur ada plan seterusnya yang lebih besar lagi. Harap2 dapat kerjasama dari rakan2 blogger lain. Nur nak berjumpa juga dengan rakan2 blogger yang rapat iaitu Kak Zakie, Kal Sal, Rina AVAIL @ Cik Betty, Ayu Citarasa Rinduan,Gadis Bunga dan Kak Yatie (Sinar Kehidupan). Mereka ini semua duduk di sekitar Skudai.

Akhir kata, moga ukhuwah yang terjalin antara kami berpanjangan dan Kak Mia Liana suka dengan hadiah pemberian Nur tu. Petang ini nak jumpa Kak Ida (1001 resepi) yang anjurkan  wowww 1001 giveaway untuk menghadiri makan malam di Restoren Rebung, Bangsar milik Chef Ismail. (Jika anda terlepas untuk membaca, sila klik ENTRI NUR dan ini pula ENTRI KAK IDA). 



Credit picture HERE




Semua bloggerr yang dijemput oleh beliau sangat teruja nak menanti saat itu dan Kak Ida merangkap penganjur juga teruja sama, anda boleh lihat di SINI

Buat Kak Ida, 
Tak sabarnya nak jumpa akak.. Nak sembang lama2.. Terima kasih kerana menggembirakan kami semua (10 blogger bertuah). Hanya Allah yang dapat membalas budi baik akak.


Doakan perjalanan Nur ke Kuala Lumpur ye. Tapi sebelum tu pagi ni nak kena bersiap ke sekolah kerana ada aktiviti ko-kurikulum dan Mesyuarat Panitia.

Sekian, wassalam

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...