Sila klik link bawah...

Friday, July 20

Kenangan Terindah yang Mewah dengan Hadiah


Inilah hadiah utama Nur pemberian Kak Ida (Koleksi 1001 resepi).
Jauh didatangkan dari Australia.
Suka sangat. Terima kasih Kak Ida. Hadiah ni memang Nur yang pilih dan Kak Ida letak dalam kategori acara cabutan bertuah.
( Ini ialah entri sambungan daripada entri tempoh hari.. Klik Di SINI )

Sesi fotografi.. Memang banyak sangat kamera malam tu. Sampai tak tahu nak tengok yang mana.. Semuanya memancarkan flash.. So apa lagi Nur senyum memanjang je la....


Ini pula hadiah dari Baba's. Bekas rempah ratus. Sangat berguna bagi kaum2 ibu ketika di memasak di dapur.

Close-up

Ini pula antara rempah ratus yang ada dalam beg hamper.. Banyak betul. Rasa Nur tak terhabis untuk tempoh setahun. Tq Baba's...








Sekali dengan apron.. Anda mesti cemburu ke.? Maaf ye.. Nur takde niat untuk berlagak.. cuma nak kongsi kegembiraan dan hadiah dengan rakan2 blogger lain.

Seterusnya pula barangan dari myChef. Ada sedozen produk myChef dan ada beberapa kotak Nur telah berikan pada rakan suami.






TQ myChef.. penuh peti ais Nur..
Cerita tak habis lagi.. Nak ke sekolah. Nanti Nur dsambung lagi..

Jumpa lagi semua..
Wassalam.

22 comments:

  1. Banyaknya hadiah. Syukur Alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik : Memang banyak kak.. Alhamdulillah, memang bersyukur sangat.. :)

      Delete
  2. As'kum Nur Tahniah! Tahniah! Akak tak dapat pergi sebab kursus... kalau tak dapat jumpa dengan Nur.. cantik orangnya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Shahriah Abdullah : Wslm.. Terima kasih Kak Sha.. Tu laaa ingatkan dapat jumpa akak.. Takpelah, maybe next time.. Alahai janganlah puji kak.. nanti kembanggg... hehehe

      Delete
  3. Waaahh siap ada bunga2 lagi. sweet je! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheetah : Saje tayang hadiah2 tu dengan bunga. Mesti orang lain pun suka bunga... Betul tak?? :)

      Delete
  4. Tahniah dulu dari kakak Nur.
    Rempah ratus tu kalau tak habis apa susah-susah meh sini kakak bagi habiskan. Dah nak raya nie mesti banyak kali kena masak setiap kali org datang rumah.

    Anak-anak murid Nur dtg rumah suruh masak guna rempah ini. Kakak dtg masak guna rempah ini (bilalah agaknya ye). Mesti habis hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zakie : Terima kasih banyak kak... Hehe.. Akak nak ke rempah ratus ni.. Bilalah nak dapat jumpa akak, Nur teringin sangat..

      Nur memang cadang nak guna rempah tu... Biar berasap sikit dapur kat rumah ni.. :)

      Delete
  5. ira nak my chef tu ...

    http://kamiboolat.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Puan Ira : Hehe... Yang ada pun tak banyak la Ira.. Maaf ye..

      Delete
  6. penuh peti sejuk..samelah kat umah tu..wah cantik gambor akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salmi Khairil : Memang penuh.. Gambar Salmi pun apa kurangnya.. By the way, tq atas pujianmu itu.. :)

      Delete
  7. tip top gitu, sampai berpinar-pinar mata kena flash kan.. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sari Yusa Ibrahim : Kak Sari, memang terasa macam artis kan.. Glamour gituuu.. hehe :D

      Delete
  8. Replies
    1. fiza : Terima kasih fiza.. Memang banyak.. Sukaaaa... :)

      Delete
  9. Rajinnya Nur snap gambar tu, siap berbunga-bunga lagi.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zefa NorAsmara : Ala.. biasa2 je kak.. Nak bayar hutang dengan Kak Ida.. Bunga tu kebetulan dah ada,,

      Delete
  10. Tanniah kepada Nur. Banyak juga hadiah tajaan yang dimenangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Azrin : Terima kasih atas ucapan.. Memang banyak, penuh boot kereta.. :D

      Delete
  11. Replies
    1. Kak Suriani @susumanis : Terima kasih kak.. :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...