Kredit buat alongkeramat1
(Akaun youtube : http://www.youtube.com/user/alongkeramat1?feature=watch )
p/s : Tazkirah di pagi Ahad..
Beruntung pada mereka yang dikurniakan ramai anak. Didik anak elok2 supaya menjadi penyumbang pahala dalam kubur. Jika anak itu mati kita kecil, ibu bapa akan dapat manfaat ketika hari kiamat. Dengan syarat, anda redha akan pemergiannya.
Namun jika tiada rezeki tiada anak/ waris, kita hendaklah :
1. Berdoa sendiri. Semasa hidup tulis wasiat bagi harta untuk diwakaf.
2. Banyakkan amal jariah seperti bersedekah fakir miskin, anak2 yatim & pelajar2 tahfiz Al-Quran, serta banyakkan wakaf semasa hidup.
3. Hafal Al-Quran
4. Beramal soleh seperti banyakkan membaca Al-Quran
5. Gunakan harta ke jalan kebaikan.
Bagaimana kita nak pastikan anak2 kita akan mendoakan kita apabila kita telah mati?
Adakah kita berdoa pada arwah bapa kita sekarang, insya-Allah anak kita akan mendoakan ketika kita menjadi arwah. Rajin-rajinlah ziarah ke kubur arwah ayah/ibu kita sekarang.
Amalan yang boleh memberi pahala berkekalan di alam kubur.
1. Sedekah yang diwakafkan.
2. Ilmu yang memberi manfaat.
3.Tuntutlah ilmu atau pengajian yang boleh memberi manfaat, jangan yang sia-sia.
Tanya diri kita sendiri, berapa banyakkah sedekah @ wakaf yang telah kita buat semasa hayat kita?
Sekian, apa yang baik datangnya dari Allah. Ingatan ini juga untuk diri Nur sendiri.
Moga rakan2 turut mendapat manfaat.
Sekian, wassalam.
assalamualaikum nur...yer betul tu perbanyakkanlah wakaf2 kita di dunia ini hanya itulah bekalan utk kita diakhirat nanti...:)
ReplyDelete